MOSCOW | PE

0 comments
Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum wbt 

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau yang lebih dikenali sebagai PPIM kerana telah berjaya mengadakan Physical Examination (PE) Workshop pada 22 Disember 2013 bertempat di Kedutaan Besar Malaysia.Alhamdulilah program yang dianjurkan telah berlangsung dengan begitu meriah dan lancar.

Program yang bermula pada pukul 11 pagi ini  bertujuan untuk memberi pendedahan tentang practikal skill/physical examination skills kepada pelajar di Moscow untuk dipraktikan di Malaysia nanti.
Program ini mempunyai empat slot.Slot yang pertama yang disampaikan oleh Asyraf Syahmi membincangkan mengenai sistem pernafasan dari segi anatomi dan fisiologi.Slot ini turut membincangkan general physical examination dan normal dan abnormal findings semasa physical examination of respiratory system.
Seterusnya slot kedua dikendalikan oleh Muruga Prakash.Dalam slot tersebut beliau membincangkan general cardiovascular system(CVS) examination,precordium dan peripheral vascular examination.

Setelah selesai solat dan makan tengahari,program diteruskan dengan slot ketiga iaitu group discussion dan Q&A.Dalam slot ini,para peserta dibahagikan ke dalam group di mana setiap group akan mempunyai satu atau dua fasilitator.Slot ini bertujuan untuk memberi pendekatan dan pemahaman yang lebih kepada peserta mengenai kedua-dua sistem.Slot yang terakhir adalah Quiz Challenge di mana melalui slot ini para peserta diuji kefahaman mereka tenteng kedua-dua system yg dipelajari.
Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati pada pukul 5 petang.

Semoga usaha yang dilakukan oleh penganjur diredai ALLAH dan semoga para peserta menjadi doktor untuk ummah.
  
Wallhu'alam.

All photo credit to Ppim-Rsc Moscow






Post a Comment

RESEPI BUTTER CHICKEN

1 comments
RESEPI BUTTER CHICKEN


Bahan untuk perap
250g ayam boneless
1 sudu kecil garam
1/2sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kari ayam
1 sudu besar tepung
1 biji telur

Bahan menumis

2 sudu besar mentega
1 biji cili merah (saya tak letak)
2 biji cili padi (saya guna 1 merah, 1 hijau)
1-2 tangkai daun kari segar
1/4 cawan heavy cream (susu cair abisss)
1/4 cawan air suam 
1 sudu besar gula
secubit pati ayam
secubit garam & lada sulah secukup rasa

Cara membuatnya
1. Perap ayam minima 1 jam
2. Panaskan kuali, cairkan mentega
3. Tumis cili merah, cili padi dan daun kari hingga naik bau
4. Tuangkan cream + air / susu cair dan diikuti bahan-bahan lain
5. Masak hingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa
6. Hidang dengan nasi panas dan sayur yang dicelur seperti sawi cina/buncis/asparagus


1 comment

Post a Comment

КНИЖНЫЙ МАГАЗИН (KEDAI BUKU) DI RUSSIA

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t 


Sabda Rasullulah:

“Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim dan muslimat.” (HR. Ibnu Abdul Barr)

Bulan Disember, Locap Wrap membawa anda mengenali kedai buku yang menjual buku perubatan di setiap lokaliti.
MOSCOW





Nama:  MedBook.

Lokasi: Metro Frunzenskaya
Penerangan: kedai buku ini ialah sebuah kedai buku universiti yang menyediakan buku-buku untuk pelajar 
perubatan seperti Atlas Human Anatomy dan juga Pharmacology Workbook.



ST PETERSBURG




Nama : Dom Knigi (Дом Книги)

Lokasi : Nevskiy Prospekt, 28, 191186 St Petersburg, Russia.

Panduan : Kedai buku ini terletak berdekatan dengan Metro Nevskiy Prospekt. Dari Metro Nevskiy Prospekt, jalan terus ke arah timur melalui Nevskiy Prospekt. Kedai buku ini akan berada di hadapan anda. 

Penerangan : Kedai buku ini merupakan kedai buku popular di St Petersburg yang merupakan antara salah satu tarikan pelancong kerana reka bentuk bangunannya yang unik. Kedai buku ini juga menjual hampir 10 000 ribu jenis buku. Bagi pelajar medik dan kejuruteraan, anda bolehlah mendapatkan buku keperluan anda di sini!

VOLGOGRAD
Lokasi: 2nd floor, Main building Volgmed
Penerangan: kedai kecil ini menjual 'peta tramvai' Anatomy (highly recommended untuk 1st years), dan juga buku-buku medik dalam bahasa Rusia.


Lokasi: Sovremennik
Penerangan: menjual buku-buku medik dalam bahasa Russia (yang digunakan oleh pelajar clinical years)



NIZHNY






Nama : Дом книги

Lokasi : Ulitsa Balshaya Pakrovskaya

Panduan : Dari hostel, anda perlu menaiki bas bernombor 43 atau 30 dan turun di stesen Ploshad Gorkova. Teruskan perjalanan di Walking Street sehingga ada ternampak kedai InCity dan kemudian belok ke kiri. Kedai buku tersebut berada di sebelah kiri anda.

Penerangan :
Terdapat buku perubatan seperti Atlas анатомия человека, buku panduan tentang penyakit dan buku tentang Emergency Care dijual di sini. Namun semuanya buku berbahasa Russia. Di samping itu alat tulis, buku tulis dan buku cerita turut dijual.


KURSK
Nama:оптимист (Optimist) 
Lokasi:terletak berdekatan dengan universiti (sederet dengan restoran makanan segera жар пицца) 
Nama:дом книги 
Lokasi:terletak di Ulitsa Lenina 11

Sekian, wallahualam

p/s: Akan tetapi buku perubatan berbahasa Inggeris susah didapati. Kebiasaannya, pelajar akan membeli buku perubatan di Malaysia, memuat turun PDF files atau pun meminjam buku daripada perpustakaan Academy.





Post a Comment

Hangatkan Iman Walau Sejuknya Winter. Al-Imran: 133-148.

0 comments


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah di atas nikmat dan sifat Ar-Rahman Allah masih lagi kita berada di atas jalan, bernafas mengejar redha Allah. Bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang sangat agung iaitu masih lagi berada dalam keadaan Islam. Sedang masih ramai lagi diluar sana tercari-cari malah ada yang belum lagi ketemu dengan hidayahNya, yang masih lagi tidak peduli pentingnya kebenaran, yang masih memilih berada dalam lorong kegelapan walaupun sudah ada punca-punca cahaya terpancar sedikit-dikit tapi masih tidak mahu mengikutinya, masih manja dengan kejahilannya ataupun kedegilannya. Ayuhlah kita doakan semoga mereka peroleh hidayah bertubi-tubi banyaknya. In sha'a Allah.

Baru-baru ini saya ada mendapat suntikan peringatan dan cadangan daripada seseorang hamba Allah supaya membuka surat cinta Allah iaitu surah Al-Imran ayat 133 hingga 148. Idea akal untuk men-defrost hati yang setelah lama ter-frozen dek suhu takat beku Russia mula timbul dan mengkaji dengan lebih dalam akan terjemahan [disini] dan tafsiran ayat-ayat tersebut serta mendengar pembacaannya [disini]. Hasilnya dapat dirumus seperti berikut:

1. Allah sangat suka kepada hambaNya yang selalu memohon keampunan. Diibaratkan kegembiraan Allah itu seperti seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian dia ketemu kembali dengan unta tersebut. Alangkah gembiranya dia! Begitulah sikap Allah terhadap hambaNya yang selalu memohon keampunan, malahan kegembiraan Allah adalah lebih gembira daripada orang yang hilang unta tadi.

2.  Allah sangat-sangat menepati tuntutan psikologi hamba-hambaNya. Kita tahu dalam al-Quran ada disebut ‘fastabiqul khairat’ bermakna berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan. Itu adalah sudut yang positif. Manakala pada sudut yang negatif Allah tidak berkata berlumba-lumbalah kamu dalam meninggalkan kejahatan, tetapi Dia berfirman supaya ‘wa saari’uu ila maghfirah mirrabikum’ iaitu bersegeralah kamu mencari keampunan daripada TuhanMu. Kerana Dia tahu kita ini sentiasa tidak akan terlepas daripada dosa, jadi penghapus kepada dosa-dosa yang kita lakukan adalah dengan sentiasa memohon keampunan. 
Walau bagaimanapun Allah memujuk dengan berkata jangan berasa terhina dan bersedih, sebab kita orang beriman ini punyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Adakah anugerah lain yang lebih berharga daripada pengiktirafan Allah ini?!

3. Janganlah merasa terhina atau lemah dan bersedih di atas kekalahan di dalam perang Uhud wahai tentera muslimin! Sebab kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman. Kalah bukan bermaksud tentera muslimin terhina! Segala yang berlaku pasti ada pengajaran yang Allah mahu hamba-hambaNya ambil iktibar. Disebabkan tidak mengikuti arahan Baginda saw, supaya tak meninggalkan kawasan, dek kerana hendakkan harta peralatan perang, mereka tidak menuruti arahan Nabi Muhammad saw, akhirnya kekalahan menimpa mereka. Walau bagaimanapun Allah memujuk dengan berkata jangan berasa terhina dan bersedih, sebab kita orang beriman ini punyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Adakah anugerah lain yang lebih berharga daripada pengiktirafan Allah ini?!


[credit]
4. Iktibar lain dari Perang Uhud adalah pertolongan Allah itu datang bersesuaian dengan usaha para hamba-hambaNya. Seandainya mereka bersabar dalam menuruti arahan baginda, kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada muslimin. Begitulah juga contohnya kita yang sedang atau bakal menghadapi exam-exam nanti, Allah akan bantu kita bersesuaian dengan usaha yang kita lakukan. Malahan pernah bukan dan banyak kali terjadi kepada kita yang Allah berikan sesuatu yang diluar jangkaan, lebih daripada apa yang kita usahakan?! Itulah nikmat Allah yang tidak akan pernah berkurang walaupun Dia sudahpun bagi nikmat yang teramat banyak kepada para hambaNya.

5. Hendak masuk syurga Allah itu bukan setakat omongan kosong, adakah kita benar-benar sudah berjihad dan benar-benar sudah bersabar? Kita pasti pernah dengar atau terbaca perjuangan Baginda saw dalam menyebarkan agama suci Islam. Tatkala pelbagai ujian, bantahan, halangan dan kecaman yang menimpa dari dalam keluarga hinggakan diluar keluarga, tatkala Baginda saw terpaksa melakukan penghijrahan dan travel dari kota Mekah ke Madinah; dengan erti kata lain Baginda saw berkorban detik masa, peluh tenaga dengan berbekal kesabaran dan sentiasa tenang yakin dengan janji Allah al-Haq.

6. Balasan yang baik kepada orang-orang yang bersyukur dan dicintai oleh Allah bagi orang-orang yang bersabar dan membuat kebaikan. SubhanAllah! Cuba kita bayangkan sejenak, kalau nak dikirakan kebaikan kesenangan didunia yang boleh kita lihat pun sudah mampu menyenangkan dan menggembirakan hati, bagaimana pula kebaikan-kebaikan dan kesenangan-kesenangan diakhirat nanti. Terjelas dalam surah Al-A'la ayat 16 dan 17 "bal tuksiruu nal hayatad dunya wal akhiratu khairuu wa abqaa" iaitu sedangkan kamu memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. 

WAllahualam..


Post a Comment

KULIAH BAITUL MUSLIM

0 comments
Assalamualaikum wrt .

InshaAllah 
Kuliah Baitul Muslim bersama UmmuAtifah pada minggu ini.

Modul Gerbang Mahligai Sakinah

Tarikh : 30 Dis 2013
Masa : 5.30pm-7.30pm (waktu rusia)
9.30pm-11.30pm (waktu malaysia)

Boleh add id
Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah

Tajuk menarik minggu ini :
"Panduan umum kedudukan lelaki dan wanita dalam Islam menurut Al-Quran dan As-sunnah"

Jom dengar jom!
Jangan ketinggalan mengikuti kuliah esok .


Anda terlepas mengikuti kuliah baitul muslim minggu lepas ?

Kami susulkan anda sedutan daripada kuliah baitul muslim di sini yang bertajuk 
" Perjalanan ketaqwaan jundiyy menuju jannah Allah "



INTERAKSI HATI DENGAN AL-QURAN






Sedikit sedutan daripada kuliah minggu lepas :


Setiap kali kita membaca al-Quran, kita merasakan Allah sedang berbicara dengan kita. Perasaan tersebut merupakan satu anugerah. Jadi kita hendaklah membuka hati kita, berdoa supaya Allah mempermudahkan kita untuk mengenaliNya. Ketika membaca Al-Quran, cuba timbulkan perasaan yang Allah sedang berbicara dengan kita. Sekiranya tidak faham, mohonlah agar diberi kefahaman. Selain itu, doalah agar Allah memberikan jodoh yang baik.

Semoga kita bertemu dalam sujud  sebagai abid muttaqin dan khalifah Allah yang akan menyebarkan kalimah Aallah keseluruh umat di muka bumi.

Sahabat-sahabat boleh menekan link di bawah untuk mendapatkan nota penuh kuliah minggu lepas .










Post a Comment

FRIDAY WRAP (21 - 27 DISEMBER 2013)

0 comments

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.

InsyaAllah AZAM Rusia kini kembali membawakan berita-berita terkini dari seluruh pelosok dunia.


Ahli Ikhwanul Muslimin Mogok Lapar dalam Penjara
23/12/2013


KAHERAH - Penyokong Mohammed Morsi terus mengadakan demonstrasi.

Lebih daripada 450 ahli penjara Ikhwanul Muslimin telah mogok lapar di Mesir kerana membantah "rawatan yang tidak berperikemanusiaan".

Tawanan yang termasuk seorang pegawai kanan yang digulingkan berkata mereka telah dinafikan hak lawatan keluarga dan akses kepada rawatan perubatan.

Lebih daripada 2,000 ahli Ikhwan Muslim telah ditangkap sejak penggulingan Morsi .

Presiden Islam itu digulingkan oleh tentera pada bulan Julai.

Ikhwanul Muslimin berkata pada akaun Twitter bahawa ahli-ahlinya telah dilarang daripada lawatan keluarga , kaunseling undang-undang, rawatan perubatan dan hidup dalam sel-sel penuh sesak dan tidak bersih.


5,500 anggota keselamatan tambahan diperlukan di Selatan Sudan - PBB
24/12/2013


BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mencadangkan kepada Majlis Keselamatan supaya menghantar 5,500 anggota tentera dan 423 polis tambahan bagi mengawal keganasan di Selatan Sudan bagi mengukuhkan misi PBB di negara bergolak itu.

Anggota keselamatan PBB di Selatan Sudan kini mencecah hampir 7,000 askar, dan tambahan anggota baru itu akan menjadikan jumlah keseluruhan kepada kira-kira 12,000.

Bom tong tentera udara telah melanda kawasan perumahan dan membeli-belah, sering membunuh berpuluh-puluh orang awam.

Konflik Syria: Serangan udara di Aleppo
24/12/2013 

SYRIA- Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam serangan udara di bandar Syria Aleppo, aktivis berkata , sebagai serangan tentera udara kepada pemberontak diadakan berterusan.

Badan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata tiga kanak-kanak di antara yang mati di daerah selatan Sukkari .

Lebih daripada 360 orang dipercayai terbunuh dalam sembilan hari lalu.

Perikatan pembangkang utama , Gabungan Negara, berkata ia tidak dapat menghadiri persidangan itu bulan depan di Geneva jika kempen udara yang berterusan.

Monzer Azbik , ketua kakitangan kepada pemimpin gabungan itu Ahmed Jarba , menggesa kuasa-kuasa asing untuk menghentikan pengeboman.

"Kekurangan perjanjian antarabangsa dalam menghentikan jenayah perang ini terkini secara langsung menunjukkan dengan jelas akan keganasan Asad terhadap rakyat Syria ," katanya.

Pada Isnin lepas, AS dan UK mengutuk serangan udara yang berterusan.

' Tiada tempat untuk menyembunyikan diri '

Kumpulan hak asasi manusia telah mengutuk penggunaan tentera udara Syria yang dipanggil bom tong - tong minyak atau silinder penuh dengan bahan letupan dan serpihan - berkata sasaran itu sewenang-wenangnya dan bahawa serangan-serangan itu menyalahi undang-undang.


Israel melancarkan serangan udara segar di Gaza
24/12/2013


GAZA- Kanak-kanak perempuan Palestin berusia tiga tahun terbunuh dalam siri serangan udara tindak balas Israel disebabkan oleh peristiwa penembak Palestin mengenakan tembakan pada Israel yang membaiki pagar keselamatan yang memisahkan Gaza dari Israel.

Sekurang-kurangnya enam orang lain cedera dalam satu siri serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza.


Presiden UAE derma RM 32.9 juta untuk mangsa banjir Malaysia
24/12/2013


ABU DHABI- Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan menyumbang sebanyak Dh36.6 juta (RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Malaysia.

Menurut laporan agensi berita UAE, bantuan berkenaan akan memanfaatkan lebih 20,000 keluarga yang terjejas di Pahang dan Kelantan, baru-baru ini.


Pereka AK-47, Mikhail Kalashnikov meninggal dunia
23/12/2013


MOSCOW- Mikhail Kalashnikov, pereka rifal automatik AK-47 yang menjadi perhatian dunia, meninggal dunia, demikian lapor agensi berita Russia, ITAR-TASS hari ini.

Kalashnikov, 94, dilaporkan meninggal di kediamannya di Wilayah Udmurtia.

Kalashnikov mereka bentuk senjata itu yang cukup sinonim dengan kehebatannya membunuh dan diangkat sebagai hero ketika era Kesatuan Soviet serta simbol kebanggaan tentera Moscow. - AF


Marks & Spencer akur hak pekerja Islam
24/12/2013


LONDON- Rangkaian pasar raya Marks & Spencer, semalam mengemukakan permohonan maaf selepas seorang kakitangan Islam enggan membantu pelanggan yang mahu membeli minuman keras.

Marks & Spencer, dilihat mematuhi semula dasarnya, selepas laporan awal menyatakan bahawa kakitangan Islam pasar raya itu yang enggan mengendalikan urusan pembelian minuman keras dan khinzir, atas sebab agama, dimaklumkan bahawa mereka boleh meminta pelanggan membayar di kaunter berasingan. 

Bagaimanapun jurucakap pasar raya terbabit berkata, pihaknya memohon maaf berikutan ulasan oleh akhbar The Independent yang tersalah tafsiran mengenai ‘perniagaan sekular’ rangkaian itu.

Bagi mana-mana kakitangan dengan kepercayaan agama yang melarang mereka mengendalikan makanan dan minuman tertentu, kami akan menempatkan mereka di bahagian yang sesuai.

“Sebagai sebuah perniagaan sekular, kami mempunyai dasar yang mengalu-alukan semua kepercayaan agama,” kata jurucakap berkenaan.

Sebelum itu, seorang pelanggan memberitahu akhbar The Telegraph bahawa beliau terkejut, apabila seorang wanita memakai tudung memberitahu dia tidak dapat menguruskan pembelian minuman keras. - AGENSI


Mesir isytihar Ikwanul Muslimin pertubuhan pengganas
26/12/2013

KAHERAH- Pemerintah tentera Mesir hari ini mengisytiharkan kumpulan Islam, Ikhwanul Muslimin yang setia kepada presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi sebagai pertubuhan 'pengganas'.

Ketua Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana secara berterusan meminta anggota pergerakan itu mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Mesir.

Keputusan kerajaan itu dilihat sebagai tindakan untuk membasmi kumpulan yang bertanggungjawab dalam kematian lebih 1,000 orang yang kebanyakannya orang Islam akibat pertempuran di jalanan serta penahanan ribuan aktivis sejak Morsi dijatuhkan oleh tentera pada Julai lalu.

Pengumuman itu susulan kejadian pengeboman berani mati ibu pejabat polis yang mengorbankan 15 orang, beberapa hari lalu.

Kejadian itu dikutuk Ihwanul Muslimin namun kumpulan al-Qaeda yang berpusat di Semenanjung Sinai mengaku bertanggungjawab.

"Semua rakyat Mesir dalam ketakutan akibat tindakan yang dilakukan Ikhwanul Muslimin pada pagi Selalu lalu apabila bom diletupan di ibu pejabat polis di Daqhaleya," kata kenyataan yang dikeluarkan Kabinet Mesir.

"Kerajaan membuat keputusan untuk mengisytiharkan pergerakan Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas," dengan merujuk kepada fasa pengganas yang termaktub dalam Akta Kanun Keseksaan Mesir.

"Anggota yang masih bersama kumpulan atau pertubuhan ini akan diambil tindakan mengikut undang-undang," kata kenyataan itu. - AFP


Erdogan buat rombakan kabinet Turki
26/12/2013

ANKARA- Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menemui Presiden, Abdullah Gul lewat malam tadi bagi membincangkan rombakan kabinet berikutan peletakan jawatan tiga menterinya berikutan skandal rasuah.

Gul berkata, Erdogan sedang menyediakan senarai bagi menggantikan beberapa menteri Kabinet.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Menteri Ekonomi dan Menteri Alam Sekitar Mesir mengundur diri daripada kerajaan. 

Mereka juga menulis surat meminta Erdogan meletakkan jawatan. - AFP



Sekian sahaja untuk minggu ini.

Semoga Bermanfaat!











































Post a Comment

Ayuh Belajar Daripada Salji!

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim..




Aura imtihan sudah mula terasa. Jadual peperiksaan yang ditampal di ‘soft board’ di hadapan meja belajar dijeling malas. Dia mengeluh kecil lalu menutup buku pelajarannya dan bergerak menghampiri ‘heater’ di tepi tingkap bilik. Oh nyaman! Tubuh yang sedari tadi kedinginan terasa hangat dipeluk haba dari ‘heater’. Dia melempar pandang ke luar tingkap. Sebagai seorang yang diberi peluang untuk merasai kehidupan di bumi asing, sudah semestinya pelbagai musim telah dilaluinya sepanjang bergelar perantau. Setiap musim memiliki kisah dan ceritanya tersendiri. Tambahan pula Negara Russia terkenal sebagai Negara empat musim dengan cuaca yang agak ‘extreme’. Kalau musim panas, panasnya sampai boleh membakar hutan belantara. Kalau musim sejuk pula, penurunan cuaca sehingga ke -30 darjah celcius atau lebih bukanlah menjadi satu kisah yang pelik lagi ajaib. Bumi Soviet kini semakin tenggelam warna-warninya, memutih dan terus memutih diselimuti salju. Cuaca dinginnya terkadang bukan sahaja terasa di kulit wajah namun menggigit-gigit sampai ke tulang rusuk. Tatkala bumi mula dihujani gerimis salju, mulalah kedengaran keluh kesah, suara rungutan dari insan-insan yang kurang mengalu-alukan kedatangannya. Kenapa? Terlampau sejuklah! Jalan licinlah! Rimaslah kena pakai tebal-tebal! Dan macam-macam jenis rungutan lagi kedengaran. Untuk keluar dan bertemu orang lain pun terasa sangat malas. Alangkah indahnya jika dapat bermalas-malasan sendirian di bilik dengan pemanas di tepi untuk menghangatkan jasad, dan sepotong kek ‘red velvet’ bersama lapisan ‘cream cheese’ tersedia di atas meja untuk dinikmati. Oh nikmatnya!

Dia terus merenung, jauh dan semakin jauh ke dalam gerimis salji. Dia suka akan salji. Hatinya terasa damai melihat salji yang turun menghiasi bumi. Ada apa pada salji? Salji yang merupakan seindah-indah ciptaan Allah yang putih bersih pun masih menjadi bahan rungutan? Ya, ada apa pada salji itu? Semestinya Sang Pencipta tidak menciptakan sesuatu perkara itu sia-sia.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Surah Al-Imran, 3:190-191)

Begitu juga dengan penciptaan salji, pastinya tidak sia-sia dan ada sesuatu yang Sang Pencipta mahu kita belajar daripadanya. Siap disebut lagi penciptaannya di dalam Al-Quran,

“.. dan Dia(juga) menurunkan ais dari langit..” (Surah An-Nur, 24:43)

Salji itu fitrahnya putih dan bersih. Turunnya ia mampu menutupi cela-cela pada permukaan bumi. Jalan yang berlopak-lopak kelihatan rata dan cantik dihiasi putihnya salji. Namun, salji yang turun apabila bercampur dengan tanah serta kotoran di jalanan lama kelamaan akan mencemari fitrah salji yang suci itu. Begitu juga dengan hati manusia. Fitrah manusia itu bersih dan sangat dekat dengan kebaikan. Namun, kita adalah manusia yang sering lupa dan alpa. Tidaklah dinamakan manusia seandainya tidak pernah berbuat dosa dan kesalahan. Dosa dan kemaksiatan yang kita sering lakukan lama kelamaan akan memberi cela terhadap hati yang fitrah asalnya adalah bersih. Namun hati yang berlubang-lubang dan dipenuhi noda-noda hitam ini mampu dibersihkan dan diisi dengan kesucian amal yang istiqomah dan ikhlas dilakukan kerana Sang Pencipta, seperti yang dijanjikan Allah SWT,

“.. agar Allah menghapuskan perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.” (Surah Az-Zumar, 39:35)

Disebalik kesejukan yang menggigit-gigit tubuh dan jalan-jalan yang mula menjadi licin di saat turunnya salji, di situlah letaknya nilai ujian. Kalau tidak, masakan kita dapat merasai dan menikmati sendiri indahnya salji seandainya kita tidak mahu mengharungi ujian-ujian yang terzahir di sekeliling kita. Buktinya, ketika salji mula menurun, ramai yang ingin mengabadikannya di dalam foto-foto kenangan. Ada yang mengambil gambar salji semata-mata dan di ‘edit’ menggunakan ‘photoshop’ sehingga gambarnya nampak ekslusif. Ada juga yang sanggup masuk ke dalam salji yang kadang-kadang mencecah paras pinggang untuk bergambar bersama. Macam-macam gaya ada. Sudah semestinya individu-individu ini perlu melalui dan mengharungi kesejukan dan kesukaran berjalan mengharungi salji terlebih dahulu.



Kalau diperhatikan lagi, setiap empingan salji yang turun juga berbeza saiz dan bentuknya, walaupun mungkin nampak sama di mata kasar kita. Namun belum sempat kita menilik saiz dan bentuk salji yang jatuh ke atas jaket kita, salji itu mula mencair. Itu juga adalah fitrah salji. Rapuh dan senang mencair. Namun apabila salji turun dalam kuantiti yang banyak dan bergabung, maka terserlah identiti dan kekuatannya. Sehingga titisan-titisan salji yang melebat mampu memedihkan kulit wajah, kesejukannya menggigit sampai ke tulang rusuk malahan jalan-jalan yang luas terbentang juga kelihatan putih dilitupi salji sehingga kadang-kadang menyukarkan perjalanan terutamanya bagi pejalan kaki. Seperti itu jugalah fitrah manusia. Kita tidak akan kuat dan tidak mampu bergerak jauh seandainya kita bersendirian. Kita memerlukan sokongan daripada individu-individu lain untuk terus kuat dan teguh dalam menyusun hal ehwal kehidupan dan terus istiqomah beramal di jalan kebaikan. Individu-individu yang bergabung ini bakal membentuk satu barisan(saf) yang kukuh ibarat salji-salji yang bergabung menghujani bumi seperti firman Allah SWT,

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan (saf) yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah As-Saff, 61:4)

Dia tersedar dari lamunan yang panjang. Lamunan yang membawa hatinya mengenang dan mensyukuri nikmat Allah. Dia mengerling jam di dinding biliknya. Masih sempat untuk mengerjakan solat sunat Dhuha. Lalu dia bergegas membasahi diri dengan wudhu’ yang menyegarkan jasad dan rohnya. Usai mengerjakan solat sunat dua rakaat, dia memanjatkan doa setulus-tulusnya. Dia memanjatkan kesyukuran atas segala nikmat ujian yang telah diberikan oleh Yang Maha Esa. Mudah-mudahan nikmat yang diberikan disekelilingnya akan menjadi peringatan untuk dia sentiasa menjadi hamba yang bersyukur, bukannya hamba yang merungut. Di akhir doanya, dia memohon;

Wahai Tuhan Yang Maha Membolak Balikkan hati, tetapkanlah hati ini di atas agama-Mu dan atas ketaatan kepada-Mu..

Ayuh! Berhentilah merungut, mari bersyukur dan mulalah belajar daripada salji! Selamat menjadi produktif!



1 comment

Post a Comment

RESIPI : RAINBOW CUPCAKE WITH CREAM CHEESE TOPPING

0 comments

Assalamualaikum wrt.

Apa khabar rakan-rakan semua? Mungkin sekarang ramai sedang sibuk berhempas pulas membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan sebelum bermulanya cuti musim sejuk bulan Januari nanti. Tetapi harapnya masa yang ada akan digunakan dengan sebaiknya, seimbang untuk dunia dan akhirat juga insyaALLAH. Walau apa sahaja yang kita lakukan, tidak kira belajar, memasak, makan, berjalan-jalan, mahupun tidur janganlah kita lupa untuk betulkan niat, demi mencapai redha-Nya semata-mata.

“Amal perbuatan pasti disertai dengan niat, dan setiap orang akan mendapatkan balasan sesuai dengan niatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim )

InsyaAllah, hari ini saya ingin berkongsi satu resipi dengan anda semua! Kepada yang ingin menghadiri usrah atau menziarahi kawan-kawan, apa kata anda bawakan kek kecil bewarna-warni ini sebagai buah tangan? Atau boleh juga luangkan masa untuk mencuba resipi ini bersama housemates tersayang selepas masing-masing sibuk mentelaah pelajaran. Jom betulkan niat dan happy baking !

RESIPI : RAINBOW CUPCAKE WITH CREAM CHEESE TOPPING

BAHAN-BAHAN KEK :


3 cawan tepung gandum
4 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
1 cawan butter (250gram) – suhu bilik
1 ¾ gula castor
5 biji putih telur
2 sudu teh esen vanilla
1 ½ cawan susu segar
pewarna : oren, merah, ungu, hijau dan lain-lain

CARA-CARA MEMBUAT KEK :

1- Ayakkan tepung, baking powder dan garam. Kemudian, ketepikan.

2-Dalam bekas mixer pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu atau butter bertukar menjadi warna putih.

3- Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. Masukkan esen vanilla.

4- Kemudian perlahankan mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. ( tepung-susu-tepung-susu-tepung )

5- Akhir sekali, bahagikan adunan sama banyak ke dalam beberapa bekas berasingan. Masukkan pewarna mengikut pilihan dan gaul rata.

6- Panaskan oven pada suhu 170 C. Dengan menggunakan sudu, masukkan adunan ke dalam paper cup satu persatu warna hingga memenuhi 3/4 bekas itu. Bakar dalam oven selama 15-20 minit sehingga kek masak sempurna (masa membakar bergantung kepada saiz paper cup).

Kek yang belum dibakar.

Hasil kek yang sudah siap dibakar. 

CADANGAN TOPPING ( CREAM CHEESE TOPPING ) :


BAHAN-BAHAN :

250 gram butter (suhu bilik) 
400 gram cream cheese (suhu bilik) 
¾ cawan gula castor 
1 sudu teh air perahan lemon

CARA-CARA :

Dalam bekas mixer, pukul butter sehingga betul-betul kembang dan putih (10 minit). 
Kemudian, masukkan gula castor dan pukul hingga sebati. 
Akhir sekali, masukkan cream cheese dan lemon dan pukul hingga kesemua bahan bercampur sebati.    *Boleh juga letakkan pewarna jika mahu.

Kemudian, hias cupcake anda mengikut kreativiti masing-masing. 

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA, InsyaALLAH.

Wallahua'lam


Post a Comment

Allah itu Maha Cantik.

0 comments

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menggerak-gerakkan awan, kemudian dikumpulkan-Nya (Allah) antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian Dia (Allah) menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar daripada celah-celahnya. Dan Dia (Allah) menurunkan dari langit, daripada gunung, yang di dalamnya (terdapat) salji (ais), maka ditimpakan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) dan dipalingkan-Nya (Allah) daripada siapa yang dikehendaki-Nya (Allah). Hampir-hampir pancarannya yang berkilauan menghilangkan penglihatan. (An Nur:43)

Apa khabar iman di musim salju? Mendingin bersama angin lalu? Harapnya tidak bahkan menhangatkan kesejukan  yang datang membungkus kalbu. Cuaca yang sejuk pasti menggugah keimanan untuk terus bersikap positif dalam mana-mana keadaan pun. 

Sehinggalah kita cuba berdiam sejenak. Pandangan melilau kiri dan kanan. Tarik nafas dalam-dalam. Hembus. Hiraukan hiruk-pikuk kehidupan dan nikmatilah keindahan, kecantikan musim salju…


Pernah lihat?

Sudah tentu bagi anda yang belajar di Rusia. Musim ini berlarutan hingga penghujung Mac tahun depan. Bagi yang baru sahaja melangkahkan kaki di bumi Soviet pasti terasa sangat seronok. Dalam hati girang, riang untuk beberapa hari dan mungkin akan terasa bosan. Apatah lagi untuk hidup dalam keadaan sejuk untuk beberapa tahun lagi.  Kalau senior? Snow? Lame..

Satu nikmat yang tidak dilihat sebagai nikmat. Itu hakikat manusia. Musim salju itu datang lagi. Argh tidak!
Dimana kita mahu cari kekuatan? Semangat yang luntur itu perlu diperbaharui. Terutama bagi mereka yang punya jadual kelas ‘busy’ di kala dingin membeku.

Semangat dan kekuatan itu milik Allah. Maka dalam apa-apa suasana, hamba Allah itu perlu merasakan Allah ada bersamanya. Ya! Melihat Allah dalam mana-mana keadaan itu adalah manifestasi keimanan. Keajaiban seorang mukmin.

”Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mukmin; yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya. (Hadis Bukhari)

Persoalannya bagaimana?

Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui. (Yunus: 5)

Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya. (Yusuf: 105)

Di dalam setiap musim itu ada tanda-tanda kebesaran. Ada kecantikannya tersendiri. Kecantikan pemandangan itu boleh meruntun kesayuan di musim salju. Namun ada satu kecantikan yang susah dilihat. Satu manifestasi ketelitian penciptaan Allah.

6841161133 016cce2d91 b1 Snowflakes by Matthias Lenke
[credit]
6841161149 a549ec50ac o Snowflakes by Matthias Lenke
[credit]
Snow flakes.

Sekecil-kecil ‘detail’ yang Allah tunjuk.  Subhanallah! Tatkala melihat  betapa ‘detail’nya Allah mencipta ‘snow flakes’ terasa keagungan Pencipta.  Setiap snow flakes itu berbeza! Dan lihat setiap flakes itu. Unik dan halus dan sempurna! Betapa hebatnya kuasa Allah sampaikan kadang-kadang tak terjangkau fikiran akan kekuasaanNya. Kenapa Allah menciptakannya sebegitu cantik? Kenapa hati kita sangat sukakan kecantikan?

Atas keterbatasan akal fikiran, kita tidak mampu memikirkan bagaimana Allah yang sebenarnya. Namun apa yang kita lihat refleksi penciptaan memberikan satu kesimpulan bahawa Allah itu sangat cantik. Wallahualam cantik macam mana namun logic akal yang dikurniakan Allah pasti akan fikir yang mampu menciptakan kecantikan itu pasti jauh lebih cantik dari apa yang diciptakan.

Banyak lagi yang kita boleh ambil dari setiap kejadian alam. Kita tahu Allah sangat teliti. Kita tahu Allah mampu ciptakan secara sempurna. Kita mampu tahu bahawa Allah sangat sayangkan kita dan arif tentang fitrah kita yang suka kecantikan.
Kalau benar kita sukakan kecantikan, maka berhaklah lagi kita menyukai Allah!!

Kita mampu bercakap bahawa itu dan ini adalah indah, cantik dan  macam-macam lagi namun mampukah kita fikir bahawa Allah yang telah menciptakan semua ini. Kalau benar kita sukakan kecantikan, maka berhaklah lagi kita menyukai Allah!!

Lihatlah Allah dimana-mana. Baik di musim salju mahupun dimana-mana musim pun. Ihsan itu merupakan percikan semangat di kala kita rasa mahu jatuh. Dikala kita rasa malas , rasa tidak mahu terus maju dan aura negatif membungkusi tubuh dekatkan diri dengan Allah dengan melihat tanda-tanda kekuasaanNya! Hidupkan hati kita dengan makrifatullah. Hatta dengan musim salju.

Wallahualam.


Post a Comment