Ahlan wa sahlan 2013, Sayonara Jahiliyyah 2012

0 comments


Bismillahirahmanirahim..

Masa berlalu , persis angin pantai yang bertiup.
kadang-kadang anginnya bertiup kencang,
kencang sehingga kita tidak sempat untuk bersedia menghadapinya,
akibatnya, kita terbang mengikut arus angin yang deras itu.
kadang-kadang angin pantai juga bertiup lembut,
lembutnya sehingga mampu menghilangkan resah dihati,
lembutnya juga terkesan pada hati yang keras!
ya, Grand Canyon pun tersengam indah kerana angin.







Duhai teman sekalian,   

Tidak lama lagi kita akan melihat hari yang baru, suasana yang baru. Dimana setiap kali helaian baru diselak, insyaAllah kita akan menghadapi perkara-perkara baru. Di saat ini kita akan teruji dari setiap segi, fizikal, mental mahupun akhlak. Tidak yakin dengan kenyataan ini? Ibaratkan diri anda seperti sebiji oren mandarin. Ya, sebiji! Bukan seulas. Jika dikopak kulitnya, kita akan memperoleh berberapa ulas oren mandarin. Setiap ulas itu, adalah setiap aspek ujian tadi. Seulas untuk fizikal, seulas untuk mental, seulas untuk keperibadian dan etc. kemudian datang ujian yang menyerang oren mandarin tadi. Ujian yang datang tidak menyerang seulas-seulas oren tadi, tetapi meyerangnya secara menyeluruh. Jika kuatnya daya tahan kepada ujian itu maka oren itu mungkin akan selamat.

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya)" [Al-Furqan :20]

             Masyarakat kita pada tahun lalu diserang dengan pelbagai isu. Cuba kita ingatkan kembali apa yang telah terjadi, kerana ini adalah sejarah dan sejarah yang dilupai mungkin akan menyengat kembali. Anak tinggalkan emak di hotel, isu perlaksanaan hukum hudud, BERSIH dan macam-macam lagi. Mungkin ada yang telah lupa dengan hal-hal yang pernah berlaku ini. Ingat kembali kesan-kesan daripada isu yang telah terjadi ini. Pelbagai kontroversi timbul, pelbagai kenyataan dikeluarkan sehingga ada bertumpahan darah. Masyarakat kita diuji teman. Namun, apa yang telah kita laksanakan? Mana hasil usaha kita? Berita lalu, jika diambil seperti angin yang lalu sahaja, ibarat melihat grand canyon persis tanah tandus sahaja. Perhatikan kembali sejarah islam kita dahulu. Bangkit kita kerana APA! Jatuhnya kita kerana APA! Jika pemerintah Abbasiyah tidak leka dengan harta, tidak lupa cara hidup islam yang sebenar, insyaAllah islam masih dipuncak kegemilangannya. Jatuhnya islam kini, siapa yang mahu bangkitkan ia kembali? Tanyakan hal ini pada diri anda sendiri. Bercakap dengan hati anda sendiri. Apa pendirian KAMU? Naik gerabak membangkitkan islam kembali, atau mahu biarkan ia terlepas?

Duhai teman,
Yakinlah, sesungguhnya masyarakat kita masih lagi sakit. Ujian yang menimpa pada mereka, telah menular. Menjadi wabak. Menjadi kanser. Mampu membunuh.



Yakinlah teman,
ubatnya tidak dijual di farmasi yang berdekatan mahupun yang jauh. Ubatnya perlu dicari. Perlu dibina. Perlu dibentuk.

Yakinlah duhai teman,
ubatnya ialah islam di dalam diri. Binalah islam didalam dirimu. Maka biarlah ubat itu merawat segala-galanya.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Teman,
Biarlah tahun 2012, menjadi nostalgia. Jadikan ia sebagai langkah baru untuk perubahan. Thomas Alva Edison perlukan lebih dari 1000 kegagalan hanya mahu meberikan cahaya kepada dunia. Bukalah helaian baru di dalam buku anda. Bukalah kerana Allah, insyaAllah Allah membantumu.
InsyaAllah 2013 menjadi tahun yang lebih bermakna buat anda.

Allahu a’lam.

Dengan keazaman kita bermula. insya Allah. 






Post a Comment