Nasi Dagang Terengganu Gaya Perantau

0 comments
Assalammualaikum dan Bismillah.

         Bila bercakap mengenai makanan tradisi negeri, semua orang tahu, negeri Sembilan terkenal dengan nasak lemak cili api,Kelantan dengan nasi kerabunya manakala jika negeri pesisiran pantai Terengganu,pasti keropok lekor dan nasi dagang yang jadi sebutan. 






          Nasi dagang juga dikenali sebagai nasi lemak pantai timur oleh orang dipantai barat kerana hidangan ini amat popular sebagai sarapan pagi. Biasanya nasi dagang dihidang bersama gulai ikan tongkol,acar sayuran dan telur rebus. Istimewanya gulai nasi dagang ini, terletak pada ramuan rempahnya yang semulajadi tanpa perasa tambahan. Jadi,hari ini jom kita buat nasi dagang gaya perantau khas dibawakan oleh AZAM Russia untuk anda.



Bahan-bahan:-


Untuk Nasi
Beras wangi/basmati( saya guna beras biasa brand ashan jer =] ) – 2 cawan
Santan/susu -3 cawan 
Halba -1 sudu ++(kalau rasa x cukup boleh tambah lagi)
Halia-2 cm(dimayang halus)
Bawang putih-5 ulas( dimayang)
Bawang merah/bawang besar-1 biji( dimayang)


Untuk gulai

Bahan kisar
Kunyit-seketul kecik( kalau guna serbuk 1 sudu teh)
Lengkuas-3 cm(lebih kurang sebesar ibu jari)
Bawang merah/besar- 1 biji 
Cili kering- 6 tangkai(kalau nak pedas boleh lebihkan)
Ketumbar- 1 sudu
Jintan manis-1/2 sudu


Bahan tumis
Bawang putih-4/5 ulas( dimayang)
Bawang merah/besar- ½ biji (dimayang) 
Halia- 3 cm(dimayang) 
5 sekawan( kulit kayu manis, bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga)


Bahan lain
Santan
Garam/gula-secukup rasa.
Untuk lauk
Ikan skumbria-1 ekor
Garam
Gula melaka(kalau takde gula pun boleh =] )
Asam keping.
Untuk acar
Lobak merah
Kubis
Nanas
Timun
Bawang
Cuka 
Garam/gula

Cara-cara:-
So cara nak buat dia sangat senang kerana gaya perantau.

1, Untuk nasi, kalau asalnya perlu dikukus tetapi, orang merantau dia tanak nasi  macam biasa dan tambah semua bahan-bahan
InsyaAllah jadi. 

2. Untuk lauk. 

Mula-mula, potong ikan tu biar sedang-sedang saja size nya. Kemudian boleh dikukus. 
Apa!! X tahu nak kukus macam mana?? takpe, senang jer. Just masukkan ikan dalam periuk yg sederhana besar dan isi sedikit air(sikit jer tau,biar tenggelam ¼ jer daripada ikan tu). Kemudian tambah garam,gula melaka(gula) dan asam keping. Masak sehingga isi ikan jadi putih. Setelah masak boleh diasingkan

p/s: air ikan kukus tu jgn dibuang

3. Untuk gulai. 

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau,kemudian masukan bahan kisar dan dimasak seketika. Selepas itu tambahkan air ikan kukus bersama asam keping nya sekali dan dimasak seketika. Kemudian masukan isi ikan dan santan dam masak sampai mendidih.

p/s: gulai nasi dagang nie kena sedikit pekat and manis 


4.Untuk acar. 
Potong sayuran memanjang dan gaul bersama bawang, cuka, garam dan gula secukup rasa.
Yeahhh!!! Dan siap. Sedia untuk dihidang


Selamat mencuba yer.

**tips nak pekatkan kuah,tambah sejemput beras ketika kisar rempah 
***lauk boleh ditukar kepada ayam/udang(saya suka udang 

Prepared by: Bayu


Post a Comment