HATI.
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum
wbt..
Apa
itu hati?
“ Dalam diri
manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka
baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul itu maka
akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati.” (Riwayat
Muslim)
Berdasarkan
hadis di atas, pada permulaannya kita boleh lihat hati seseorang itu melalui
dari tindak tanduknya. Secara ringkasnya hati seseorang itu mencerminkan
peribadi individu tersebut. Jadi sangat penting untuk kita menjaga hati kita
supaya tidak kotor dan seterusnya akan menyebabkan kita melakukan
perkara-perkara yang tidak seharusnya kita lakukan.
Hati
ialah organ paling utama dalam tubuh manusia. Ia kelak akan menjadi penilaian
yang terpenting Allah terhadap hamba-Nya. Bayangkan setiap kemungkaran yang
kita lakukan akan menerbitkan satu titik hitam pada hati kita.
Berdasarkan
hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“ sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan
tumbuh hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik
hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan
terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (hadis riwayat Ibnu Majah)
Sihat k? ada penyakit hati x? :) |
Hati
yang kotor dan keras perlu dibersihkan kerana ia akan berkait dengan amalan
yang kita lakukan. Hati yang kotor boleh disucikan dengan banyak mengingati
Allah iaitu berdoa meminta keampunan daripada-Nya. Firman Allah bermaksud:
“iaitu orang
yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah!
Dengan mengingati Allah itu tenang dan tenteramlah hati manusia.” (Surah
al-Ra’d ayat 28)
Hati
manusia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian :
- Hati yang bersih/hidup - Hati orang yang beriman dimana terdapat cahaya ilahi yang memancar.
- Hati yang tertutup/mati - H ati orang yang ingkar terhadap keesaan Allah s.w.t.
- Hati yang terbalik - Hati orang yang tahu tetapi ingkar, melihat tetapi sengaja buta, yakni hati orang munafik.
Di
sini kita boleh kategorikan dimanakah sebenarnya kedudukan hati kita. Masib
belum terlambat untuk kita bertaubat dan bersihkan segala titik-titik hitam
yang ada pada hati kita ini. Sesungguhnya setiap manusia itu tidak sempurna
namun kita perlu berusaha untuk mnejadi yang terbaik.
Manfaatkanlah
hati kita sebaik-baiknya. Bersyukurlah dengan pinjaman-Nya yang amat berharga
ini. Hargailah ia dan manfaatkan sebaiknya. Jangan sesekali membutakan hati
kita dengan kasyikan duniawi semata-mata. Jaga dan peliharalah hati agar kita
dapat memperoleh haruman syurga di sana
nanti.
Firman
Allah yang bermaksud:
“
Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat
memahami, telinga mereka mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi
yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj :46).
Wallahu'alam.
Semoga bermanfaat.
Post a Comment