Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum wbt.
Moscow, 2 JANUARI 2013 - Luncur papan salji atau snowboarding adalah antara program menarik
yang dianjurkan oleh pihak AZAM Russia. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan adanya program
seperti ini, sisters di Moscow dapat merasai betapa lasaknya sukan ini. Nampak mudah, tetapi hakikatnya sukar. Akan tetapi kesukaran itu akan menjadi mudah dengan izin Allah jika kita sendiri yang ingin mengubah sesuatu perkara itu yakni dengan bersemangat dan berusaha tanpa berputus asa. Walaubagaimanapun, risiko untuk jatuh, tergolek, tersembam dan tergelongsor adalah sangat tinggi bagi peserta yang baru mencuba. Namun demikian, dengan jatuhlah kita banyak belajar.
Ummat Islam boleh jatuh, tetapi bukan dalam lubang yang sama |
Berbalik kepada aktiviti snowboarding, pemakaian yang sesuai amat penting bagi mengelakkan
pemain cedera. Sewajarnya, pemain perlu memakai sepasang baju dan seluar khas dan
juga sarung tangan yang sesuai dengan suhu dan persekitaran yang bersalji.
Di
Nagornaya Ski Hill (Metro Nagornaya) kami dibenarkan menyewa kasut dan papan luncur dengan harga 1250 rubles
bagi setiap pemain yang ingin bermain melebihi 5 jam.
Aktiviti ini bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Tetapi para peserta
diberi kelonggaran untuk pulang lebih awal atas beberapa faktor. Dan
alhamdulillah, seorang peserta program yang dah mahir dalam
sukan ini telah memberi beberapa tips untuk peserta yang baru pertama kali
bermain. Katanya, kalau bermain tanpa ada 'ilmu, kita takkan dapat rasa
keseronokan sukan ni. Memetik kata-kata Imam Al-Ghazali, 'ilmu tanpa
'amal, gila dan 'amal tanpa 'ilmu, sia-sia." Makanya, bagi mengelakkan perkara
yang sia-sia, kita mestilah grab 'ilmu yang diberikan itu dan di'amalkan, insya Allah.
Selepas
itu, kami solat Zuhur dan Asar berjemaah dan bertayammum menggunakan salji
sebagai ganti wudhu' air. Satu pengalaman yang tak mungkin kita dapat rasai khususnya di
Malaysia. Usai solat, kami makan tengah hari berjemaah. Dan tentunya kemanisan
ukhuwah lebih terasa dengan segala benda yang dilakukan secara berjemaah.
Solat ? Dimana-mana pun boleh :) |
Akhirnya,
masing-masing pulang membawa 'ilmu dan pengalaman. Alhamdulillah tsumma
alhamdulillah. Segala pujian dipulangkan semula kepada Allah Rabbul 'Izzati
yang menghamparkan ciptaanNya yang indah untuk menjadi pelayan kepada kita
manusia, makhlukNya yang terpilih. Berjalan di bumiNya, mestilah sentiasa
mengingatiNya supaya lebih dekat diri kita denganNya.
Ya Allah, teguhkanlah hati-hati kami.. |
Allahu'alam.
Post a Comment