Maka Nikmat Tuhanmu yang Manakah yang Kamu Dustakan?

0 comments

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Nikmat Allah yang tak terbilang!
               
                Manusia. Fitrah manusia yang sentiasa melihat kepada sesuatu yang tak dapat dicapai dan hajat yang tak kesampaian berbanding melihat apa yang sedia ada. Kita tak akan pernah sampai tahap redha dan bersyukur dengan apa yang kita ada bila mana kita sering membandingkan diri kita dengan orang yang lebih berjaya,dengan orang yang lebih cantik,dengan orang yang lebih pandai. Sepatutnya,kita perlu pandang kepada orang yang lebih kurang daripada kita agar kita mampu menghadirkan rasa bersyukur dan redha dalam diri kita.

Thank You ALLAH. :)

               
                Basically,nikmat Allah ni terbahagi kepada 5 jenis iaitu nikmat fardhiyah, nikmat ikhtiariyah, nikmat alamiyah, nikmat deeniyah dan nikmat ukhrawiyah. Nikmat fardhiyah ini adalah nikmat tubuh badan kita sendiri. Mata yang mampu melihat,akal yang mampu membezakan baik dan buruk, tangan yang mampu menulis,kaki yang mampu berjalan dan sebagainya. Jika hari ini,kesihatan kita berada alam keadaan yang sangat baik, ucaplah Alhamdulillah. Selain itu,cara untuk kita ekspresasikan perasaan syukur terhadap nikmat kesihatan ini adalah dengan bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang. Kesihatan yang baik membolehkan kita membuat amalan, membanyakkan kebaikan dan sekali gus dapat menyumbang kepada saham akhirat.  
             
        Nikmat yang kedua adalah nikmat ikhtiariah iaitu nikmat yang kita rasa apabila kita berusaha. Contohnya,apabila kita berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Dengan izin Allah,kita mendapat keputusan yang cemerlang. Itu adalah nikmat ikhtiariah. Allah akan menganugerahkan mengikut apa yang kita usahakan. Tapi,apabila kita sudah berusaha, dan kejayaan itu tetap bukan milik kita,janganlah pula bersedih hati dan bersangka buruk terhadap Allah. Husnuzon. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. J
              
             Nikmat alamiyah pula adalah nikmat alam semesta.  [Al A’raf:7]

‘Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan daripada Allah yang telah disediakan untuk hamba-hambaNya dan (siapa pulakah yang megharamkan)rezeki yang baik?” Katakanlah: “Semuanya itu (disediakan) bagi orang yang beriman dalam kehidupan dunia,khusus (untuk mereka sahaja) pada hari kiamat.” Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang yang mengetahui.’
               
          Allah juga telah menundukkan semua alam semesta untuk manusia sekalian alam. Kita tak mungkin mampu menangkap seekor ayam untuk dijadikan makanan melainkan dengan izin Allah semata-mata. Sayangnya Allah pada kita!  [Al Jathiyah:13]

‘Dan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) dariNya. Sesungguhnya,dalam hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.’

                Dan nikmat yang paling besar dalam hidup seorang muslim adalah nikmat deeniyah. Deen, agama. Seperti yang kita tahu, Islam itu adalah agama yang benar. Tapi,Islam itu bukanlah hanya mengucap dua kalimah syahadah,tapi kita perlu menterjemahkan keyakinan,iman kita terhadap Allah ini melalui perbuatan dalam kehidupan seharian. Dan,kita juga perlu tahu,yang Islam itu bukanlah yang berkaitan dengan ibadah semata-mata,bukanlah berkaitan dengan sujud di tikar sejadah semata-mata, tapi, Islam itu as a whole. Aplikasikan Islam ke dalam hidup kita secara keseluruhannya,bukan separuh-separuh.

                Dengan kata mudahnya,jadikan aktiviti kita sehari hari itu sebagai ibadah. Dan cara yang paling senang untuk menjadikannya sebagai satu ibadah adalah dengan niat. Niat itu sendiri yang membezakan kita dengan orang bukan islam. We do the same things,but we get reward while they get nothing. Mudah je kan Islam nie? Ayuh,praktikkan! J [Al Maidah:3]

‘…Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu,dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagi kamu…’

                Dan nikmat yang terakhir adalah nikmat ukhrawiyah. Ini adalah berkaitan dengan hari akhirat. Syurga dan neraka. Alhamdulillah,kita beruntung dilahirkan sebagai seorang mukmin. Tapi,kita mestilah berusaha untuk menjadi seorang mukmin yang betul-betul melaksanakan perintah Allah. Bukan Islam di kad pengenalan semata-mata. Kejarlah syurga selagi ada masa. Hidup hanya sekali. Mati juga sekali. Gunakan peluang yang ada ini untuk memperbaiki diri supaya jadi lebih baik. Kita bukan maksum,kita buat silap. Bertaubatlah. Berubahlah. Biar sedikit,asalkan istiqamah. Allah memberikan kita Islam saat kita tidak memintanya,semoga Allah memberi kita syurga saat kita memintanya. Tembakkan doa! Mohonlah syurga yang paling tinggi! Sungguh,Rasulullah mengajar kita untuk berdoa setinggi yang boleh.

‘…so when you ask Allah for something,ask for Al-Firdaus which is the best and highest part of Paradise….’ 
[Sahih Bukhari]

                Melihat kepada banyaknya nikmat yang Allah bagi pada kita,tak malukah kita menggunakannya sesuka hati, tapi tak pernah pun terdetik untuk mensyukurinya? :O Muhasabah diri,banyakkan menilai apa yang ada di sekeliling kita. Hayati. Untuk 2 minit,ucaplah Alhamdulillah untuk segala-galanya. [Al Ibrahim:7]

‘Sesungguhnya,jika kamu bersyukur,pasti kami tambah nikmatnya kepadamu,dan jika kamu mengingkari, maka sesungguhnya azabku sangat pedih.’


Assalamualaikum. J

Wallahu'alam. 


Post a Comment