BICARA KESALAN SI ANAK.

0 comments


Kerana terlalu biasa, kita jadi bosan dan melupakan,

Maka bila saat rasa kehilangan, peritnya tak tertanggung dirasakan.

Krikkkkk… Bunyi pintu bilik ditolak.

“Ya Allah, ingatkanlah anakku apa yang dia terlupa. Permudahkanlah segala apa yang dijawabnya esok.” Bicara seorang ibu sambil mengusap kepala anaknya yang nyenyak tidur. Usapan penuh cinta.

Hakikatnya, si anak itu masih tidak dapat tidur lantaran terlalu gusar dengan hari esok. Usapan itu masih terasa hangatnya di ubun si anak walaupun usapan itu telah berlalu sembilan tahun yang lalu.

Si anak terus membesar dengan penuh curahan kasih sayang daripada ibu bapanya. Sayangnya, dia membesar dengan penuh tanda tanya dan salah faham.

Si anak tidak mengerti mengapa si ayah tegar merotan si anak jika benar si ayah menyayanginya.

Si anak juga tidak faham kenapa si ibu tidak berhenti berleter di atas kesalahan kecil mahupun besar yang dilakukannya jikalau benar si ibu menyayangi.

Si anak juga tidak faham kenapa wujud cara yang berbeza si ibu dan si ayah melayan anak-anaknya jika benar si ibu dan si ayah menyayangi anak-anaknya sama rata.

Lantaran, terlalu banyak persoalan yang membelengu si anak maka si anak fikir si ibu dan si ayah tidak lagi sayang padanya. Kalau sayang, mungkin kurang. Maka, si anak selalu mencari peluang untuk menjarakkan dirinya daripada mereka.

Oleh itu, tinggal di asrama menjadi satu kegembiraan buat si anak. Seolah-olah satu solusi kepada segala persoalan si anak selama ini.

Dengan sahabat, si anak memilih untuk menceritakan semua masalahnya dan segala rasa dalam jiwanya tanpa perlu tapis. Namun dengan si ibu dan si ayah, si anak hanya cerita satu atau dua masalah yang dirasakan penting sahaja. Kerana pada fikiran si anak, si ibu dan si ayah tidak akan faham gelojak hati seorang remaja seperti sahabat-sahabatnya.

“Pengumuman… Pengumuman. Buat makluman warga aspura dan aspuri, ibu kepada salah seorang sahabat kita, iaitu Z telah kembali ke rahmatullah. Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihan dan berdoa semoga arwah dicucuri rahmat.”

Sentap hati si anak. Air matanya menitik tanpa disedari. Dirinya benar rasa jatuh terjelopok. Seperti semalam baru dia mendengar sahabatnya denga penuh bersemangat menceritakan kisahnya dengan ibunya. Bagaikan sebuah mimpi.

“Z, duit hadiah menang pertandingan hari tu kau nak buat apa??? Belanja aku makan boleh?”

“Maaflah. Duit ini semua aku nak bagi kat mak aku.” Kata sahabat dengan senyuman lebar.

“Kau nak tahu tak, kalau semua orang sibuk-sibuk call mak ayah diorang suruh datang melawat hujung minggu, aku pulak kalau boleh tak nak diorang datang melawat aku.”

Hairan. Muka si anak memang jelas mempamerkan betapa hairannya si anak dengan sikap sahabatnya . Sahabatnya senyum kecil sebelum menyambung bicaranya.

“Ye la. Aku tak boleh bayang kalau apa-apa jadi dengan mak ayah aku masa diorang on the way datang sini. Aku tak sanggup nak pikul bebanan rasa bersalah kalau apa-apa jadi pada diorang masa diorang on the way datang sini.”

Kaku. Si anak diam terkaku. Hebatnya sahabat sehingga dia mampu berfikiran  begitu jauh sekali. Berfikir sesuatu yang tidak pernah langsung terlintas di fikiran si anak.

“Ehhhh.. Ok ke ni? Kenapa jauh sangat termenung ni?”

Si anak tersedar daripada khayalan masa lalu. Pulang dari dunia khayalan ke dunia realiti yang penuh dengan coretan kisah suka duka. Tak mampu si anak  melakukan apa-apa untuk merawat kedukaan hati sahabatnya. Hanya mampu berdoa semoga Allah kurniakan kekuatan buat sahabatnya.

Walaupun ibu Z telah pulang menemui PenciptaNya, namun Z tidak menitiskan walau setitik air mata. Z benar-benar tabah pada mata si anak.

Kata mereka, Z tidak terlalu sedih kerana mungkin dia merasakan tiada apa yang disesalkan dengan pemergian ibunya. Z telah melakukan segala apa yang mampu dilakukan oleh seorang anak  buat ibunya.

Kata mereka juga, mungkin Z memendam segala dukanya  supaya tidak kelihatan lemah di hadapan orang.

Hakikat yang sebenar hanya Allah dan Z sahaja yang tahu. Tetapi jika ditanya pada si anak, si anak akan menyokong pendapat yang pertama kerana baginya Z adalah antara anak terbaik yang pernah dia temui dalam hidupnya.

Apa yang berlaku pada sahabat benar-benar menjadi tamparan hebat buat si anak. Si anak mula me’refleks’ diri. Mula berfikir apakah dirinya sudah menjadi anak sebaik sahabatnya itu. Mula berfikir apakah nanti tiada apa yang akan disesalinya jika ibu atau ayahnya dipanggil pulang  oleh PenciptaNya? Malah, si anak bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Tuhan.

Dan si anak menemui jawapan bahawa banyak yang akan disesalinya jika si ibu atau si ayahnya dipanggil pulang kepada PenciptaNya. Si anak mula sedar bahawa kasih sayangnya tidaklah seagung mana. Si anak juga mula sedar akan baktinya yang tak seberapa.

Si anak tekad untuk mengubah cara dia menyayangi dan menyantuni ibu bapanya. Berterima kasih pada sahabat dan Allah atas kesedaran ini.

Namun si anak juga manusia biasa. Yang ada waktunya lupa.

Si anak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM seperti yang diharapkan. Dengan keputusan itu, si anak memilih untuk menyambung pelajaran di luar negara. Namun hasrat itu dibantah oleh si ibu tetapi disokong oleh si ayah. Si anak benar-benar tidak faham kenapa beriya-iya benar si ibu membantah.Namun atas pujukan si ayah dan si abang, maka si ibu melepaskannya pergi dengan berat hati.


Setelah setahun berada di negara orang, si anak pulang untuk bercuti. Sepanjang bercuti, si anak hanya terperap di rumah semata-mata. Maka si anak berasa bosan lalu memohon untuk ke program-program tertentu. Namun si ibu membantah. Kata si ibu, cuti itu ertinya berehat di rumah bukan ke mana-mana. Si anak benar-benar tidak faham kenapa si ibu seolah tidak memahami kebosanan dirinya yang terperuk di rumah semata-matanya.

Masa terus berlalu tanpa tertunda sesaat pun. Si anak terus membesar dan mula memahami banyak perkara dalam kehidupan.

Hakikatnya, watak si anak itu adalah diri aku. Aku yang menaip segala kisah panjang lebar ini. Ya, akulah si anak yang susah benar memahami segala tindak laku si ibu dan si ayahnya.

Namun ketahuilah, kini si anak ini miliki segala jawapan kepada segala pertanyaannya selamanya. Ya, aku kini sebenar-benar tahu akan segala jawapan kepada segala tidak fahamku selama ini.

Betapa tegarnya ayah merotan aku sebelum ini membentuk aku pada hari ini. Hukuman demi hukuman yang ayah lakukan padaku selama ini telah mencorakkan aku dengan jayanya. Aku tidak lagi meninggalkan solat seperti  waktu kecil-kecil dulu, aku tidak lagi boros menghabiskan segala wang belanjaku, aku tidak lagi tergagap mengaji al-quran dan berbagai lagi. Sungguh banyak benar hukuman ayah mengubah aku.

Leteran demi leteran mama pula buat aku beringat setiap waktu. Buat aku berhati-hati dan tidak lagi secuai dulu.

Manakala, wujudnya cara mama dan ayah melayani anak-anaknya kerana perwatakan kami adik beradik yang berbeza. Si abang yang tegas, aku yang degil, si adik yang nakal. Lantaran itu, mana mungkin mama dan ayah mampu melayan kami dengan serupa kerana degil aku manakan serupa abang, nakalnya adik manakan serupa aku.

Namun, aku begitu buta untuk memahami semua itu. Lantaran terlalu butanya hati ini, aku memilih menjarakkan diri.Memilih untuk memberontak. Memilih untuk menuduh melulu. Memilih untuk dingin dengan mereka.

Berjayanya aku dahulu sehingga sekarang adalah kerana makbulnya doa mereka yang tak terhijab.

Namun aku ada waktunya bongkak mengakui kejayaanku kerana usahaku. Aduhai aku!! Tak ubah seperti Tanggang moden.

Malah, ada suatu saat di mana mama dengan sayunya berkata padaku. Hakikatnya,dia bukanlah ingin menghalang cita-citaku tetapi dia gusar jika aku jauh darinya. Katanya, jika aku jauh siapakah yang akan peduli makan minumku, pakaianku, sakit demamku. Saat mama bersetuju melepaskan aku pergi bukanlah kerana termakan pujukan ayah mahupun abang tetapi kerana sebagai seorang ibu, dia merasakan bahawa dia harus menyokong cita-citaku.

Sebelum aku terbang ke bumi Rusia ini, mama pernah berbisik di telingaku.

“Kakak nak fly oversea, mama dah izinkan setulus hati. Maka janganlah sia-siakan. Jadilah yang terbaik.”

Ada satu ketika, saat mama khabarkan padaku bahawa ayah sakit, aku berpura-pura bahawa aku kuat. Terus mengusik mama. Terus berborak dengan nada suara biasa. Sedangkan kegusaran di jiwa ini sungguh menyesakkan dada. Terasa inginku terbang pulang ke rumah saat itu juga. Jiwa ini mula merasakan penyesalan demi penyesalan atas ketegasanku dulu untuk belajar di luar negara.

Perlahan-lahan aku faham. Mengapa mama hanya mahu aku berada di rumah sahaja sepanjang cutiku.

Sebab mama mahupun aku tidak tahu sampai bila kasih sayang antara kami terus terjalin.

Sebab mama dan aku tidak tahu sampai bila jodoh kami bersama.

Sebab bila Allah kata kun fayakun, aku mahupun mama tak mampu menolak takdir siapa yang akan pergi dulu antara kami.


Lantaran itu selama mana Tuhan bagi masa, mama nak aku manfaatkan sepenuhnya waktu aku bersama mereka. Supaya nanti tidak akan penyesalan dalam diri aku mahupun mama mahupun ayah.

Semakin aku besar, semakin lama aku susuri kehidupan ini, semakin aku sedar betapa agungnya kasih seorang ibu dan ayah. Semakin aku faham bahawa setiap segala tindak tanduk mereka penuh dengan kasih sayang yang ada waktunya tak ternampak oleh mata hati yang buta.

Bila suatu saat nanti, jika Allah beri peluang untuk kita jadi seorang ibu ataupun seorang bapa, maka kita akan lebih faham segalanya tentang ibu bapa kita masa ini. Waktu itu, sama ada kita tersenyum manis atau terbeban dengan seribu satu penyesalan, semuanya bergantung pada kita waktu sekarang.

Selama mana ada masa, taburkan budimu buat ibu dan bapa. Gembirakanlah mereka, puaskanlah hati mereka. Santunilah mereka dengan sebaik-baiknya.

“Sesungguhnya ibu dan bapa adalah penyalur kasih sayang yang tak pernah putus dari Tuhan”

Pernah terjadi pada zaman Rasulullah, seorang wanita yang menjadi tawanan perang telah buntu fikirannya untuk mencari anaknya yang telah hilang. Dalam kerinduan kepada anaknya, setiap kali dia melihat kanak-kanak di dalam tempat tawanan tersebut dia akan menimang kanak-kanak itu dan menyusukannya.

Melihat betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada sahabat-sahabat: Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?”
“Tentu sekali tidak,” jawab sahabat-sahabat serentak. Rasulullah menambah lagi, “demi Allah, sesungguhnya Tuhan lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya”



“Saat disebut nama ibu, nama bapa jiwa pasti bergetar lantaran terlalu kasihnya pada mereka. Namun kenapa saat disebut nama Allah, jiwa ini seakan hilang getarannya. Di manakah Allah di hati ini?”

Sesungguhnya bicara cinta ini buat mereka yang bergelar anak, ibu, dan bapa. Aku dedikasikan khas buat diriku dan dirimu. Bacalah dan fahamilah dengan hati yang yang celik.

Buat Z, cerita ini nukilan khas buatmu. Sesungguhnya, dengan izin Allah, banyakku belajar tentang agungnya kasih sayang seorang ibu. Jazakallah.







Post a Comment

FRIDAY WRAP (17 MEI 2014 - 23 MEI 2014)

0 comments
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Friday Wrap kembali lagi pada minggu ini membawakan berita-berita terkini dari seluruh pelusuk dunia.


Panda Simbolik Hubungan Erat
22/5/2014


KUALA LUMPUR - Ketibaan pasangan dua Panda Gergasi yang dipinjamkan China, selama 10 tahun kepada Malaysia mulai semalam, adalah kesinambungan tradisi diplomasi kuasa besar itu, dalam hubungan diplomatik antarabangsa yang wujud sejak Dinasti Tang. 

Pasangan panda gergasi, Fengyi dan Fuwa, yang dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi itu, menjadi simbol hubungan diplomatik selama 40 tahun Malaysia-China, yang terjalin secara rasmi sejak 31 Mei 1974. 

Malaysia adalah antara 14 negara di dunia, diberi penghormatan China, untuk menyertai program itu yang membabitkan agihan 47 panda di seluruh dunia. Susulan perjanjian mengenainya ditandatangani pada 2012, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan. 

Pasangan panda gergasi yang diberikan sijil Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) itu tiba melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) jam pukul 7.53 pagi semalam, dengan pesawat khas MASKargo Airbus 330-200 (MH6462) dari Chengdu, China.


Lelaki Britain berperang di Syria dihukum
21/5/2014

LONDON - Seorang lelaki yang pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan penentang menjadi orang pertama di Britain didapati bersalah melakukan keganasan berkaitan konflik di negara itu.

Mashudur Choudhury, 31, pergi ke Syria bersama-sama empat orang lain pada Oktober lalu, namun dia ditangkap apabila dia pulang berseorangan pada akhir bulan itu.

Mahkamah Crown Kingston, di sini semalam mendapati dia bersalah atas dakwaan terlibat dalam persediaan aktiviti keganasan selepas perbicaraan selama 12 hari dan keputusan hukumannya akan diumumkan pada bulan depan.

Keputusan bersalah itu diumumkan ketika polis meneruskan tindakan tegas ke atas penduduk Britain yang pergi ke Syria untuk berperang ekoran tindakan mereka itu memberi ancaman keselamatan kepada negara ini. - REUTERS


Rakyat Palestin memperingati 66 tahun Nakba
20/5/2014


GAZA - Rakyat Palestin, bermula hari ini 15 Mei 2004 untuk memperingati Nakba dengan mengadakan pelbagai acara di dalam dan di luar Palestin. 66 tahun telah berlalu semenjak kumpulan zionis yang didalangi kuasa barat melakukan jenayah pembersihan etnik terbesar dalam sejarah moden. Sejak 1948, ratusan ribu rakyat Palestin telah terdedah kepada tindakan terancang yang menyebabkan pengusiran, keganasan, pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik.



Hosni Mubarak dihukum penjara tiga tahun 
22/5/2014


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum penjara tiga tahun oleh hakim sebuah mahkamah Mesir di sini semalam atas kesalahan mencuri wang dari dana awam.

"Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap Mohamed Hosni Mubarak," kata Hakim Osama Shaheen ketika membacakan keputusan itu.

Hosni berada di dalam kandang tertuduh bersama dua anaknya, Gamal dan Alaa yang turut dijatuhkan hukuman penjara empat tahun atas kesalahan yang sama.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda sebanyak AS$17.5 juta (RM56 juta) ke atas Hosni dan dua anaknya selain memerintah mereka untuk membayar semula kira-kira AS$17.53 juta (RM56.34 juta) dana milik orang awam yang dicuri.

Hosni ditahan di sebuah hospital tentera sejak Ogos tahun lalu ketika dia menunggu perbicaraan semula kesalahan bersubahat dalam satu siri pembunuhan beramai-ramai pada tahun 2011.

Dia meletakkan jawatan pada Februari 2011 ekoran kebangkitan penduduk yang menentang pemerintahannya yang didakwa korup selepas memerintah selama sejak 14 Oktober 1981. - Agensi


Jepun alih air tercemar ke laut
22/5/2014


TOKYO - Pengendali loji nuklear Fukushima yang sebelum ini lumpuh semalam berkata, ia sudah memulakan sistem pintasan yang mengalihkan air bawah tanah ke dalam laut dalam usaha untuk mengurangkan jumlah air yang tercemar. 

Langkah itu adalah cubaan untuk menghentikan air bawah tanah yang tidak tercemar mengalir di bawah kilang itu dan bercampur dengan air yang sudah sedia dicampur dengan isotop radioaktif. 


Russia berminat kongsi kepakaran aeroangkasa
24/4/2014

KUALA LUMPUR - Russia berminat untuk berkongsi kepakarannya dengan Malaysia dalam industri aeroangkasa memandangkan pengalaman luas negara itu dalam bidang itu. 

Duta Rusia ke Malaysia Lyudmila G Vorobyeva, berkata negara itu akan menimbang sebarang kerjasama dalam bidang itu jika Malaysia berminat. 

"Kami telah menjalin kerjasama dalam bidang itu (industri aeroangkasa) dengan beberapa projek sedang dipertimbang oleh komuniti perniagaan masing-masing," kata Vorobyeva kepada media pada sidang media tahunan di Kedutaan Persekutuan Rusia di Kuala Lumpur, semalam. Ia sempena Hari Kebangsaan Russia pada 12 Jun ini. 

"Negara kami memiliki pengalaman luas dalam industri aeroangkasa dan hari ini semua angkasawan yang dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa dihantar oleh kenderaan Russia (kaedah pengangkutan yang disediakan oleh Russia)," katanya. 

Mengenai pelancongan, Vorobyeva berkata, penerbangan terus antara Malaysia dan Russia serta sebaliknya akan meningkatkan kedatangan pelancong dan perniagaan bagi kedua-dua negara. 

"AirAsia sedang menimbang menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Moscow. Harapnya ini akan membuahkan hasil," katanya. 

Semasa musim cuti Russia, syarikat penerbangan negara itu, Transaero Airlines, mengadakan penerbangan terus antara Moscow dan Kuala Lumpur dari November 2013 hingga Februari tahun ini. – BERNAMA


Mesyuarat krisis Thailand buntu
23/5/2014

BANGKOK - Mesyuarat krisis antara pemimpin parti-parti politik yang bertelagah bagi menamatkan konflik yang sudah berpanjangan semalam, berakhir tanpa mencapai apa-apa keputusan, dan pihak tentera akan memanggil satu lagi mesyuarat hari ini. 

“Ketua angkatan tentera meminta kita pulang dan memikirkan apa yang sudah dibincangkan untuk mencari penyelesaian demi negara," kata setiausaha agung Suruhanjaya Pilihan Raya, Puchong Nutrawong, memberitahu Reuters, sambil menambah kumpulan itu akan mengadakan mesyuarat jam 2 petang waktu tempatan, hari ini. 

Mesyuarat diadakan sehari selepas ketua angkatan tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha mengisytiharkan undang-undang tentera untuk menamatkan krisis yang sudah berpanjangan sedekad yang dibimbangi boleh membawa kepada perang saudara.


Sekian sahaja untuk kali ini.  Semoga bermanfaat!

"..dan bertawakkallah kepada (Allah) yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.."
(Asy-Syuara 26: 217)

#manjaddawajadda


Post a Comment

Murabbi Dalam Diri.

0 comments


Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah mempunyai matlamat yang tertentu iaitu agar kita sentiasa mengabdikan diri kepada Allah serta mentaatinya dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Firman Allah Ta’ala dalam surah Adz –Dzaariyaat ayat 56 , berbunyi :

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat-Ku.”

Dan  Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan sebaliknya iaitu  dosa dan api neraka kepada mereka yang mengkufuri perintahnya. Segala amalan kita didunia akan terputus apabila kita kembali menghadap ilahi.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim)

Konsep beribadat itu amatlah luas. Jika difikirkan setiap dari kita sedari kecil hinggalah sekarang sering melaksanakan sesuatu hanya untuk kebaikan dan kesenangan diri sendiri. Pernahkah dari kita terfikir untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain dan secara tidak langsung membawa kebaikan kepada diri kita. Dari hadis Rasulullah SAW ini jelaslah bahawa ilmu yang bermanfaat tidak akan meninggalkan kita biarpun jasad sudah terkubur kaku di sana. Ilmu yang bermanfaat sudah semestinya turut mendatangkan kebaikan kepada si penerimanya.

Namun, bagaimana ilmu yang bermanfaat itu?

Ayuhlah kita selami dalam hati , uji akal, tanya pada diri. Kualiti ini wujudkah pada diri kita? Mampukah kita mendapat aset bermanfaat yang dimaksudkan di dalam hadis ini?

(1 minit berlalu)

Walau apapun jawapan yang dijumpai, semoga itu terus menjadi batu loncatan untuk kita semua saling mengoreksi diri, setiap waktu.  .

Sesungguhnya mereka yang berilmu dan menyembunyikannya adalah termasuk daripada orang-orang yang rugi. Hidup mereka cuma setakat mendapat kepuasan diri sendiri dan pahalanya hanya setakat didunia sahaja. Sampaikanlah ilmu yang bermanfaat ini agar ianya tidak menjadi takungan air semata-mata yang akhirnya membiakkan jentik-jentik. Mana manfaatnya?

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Begitu juga mereka yang luas ilmunya  , haruslah sentiasa beringat untuk tidak bermegah-megah dan merasakan ilmu yang diperolehinya sudah cukup hebat (nauzubillah). Ruang lingkup ilmu itu sendiri amatlah luas untuk dijelajahi. Ilmu yang dimiliki insan di atas muka bumi ini hanyalah  ibarat setitik  air dilautan jika ingin dibandingkan dengan Yang Maha Kaya, murabbi agung seluruh manusia, Allah SWT. Dari sini setiap dari kita haruslah meletakkan satu “mind set” bahawa setiap ilmu yang kita miliki itu haruslah membawa manfaat kepada setiap yang bernyawa. Dari sini wujudlah konsep pendidik, pembimbing, pengajar dan pembentuk. Bolehlah disimpulkan dalam satu kata-murabbi.

“Murabbi” merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Nah.. Nampak seperti besar dan sukar kan? Namun, ingatlah ganjaran yang Allah telah janjikan kepada kita.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud:

"Siapakah yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam"

"Allah SWT shows me that everybody NEEDS a MURABBI. For Muhammad SAW is OUR MURABBI and Allah SWT IS 'THE MURABBI' for our prophets. For He (Allah SWT) is the GREATEST MURABBI to ALL OF US."


Ayuhlah sama-sama menjadi menjadi murabbi-murabbi yang ingin menyampaikan ilmu bermanfaat sebagai satu aset untuk ke syurgaNya kelak. Dalam mencorakkan kualiti murabbi ini dalam diri kita, janganlah dilupakan suri teladan terbaik yang telah Allah anugerahkan kepada kita semua, yakni Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya telah ada dalam diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. “
(al-Ahzab : 21)

Untuk menjadi hebat haruslah mencontohi role model yang hebat!

Wallahu’alam.




Post a Comment

CORE BUSINESS ; MINGGU-MINGGU PEPERIKSAAN DAN SYNDROME ‘KIASU’

0 comments

The days come and go like the cars on the road and it's now May. Few more weeks to final examinations and few months to graduation for the uni-leavers. Time flies like dandelions blown by the wind.

Apparently everyone is showing that they are busier than anyone else , competing to be the busiest among others. Everyone has exams coming. So what?

(1st situation)

-"I've 3 exams coming up"
-"3 je? I've got 4 exams, lab reports due and have to usrah lagi, masak lagi,laundry lagi

-“ Malas lah nak ulangkaji. Tapi exam dah nak dekat tapi takde mood la nak ulangkaji
-“ Eleh, kau ade otak power,absorb macam sponge.Study last minute pun takpe. Aku ni lain la otak besi buruk

-"Aku takde duit la"
-"Tipu gila. Aku ni lagi takde duit beli tiket flight balik Malaysia lagi, travel sana sini lagi "

Negative replies. How can you be a good listener when you are being so pessimist? How can your friend appreciate talking to you when you turned them down? A human being don't need those negative vibes. They don't appreciate those kind of replies. They need something positive, inspiring, a good listener.

Imam Ali (as) Says: "Live amongst people in such a manner that if you die they weep over you and if you are alive they crave for your company (friendship)."

(2nd situation)

You studied hard for exams tomorrow, hoping the outcome will be parallel to the effort you put. She or he went out for spring festival two days before exam, went out to watch movie at cinema a day before exam. On the day of examination, she or he passed with flying colors and you settled down with average marks. You looked at her or him. She or he has almost everything. You name it; beauty, brain, rich family, great friends, good exam’s marks-when she’s or he’s not even trying to burn the midnight oil! and you ask yourself, what is it feels like to be her or him? Close to perfection.

Often in life, people adore smart and cute girl, or gentle and handsome boy. Beauty is subjective somehow. That's the fact.

Often in life, we are left with options. Making good deeds, or do something crazy and regret, or perhaps be proud of, cause mistakes you learned can't be bought at some groceries stores. Take your pick.

Hidup, jangan terlalu dibayangi dengan kehidupan orang lain. If I drive an Audi doesn't mean you have to drive one too. Sebab kita semua berbeza. Rezeki Tuhan bagi ada dimana-mana, untuk sesiapa saja. Sebab bumi ini terlalu luas, dan lebih dari cukup untuk kita semua berhidup dengan sempurna. Satu hari, pasti ada untuk setiap kita semua

Al-Ra'd 13: 26, Al-Thalaq 65: 3

Daripada belai hati dengan hasad dengki, cuba siram hati dengan sifat syukur. It's a crying need for something more relevant than the reality of everything. Instead of seeing apple as just red, start to see it as apple pie, Snow White $ Steve Jobs. You’ll be more happier, more contented.

Dan bagi sesiapa yang ‘tiada mood nak study’ atau ‘roh ulangkaji tak sampai lagi’, needing more time is just an excuse cause in the end, choices and action must be made, no matter if it took you a day, a week, a month or a year to be ready (to have the ‘roh ulangkaji’). Does it make any difference? time after all is not proportional to the action made if you keep procrastinate things.

"If you want to succeed at anything, you must give it your everything"- Vince Lombardi

By the way, here’s some tips for those who already stressed out preparing and revising for exams. Good luck everyone, may the force be with you, insyaAllah.



Post a Comment

Jr. Doctor by IPIP

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.




Berita gembira untuk semua di luar sana!

Ikatan Pelajar Islam Poland (IPIP) membawakan Kuliah Online Jr. Doctor, sebuah program khas buat pelajar-pelajar perubatan terutamanya yang bakal menjadi HO (baca: housemanship) tidak lama lagi.
Nantikan perkongsian khas dari Malaysia oleh graduan Medical University of Warsaw. 

Tarikh: 25 Mei 2014
Masa: 1900-2000 (waktu Poland) 
Part 1: Persediaan Menghadapi Housemanship

Untuk maklumat lanjut sila layari FB fan page IPIP:
https://www.facebook.com/IPIPoland



video





Post a Comment

NEED A CHANGE STUDY PLACE?CHECK IT OUT!

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga, pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)




Feeling the exam blues yet?
Mana dengan tests yang tidak habis lagi…
Mana dengan  musim imtihan yang akan kunjung tiba…
Mana dengan otrabotka yang belum terbayar lagi…
Mana dengan kewajipan-kewajipan lain yang perlu kita buat lagi…

Kadang-kadang, ada pelajar yang tidak boleh belajar di bilik sendiri. Distractions are everywhere – percayalah, apabila komputer riba ada di depan mata bersama-sama dengan internet, perlahan-lahan tumpuan kita akan beralih daripada buku di depan mata. Ada juga yang sekadar menukar angin dan mencuba untuk belajar di tempat-tempat lain.

So, let’s be creative! Banyak tempat boleh dijadikan sebagai tempat belajar – taman rekreasi, restoran makanan segera, common room/study room (selalunya di asrama kediaman pelajar), ataupun perpustakaan awam di lokaliti masing-masing. Penulis sendiri tidak boleh belajar di suatu tempat sahaja, sebab itulah penulis suka mencuba untuk belajar di tempat-tempat asing.

Sedangkan apabila kita berbulatan gembira dengan teman-teman riang ria kita pun selalu bertukar-tukar, kita buat mesyuarat program pun bukannya di tempat yang sama sahaja, so why not change our study place?

~MOSCOW~


rus_mo_l01.jpg

Nama:Perpustakaan Negara Russia(Российская государственная библиотека)

Penerangan:Perpustakaan negara Rusia , yang terletak di Moscow. Ia adalah perpustakaan yang terbesar di negara ini dan yang keempat terbesar di dunia

Pada tahun 1925,ia dinamakan Perpustakaan VI Lenin sehinggalah pada tahun 1992 ia dikenali sebagai Perpustakaan Negeri Rusia.Perpustakaan ini mempunyai lebih 275 km rak dengan lebih daripada 43 juta barangan , termasuk lebih 17 juta buku dan jilid siri, 13 juta jurnal, 350 ribu skor muzik dan rekod bunyi, 150 000 peta dan lain-lain. Terdapat juga item dalam 247 bahasa di dunia,bahagian asing yang mewakili kira-kira 29 peratus daripada keseluruhan koleksi.

Perpustakaan ini juga menyediakan bilik-bilik khas sebagai ruang membaca. Bagi sesiapa yang sukakan suasana yang tenang tanpa gangguan daripada sekeliling,anda boleh meluangkan masa di sini.

Jika anda ingin membuat kad perpustakaan bagi tempoh 5 tahun,anda perlulah membayar sebanyak 100rubles sahaja.

Dibuka pada:
Isnin -Jumaat: 9.00am-8.00pm
Sabtu: 9.00am-7.00pm
Ahad : Tutup

Alamat: Vozdvizhenka, 3/5, str. 2,Moscow ,Russia

~VOLGOGRAD~




Nama: Библиотека имени М.Горького
Lokasi: Port Saida
Penerangan: Perpustakaan ini mempunyai pelbagai kemudahan bagi para pelajar seperti wi-fi, aircond, komputer, mesin fotostat. Anda hanya perlu membuat pendaftaran untuk kad perpustakaan yang juga perlu dibaharukan setiap tahun. Perpustakaan ini juga berdekatan dengan kedai seperti Rivera, Kvadrat dan sebagainya


~NIZHNY NOVOGRAD~
Bagi warga Nizhny Novgorod, kebiasaannya mereka lebih gemar memilih untuk belajar di restoran kerana lokasi library yang agak jauh dari hostel.

Lokasi : Ploshad Gorkova, Ulitsa Balshaya Pakrovskaya
Panduan ke sana : Bus 43 & 30. Berhenti di stop Ploshad Gorkova. Kemudian, jalan menuju ke kawasan walking street.
1. Nama restoran : Perchini
Penerangan : 
• Lunch set yang menawarkan western food dengan harga serendah 129ruble bagi setiap hidangan
• Suasana yang selesa dan tenang
• Hiasan dalaman yang menarik dan perkhidmatan WiFi percuma.

2. Nama restoran : Sushi House
Penerangan :
• Hidangan sushi dengan harga yang murah berbanding restoran lain
• Menjadi lokasi kegemaran pelajar untuk meluangkan masa bersendirian mahupun bersama teman untuk belajar.
• Servis yang cepat

Selain dua restoran ini, terdapat beberapa lagi restoran yang boleh menjadi lokasi untuk belajar seperti Burger King, KFC, Sheri Hari, Cinnabon,Traveler’s Coffee, Biblioteka dan Coffee Cake.







~KURSK~

Di lokaliti Kursk, ada tempat-tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat belajar. Contohnya:



1. Zhar Pizza Fast Food Restaurant – salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelajar di sini. Salah satu chain restaurant ini terletak amat berdekatan dengan Kursk State Medical University (kira-kira lima minit berjalan kaki) dan Hostel No. 5 (kira-kira sepuluh minit berjalan kaki).

2. Perpustakaan Kursk State Medical University – terletak di dalam kampus universiti, dan selalunya menjadi tempat pelajar belajar sementara menunggu peralihan masa kelas. Masa kemuncak ketika waktu tengah hari, ketika ramai pelajar berada di dalam kawasan kampus. Pelajar boleh mendapatkan buku teks, buku rujukan, dan juga sebahagian nota-nota kuliah serta buku teks dalam format elektronik di kaunter pertanyaan. Pelajar-pelajar juga boleh menggunakan komputer di dalam perpustakaan yang dilengkapi dengan akses internet.

3. Food Court, Pusat Beli-Belah Pushkinski – terletak di tingkat teratas bangunan Pushkinski. Terdapat banyak pilihan kedai makan yang boleh dipilih untuk mengalas perut sambil menelaah. Sambil menyelam, minum air. Tidak begitu?

4. Study room/common room yang terletak di asrama kediaman pelajar. Selalunya akan ada pelajar memenuhi kawasan study room pada waktu malam. Dan tempat ini akan menjadi tumpuan ketika demam imtihan dirasai pelajar. Selalunya dilengkapi dengan perkara-perkara asas seperti meja dan kerusi.

~ST PETESBURG~




Nama : Chitalniy Zal (Читальный Зал) Universiti
Lokasi : Ulitsa Lotsmanskaya, State Marine of Technical University (SMTU)
Penerangan : Zal ini berada di tingkat 3 berdekatan dengan perpustakaan universiti. Para pelajar kejuruteraan perkapalan di sini khususnya boleh meluangkan masa belajar yang berkualiti tanpa sebarangan gangguan atau memilih kediaman masing-masing sebagai pilihan terbaik. 





Sebenarnya, banyak tempat boleh dicuba untuk belajar, penulis hanya menyenaraikan beberapa tempat yang penulis biasanya pergi. Pelajar-pelajar boleh cuba untuk ke tempat-tempat ini dan menelaah.
Selamat mencuba!

Selamat belajar!

Wallahua'lam.



Post a Comment

KURSK | MAGNA FAMILIA

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum wbt.

“Sesungguhnya orang-orang yang beiman itu adalah bersaudara, maka damikanlah di antara dua orang saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (49:10)



Alhamdulillah, syukur kepada hadrat Allah s.w.t kerana program “Magna Familia” anjuran PPIM dan Kelab UMNO lokaliti Kursk telah berjaya dijalankan walaupun ada beberapa halangan yang kami sendiri tidak dapat jangkakan.

Program ini telah diadakan pada 11 Mei 2014 yang lalu, bertempat di Tasik Arka. Program ini telah disertai oleh warga Muslimin dan Muslimah Kursk yang diadakan secara berasingan bagi menjaga ikhtilat sesama warga Muslimin dan Muslimah.

Berikut adalah ringkasan tentatif Program Magna Familia:

1. Pembukaan majlis dengan surah al-Fatihah

2. Slot tazkirah

3. Solat Dhuha secara berjemaah

4. Sesi aktiviti (nota: aktiviti Muslimin dan Muslimah adalah berlainan)

- Selepas aktiviti selesai berlangsung, pelajar dikumpul semula untuk memberi ibrah yang mereka dapat melalui aktiviti yang telah mereka sertai.

- PIC aktiviti dan pengacara majlis akan menerangkan ibrah yang sepatutnya pelajar-pelajar dapat melalui aktiviti yang mereka jalankan.

5. Sesi menjamu selera

6. Sesi fotografi

7. Solat Zohor berjemaah

8. Bersurai

Maha suci Allah, Dialah sebaik-baik perancang. Walaupun pada hari itu, cuaca agak mendung, perjalanan ke lokasi agak berlumpur dan becak, dan hujan renyai turun membasahi bumi Kursk, tetapi itu tidak mematahkan semangat pelajar-pelajar untuk ber-BBQ dan menjalankan aktiviti bersama-sama. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar juga boleh membina ukhuwah yang lebih kukuh melalui program ini.

Dalam warga Muslimin dan Muslimah Kursk berseronok dan mengalihkan fikiran daripada pelajaran untuk seketika, isu peduli ummah tidak dilupakan dan atas dasar inilah semua aktiviti yang telah dijalankan, AJK aktiviti turut menyelitkan hikmah setiap aktiviti dengan isu yang sepatutnya pelajar-pelajar ambil tahu dan ambil peduli.

Harapan penulis, agar semua pelajar yang telah datang ke program sehari ini dapat menanam perasaan ambil tahu kepada nasib saudara-saudara seagama kita di semua wilayah-wilayah yang bergolak dan saban hari berjuang untuk kehidupan mereka.

Bagi pihak penganjur program Magna Familia, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke program ini. Sehubungan dengan itu, penulis juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan program dengan jayanya.













Wallahu’alam.


Post a Comment

MOSCOW | MEDICAL SYMPOSIUM 2014

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt

Alhamdulillah,alhamdulillah alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kurniaNya program Medical Symposium 2014 berjaya diadakan bertempat di Kedutaan Besar Malaysia,Moscow. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) dengan kolaberasi bersama Azam Russia dan MARA.

Program yang berlangsung selama dua hari ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai sistem perubatan di Russia dan juga sistem di Malaysia serta sedikit perkongsian menarik daripada doktor-doktor yang diterbangkan khas daripada Malaysia. 

Antara doktor yang hadir bagi memeriahkan program ini ialah Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed  iaitu Dekan Fakulti perubatan di CUCMS, Dr. Mohd Hazreen bin Abdul Rashid ( Pegawai Perubatan Jabatan Psikiatri Hospital Sultanah Aminah), Dr. Siti Illiana binti Mohamad ( Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Mahmoodiah,Johor bharu), Dr. Mawaddah binti Abdul Malik ( Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri johor,Bahagian Penyakit bukan Berjangkit) dan juga Dr. Mohd Hilmi Afandi ( Pegawai Perubatan Hospital Sultan Ismail,Johor Bharu ).

Program ini mempunyai 7 slot iaitu : The Doctor or Just Another Doctor,Untwisting the Tale of Housemanship, What the Future Looks Like for Us, Russian vs Malaysian: Benefitting from Both System, Clerking and Presenting for Dummies, Current Health Controversies dan slot terakhir ialah perkongsian kehidupan sebagai seorang doktor graduan daripada Russia serta sesi soal jawab. 

Program yang bermula pada pukul 2  ini dimulakan dengan slot pertama daripada Prof. Dr Latiff Mohamed. Dalam slot ini beliau memberi sedikit perkongsian mengenai kehidupan sebagai housemanship. Antara nasihat beliau ialah berazamlah untuk menghabiskan housemanship di hospital yang kita mampu untuk bertahan dan bukanlah mencari hospital yang sibuk hingga akhirnya kita jua yang kecundang. 

Seterusnya slot ke 2 disampaikan oleh Dr. Hazreen. Dalam slot ini beliau memberi pendedahan tentang sistem hospital di malaysia yang terdiri daripada 2 sistem iaitu yang menggunakan sistem berkomputer di mana semua data disimpan di dalam komputer dan juga sistem tidak berkomputer. Walaupun terdapat perbezaan sistem di sesetengah hospital, namun masing-masing ada kelebihannya tersendiri. Antara kata-kata semangat daripada beliau ialah dalam kehidupan ini jika kita berhenti melakukan sesuatu,kita yang akan rugi kerana orang lain tidak pernah fikirkan tentang diri kita. Jadi,teruslah melangkah jangan pernah berhenti kerana kejayaan itu memerlukan usaha daripada setiap individu. 

Slot ke 3 pula disampaikan oleh Dr. Mawaddah yang memberi pendedahan tentang keperibadian seorang doktor. Seorang doktor itu perlulah mempunyai perilaku yang baik, kemahiran yang tinggi dan juga luas ilmu pengetahuan. Beliau juga berkongsi mengenai hadis rasulullah s.a.w iaitu :

(.. Dan sebaik baik manusia ialah orang yang bermanfaat bagi manusia lain :HR Tabrani dan Daruquthni )

Maka, jadilah doktor yang bermanfaat untuk ummah, bukan sahaja yang mampu merawat penyakit,namun dapat merawat hati yang rosak.

Bagi slot 4 telah disampaikan oleh Dr Illiana. Slot ini memberi pendedahan tentang kelebihan sistem di Russia dan juga sistem di Malaysia. Walaupun terdapat perbezaan antara kedua sistem ini,namun ia bukan alasan untuk kita berputus asa, ambillah perbezaan ini sebagai cabaran dan carilah penyelesaian untuk menguasai kedua-dua sistem ini. 

Slot seterusnya, Dr. helmi berkongsi serba sedikit mengenai demam denggi iaitu antara salah satu penyakit yang berleluasa di Malaysia kini. Slot terakhir ialah slot perkongsian dan juga sesi soal jawab.

Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada para penceramah jemputan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para tetamu jemputan kerana sanggup meluangkan masa bersama bagi berkongsi ilmu kepada pelajar di Russia. Moga-moga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada para pelajar untuk terus melangkah jauh dan membaiki persepsi masyarakat mengenai pelajar perubatan Russia. Sesungguhnya tiada yang mustahil dalam hidup ini,maka berusahalah untuk melakar kejayaan. 

Akhir kata, semoga usaha yang dilakukan ini diredhai Allah dan semoga semangat ini berterusan dan mampu untuk mengubah setiap pelajar menjadi lebih baik. Sesungguhnya dunia ini amat memerlukan doktor untuk merawat ummah, maka bangkitlah bakal-bakal doktor kerana kini ramai pesakit yang sedang tenat yang memerlukan rawatan daripada anda semua. 

Wallahualam
















Post a Comment