DI SEBALIK TABIR PALESTINA

0 comments
Volgograd, 1 Januari 2013 - Tahun baru bagi para pelajar di Volgograd dimeriahkan dengan kehadiran Prof Madya Hasanuddin Yunus dan zaujahnya, Sharifah Mahizah bagi membawakan isu Palestin dengan lebih jelas lagi. Sebuah program yang bertajuk “Di sebalik tabir Palestina” secara eksklusifnya dianjurkan oleh AZAM Russia telah diadakan di Aktovi Zal , Hiroshima hostel yang dihadiri oleh seramai 100 orang pelajar.

Prof Madya Hasanuddin Yunus
dan zaujah, Sharifah Mahizah

Program yang dipengerusikan oleh saudara Azhari bermula pada 10 pagi dengan bacaan doa oleh Khairul Anuar dan bacaan sajak yang bertajuk “ Manusia dan Kira-kiranya ” yang dikarang sendiri oleh saudara Yusri. Pelbagai perkongsian mengenai sejarah Palestin, pengalaman semasa menganggotai misi kemanusiaan Mavi Marmara, kisah-kisah menarik yang memotivasikan dari rakyat palestin dan hakikat kekejaman tentera negara haram Israel yang tidak perlu disangsikan lagi. 


Program berakhir dengan sesi soal jawab oleh para peserta. Menjadi kenangan manis apabila Ustaz Hasanuddin dengan murah hatinya telah menaja sarapan pagi para peserta yang sepatutnya menjadi jualan untuk AZAM.

Pada akhir penyampaian, ustaz meninggalkan kami dengan satu persoalan yang seharusnya terbit dari setiap hati individu muslim; “Di mana perjuangan kita bersama Gaza??” Tepuk dada tanya iman kita. Ayuh, kita menghisab diri kita. Semoga dengan sumbangan kita walaupun sekecil zarah sebagai hujah kita di akhirat kelak. Allahu'alam.

Rasulullah SAW bersabda:“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Riwayat Bukhari)






Post a Comment