Telemovie Review: Sejadah Dari Mekah

0 comments
Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Telemovie Sejadah Dari Mekah

Mengisahkan tentang keinsafan seorang anak. Jika sudah terbit hasrat murni dalam hati untuk berubah ke arah kebaikan, usah sesekali terniat untuk menangguhkannya kerana rahmat Allah hanya hadir pada seseorang dan situasi dikendaki-Nya. Kisah penuh pengajaran melalui telemovie menarik ini disiarkan khas dalam bulan Ramadan lalu di siaran RTM mengisi slot Citra bertajuk Sejadah Dari Mekah. 

Mengetengahkan pelakon handalan seperti Nasir Bilal Khan, Izreen Azminda, Eira Syazira, Ryzal Jaafar, Mohd Shahfriz dan Hairee Es, drama terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd ini pastinya mampu meruntun hati dan membuat penonton menitiskan air mata bila mana seorang bapa tunggal yang menjaga dua anak gadisnya setelah kematian isterinya 15 tahun lalu diuji dengan sikap salah seorang anak gadisnya.


Panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya tidak berpanjangan apabila anak bongsunya mula berubah sikap. Rohaya dilihat jauh berubah terutama dari segi perwatakan dan pergaulannya. Dia berpewatakan seperti lelaki dan kemuncaknya terlibat dengan najis dadah.

Situasi itu mencalarkan kreadibiliti kakaknya, Suraya yang juga seorang guru apabila dirinya mula dicemuh masyarakat kerana sebagai seorang pendidik dia telah gagal membimbing adik sendiri. Suraya tertekan dengan situasi itu dan sejak itu hubungan mereka adik-beradik mulai dingin. Apatah lagi tingkah Rohaya semakin hari semakin menjadi-jadi.

Pak Akhil kecewa dengan persengketaan yang wujud antara kedua-dua anak kesayangannya itu. Dia mahu membawa Rohaya pulang ke pangkal jalan. Namun tidakannya tidak direstui Suraya yang nyata putus asa untuk memulihkan adiknya. Harapannya sudah hancur berkecai sejak dirinya terpaksa menanggu malu atas keterlanjuran sikap Rohaya.

Satu hari Pak Akhil meluahkan hasrat mahu menghantar Rohaya menunaikan umrah. Tindakan ayahnya itu dibantah keras oleh Suraya kerana hasratnya mahu Pak Akhil yang menunaikan umrah dan bukannya Rohaya yang dianggap jauh tersesat. Apatah lagi telah lama ayahnya menyimpan hasrat mahu menjejakkan kaki ke tanah suci.

Akhirnya doa Pak Akhil makbul untuk melihat Rohaya berangkat menunaikan umrah meskipun sebelum itu terjadi beberapa perkara yang memilukan hatinya sebagai seorang bapa dengan sikap anaknya itu yang bertindak melarikan wang simpanan miliknya. Rohaya terpana bila mendengar rintihan bapanya yang bersungguh-sungguh mahu melihat perubahan dirinya.

Berkat doa Pak Akhil, Rohaya kembali ke tanah air dengan selamat dan dia sempat menitipkan sejadah dari Mekah untuk dihadiahkan kepada ayahnya itu. Namun kemudiannya berlaku situasi yang tidak diduga sama sekali bila Pak Akhil menemui ajal di atas tikar sejadah yang dihadiahkan oleh Rohaya. 

Banyak pengajaran yang terdapat dalam telemovie ini. Hidayah adalah anugerah terhebat. Para pembaca yang ingin menonton telemovie hebat ini boleh terus ke laman web http://www.flm2u.com/2012/08/sejadah-dari-mekah.html . Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dan bersyukur dengan segala nikmat. 

Sekian. Wallahu'alam.


Post a Comment

DI SEBALIK TABIR PALESTINA

0 comments
Assalamualaikum wbt..
Mungkin ada beberapa persoalan yang masih bermain-main di fikiran anda semua tentang palestin..
Apa yang sebenarnya berlaku di palestin?
Gaza dan Palestin dua tempat berbeza ke?
Kenapa perlu sangat pertahankan al-Aqsa?
Apa yang mampu kita laksanakan untuk membantu mereka?

Alhamdulillah pihak Azam Russia bakal memberi anda semua satu peluang untuk sama-sama mendengar dan menghayati satu talk yang bertajuk "DI SEBALIK TABIR PALESTINA" bersama Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, bekas pengerusi aqsa syarif.

Tempat : Aktovi Zal, Hiroshima Hostel, Volgograd
Tarikh dan Waktu : 1 Januari 2013 / 9.30 AM-12.00 PM





Post a Comment

FRIDAY WRAP (21-27 DIS 2012)

0 comments

Bismillahhirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan Allah  ke atas kita sehingga hari ini.

Azam Russia membawakan anda berita dunia untuk minggu ini.



                                  
Syria- Ketua Pengarah Polis Tentera Rejim Syria, Kolonel Abd Aziz Syallal telah berpaling tadah daripada kerajaan Presiden  dan mengisytiharkan dirinya menyertai  revolusi rakyat sekaligus menyertai barisan mujahidin pembebasan Syria (FSA).
Ini adalah ekoran rasa rasa kecewa dan marah beliau di atas segala kezaliman rejim selama 22 bulan lau hingga mengorbankan lebih 50 ribu warga Syria. Khasnya selepas kejadian pengeboman jet rejim ke atas sebuah kilang roti di Halfaya beberapa hari yang lepas.




Dilaporkan lebih 1100 orang pelarian rakyat Syria daripada Bandar Halfaya, Hama telah menyeberangi sempadan Syria-Turki untuk mendapatkan perlindungan di khemah pelarian Syria di Turki.
Hal ini berikutan penyembelihan besar-besaran yang dilakukan oleh rejiim Basyar di bandar tersebut tempoh hari mengorbankan lebih 3000 orang.



Palestin- Ahed Tamimi, seorang gadis Palestin berusia 13 tahun menerima Anugerah Keberanian Hanzala ekoran dari peristiwa beliau dengan beraninya menentang tentera Israel laknatullah yang telah menangkap abangnya.
Ahed Tamimi yang bapanya masih di dalam penjara akan menerima anugerah itu di Turki. Mengulas tentang peristiwa itu, Ahed Tamimi berkata “Saya tidak takut kepada askar Israel. Saya akan biarkan mereka merasa semangat Palestin dan takut kepada itu.”





Tahukah anda pada 27 Disember 2008, iaitu pada 4 tahun lepas, Israel telah melancarkan Operation Cast Lead selama 3 minggu ke atas Gaza dan menyebabkan 1400 rakyat Gaza syahid. Operasi itu dilaporkan sebagai operasi ketenteraan selama 22 hari yang disifatkan antara serangan paling kejam dan ganas ke atas Gaza.
Israel memulakan  memulakan serangan dengan melancarkan 100 serangan dalam masa hanya 220 saat di samping menggunakan senjata kimia yang berbahaya iaitu white phosphorus.



Malaysia-  Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,pagi ini. Seramai 15,674 mangsa berada di pusat pemindahan banjir negeri masing-masing pada pagi ini berbanding 19,958 mangsa malam tadi.

Dengan keadaa cuaca yang agak baik,hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih berada pada paras bahaya iaitu 10.31 meter.


Teruskan menembak doa-doa kalian untuk saudara-saudara seislam kita yang sedang tertindas..
Semoga dengan syahidnya mereka, menyemarakkan lagi api semangat kita untuk menegakkan Islam.
insya Allah.


"Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka,agar mereka kembali (ke jalan yang benar). ( Ar-Rum:41)


Wallahua'alam
Semoga Allah redha.




Post a Comment

Layakkah Kita Digelar BFF Till Jannah ??

1 comments


Bismillahirrahmanirrahim...



Sahabat, kawan, teman dan rakan membawa erti yang sama.  Allah kurniakan kita sahabat di dunia ini tetapi adakah sahabat kita di dunia ini akan kekal menjadi sahabat kita di akhirat kelak?  Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan.  Hamparan buih yang memutih, nampak indah di luaran namun melewatinya bererti menuju jurang kebinasaan.  Mencari sahabat sejati bukanlah mudah , ramai yang hadir tatkala kita dalam kesenangan namun hilang tatkala kita dihimpit kesusahan.
Islam menganjurkan erti sebuah persahabatan yang sangat unik. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :


"Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Hadis tersebut jelas menunjukkan Islam sebagai satu agama yang syumul kerana Islam menitik beratkan keseimbangan dan kesempurnaan dalam semua hal termasuklah kasih-sayang dalam persaudaraan. Walaupun kita tiada pertalian darah tetapi kita tetap bersaudara kerana kita telah disimpul dengan satu ikatan akidah. Namun begitu, adakah kita telus, jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam menguatkan ikatan persaudaraan tersebut? Dan adakah kita layak menggelarkan diri kita sebagai sahabat sejati dunia dan akhirat andai ia hanyalah ungkapan manis dibibir semata-mata?


Ayuh sahabat, kita renung kembali beberapa ciri yang harus dimiliki oleh insan yang menggelarkan diri mereka sebagai "sahabat sejati dunia dan akhirat" dan ayuh kita nilai diri kita sendiri.
Layakkah kita??







Ikhlas
Dalam persahabatan, ikhlaskanlah diri kita terlebih dahulu.  Ikhlas bererti tidak mengharapkan balasan.  Sebagai contoh, kita menolong seorang rakan sewaktu dia dalam kesusahan tetapi apabila kita dalam kesusahan dia hilang entah ke mana.  Sabar dan bertenanglah duhai hati.  Situasi ini adalah perkara biasa dan menjadi lumrah dalam kehidupan tetapi ingatlah bahawasanya Allah akan sentiasa ada ketika hambanya dihimpit kesusahan dan Allah tidak akan membiarkan kita keseorangan.  Mungkin Allah kirimkan sahabat lain yang akan membantu kita atau dibukakan jalan dalam mencari penyelesaian kerana sesungguhnya kesusahan yang dihadapi hanyalah ujian dalam menguji tahap keimanan. Pokok pangkalnya, ikhlaslah tanpa mengharap balasan sesama manusia, kerana hanya pada Allah swt tempat kita bergantung harap.

Tanggungjawab
Sedar atau tidak duhai manusia, sahabat itu sebenarnya merupakan tanggungjawab kita bersama.  Dalam bersahabat tegur menegur itu adalah perkara biasa.  Bezanya, cara teguran itu dilaksanakan.  Masa sentiasa berjalan dan kadangkala manusia juga turut berubah.  Namun, perubahan samada baik atau buruk teman kita bukanlah modal untuk kita terus meninggalkannya.  Syukur sekiranya perubahan itu merupakan ke arah kebaikan tetapi bantulah dan bertanggungjawablah sekiranya perubahan sahabat itu lebih ke arah kebinasaan.  Sebagai sahabat, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengembalikan dia ke jalan yang benar-benar diredhai Allah.  Ingatlah, dia pernah menjadi sahabat kita, bersama-sama dalam menghadapi suka dan duka tetapi tatkala dia hilang arah wajarkah kita meninggalkannya dan terus membiarkan dia hidup dalam kegelapan?  Benar-benar tulus dan sejatikah persahabatan kita dengan cara itu? Ingatkah kalian pada satu kata-kata yang berbunyi,

“Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus."




Doa
Secara amnya, seorang muslim itu mendirikan solat lima waktu sehari semalam.  Usai solat, kita akan menadah tangan memanjat doa kepada Allah.  Namun disini, terbit satu persoalan di benak fikiran, dalam lima waktu solat itu, di waktu manakah kita selaku seorang sahabat mendoakan kesejahteraan sahabat kita?  Mungkin ada dan mungkin juga tiada langsung.  Begitu berat dan payah untuk kita menitipkan doa untuk sahabat kita sendiri. 

Sedangkan daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

Maka rebutlah peluang ini duhai sahabat.  Doakanlah kesejahteraan sahabat kita.  Semoga persahabatan kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh-Nya.



Ringkasnya disini dapatlah disimpulkan bahawa persahabatan yang nyata sejati bermula dari diri kita sendiri. Jangan harapkan teman itu menjadi teman sejati kita sedangkan kita sendiri tidak pernah mampu untuk menjadi teman sejatinya. Sebenarnya kita sudah sedia maklum akan perkara ini tetapi kelalaian membuatkan kita seolah-olah tidak mengerti akan perkara semudah ini. 

Ingatlah : “Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang – Hamka”

Kepada sahabatku sendiri, sungguh aku sayang kalian seikhlas hatiku.  Terima kasih untuk setiap pengorbanan kalian.  Terima kasih juga untuk setiap pesanan dan masa kalian.  Alhamdulillah, aku dikurniakan sahabat sehebat kalian.  Semoga persahabatan kita akan kekal sehingga ke Jannah. InsyaAllah.  Amin!

Peace of iman 

Wallahu'alam. 



1 comment

Post a Comment

Spaghetti Carbonara Italian Style

0 comments


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

InsyaAllah minggu ini, team kulinari akan membawakan resipi main dish dari negara yang terkenal dengan penciptaan pelbagai jenis pasta yang enak dan lazat, iaitu negara Italy. Pasta merupakan makanan ruji bagi negara ini, lantas pelbagai jenis gravy yang berlainan rasa, component, dan texture telah dicipta untuk di makan dengan pasta ini.Untuk kali ini, kami mahu berkongsi tentang resipi Spaghetti carbonara atau Spaghetti white sauce. 

Pasta alla carbonara is an Italian pasta dish based on eggs, cheese, bacon and black pepper. As the name is derived from carbonaro (the Italian word for charcoal burner), some believe the dish was first made as a hearty meal for Italian charcoal workers. The etymology gave rise to the term "coal miner's spaghetti", which is used to refer to spaghetti alla carbonara in parts of the United States. It has even been suggested that it was created by, or as a tribute to, the Carbonari ("charcoalmen"), a secret society prominent in the unification of Italy.
Sumber: Wikipedia

Memang Spaghetti Carbonara ini menggunakan bacon dan telur sebagai bahan utama. Sekiranya anda ingin order spaghetti ini di restoran di Italy, agak sukar untuk mendapatkannya tanpa bacon. Yang boleh dilakukan hanyalah mendapatkan spaghetti tersebut dengan telur, cheese, dan blackpepper sebagai kuah. Tetapi resipi yang ingin dikongsi di sini telah diubah suai mengikut cita rasa kita, InsyaAllah. 


Bahan-bahan (Serving 6-8 orang)

-Spaghetti/Pasta 1 paket
-Bawang besar dan bawang putih (Potong kiub kecil-kecil)
-Butter untuk tumis bawang
-Isi kepah 500gm (мидий) atau isi ayam
-Susu 1 kotak
-Cheese (Mozarella dan Parmezon dicampur sekali). Grate separuh dari dua-dua cheese yang dibeli dalam bentuk tiga segi.
Amaran: Beberapa jenis cheese akan menyebabkan kuah carbonara berketul-ketul dan tidak smooth. eg. Cheese Росисский. 
-Sayur - Brokoli hijau dan cendawan dalam tin
-origano
-Black pepper
-Garam
-Tepung gandum

Cara-cara

1. Potong bawang besar dan bawang putih dalam bentuk kiub. Lagi kecil, lagi elok.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong kiub dengan butter. 

3. Tumis isi kepah atau isi ayam dengan bawang sehingga masak. Boleh masukkan sedikit blackpepper dan daun origano. Daun origano akan menambahkan perisa carbonara anda. Disarankan untuk meletak dengan secukupnya agar naik bau dan rasa. 

4. Setelah masak isi kepah, masukkan susu 1 liter (3.5%). Masukkan garam secukup rasa. 

5. Tunggu sehingga kuah mendidih dengan vigorousnya. 

6. Masukkan cheese yang telah di grate dan dicampur sekali ke dalam kuah yang telah mendidih. Pastikan kuah sentiasa dikacau dalam proses ini kerana sekiranya tidak dikacau akan menyebabkan kuah menjadi berketul-ketul dan tidak smooth.

7. Rasa kuah dan tambahkan apa-apa yang kurang. Garam. Blackpepper. Origano.

8. Masukkan Brokoli dan cendawan ke dalam kuah. Tunggu sehingga sayur masak.

9. Untuk pekatkan kuah, masukkan 2-6 sudu tepung gandum yang telah dicampur dengan air dahulu dan dikacau sebelum dimasukkan ke dalam periuk. 

10. Siap untuk dimakan! 

Selamat mencuba!
Wallahu'alam.



Post a Comment

Kuliah Online Minggu Ini :)

0 comments

Assalamualaikum, insya-Allah, kuliah online bersama ummuatifah untuk minggu ini.

1. Kuliah BM Fasa 1
Tarikh: 25 Disember 2012 (Selasa)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

2. Kuliah "Charting Your Family Du'at Blueprint"
Tarikh : 26 Disember 2012 (Rabu)
Masa: 9.30pm - 11.30pm (waktu Malaysia)

Boleh add id berikut ;

Paltalk : moderator_kuliah
Skype : a.moderator.kuliah

Jangan lupa temujanji kita ye (",)


Seperti kebiasaan, sedikit bingkisan dari kuliah minggu lepas!

Hari Kiamat

Bayangkan sekiranya kita melafazkan dosa-dosa kita dihadapan ibubapa kita, apatah lagi jika dilafazkan dihadapan Allah. Apakah perasaan kita? Orang yang ingkar akan diusir oleh Allah untuk dihumban ke neraka oleh para malaikat. Dan berbeza pula orang yang mukmin, yang akan Allah minta mendekatinya dengan cukup lembut.

untuk catatan penuh kuliah,layari blog Kuliah Baitul Muslim di pautan yang disediakan di bawah :

http://kuliahbm.blogspot.ru/2012/12/hari-kiamat.html

Semoga bermanfaat! Selamat beramal! :)


Post a Comment

JUST FAKE IT TILL YOU MAKE IT!

0 comments

Assalamualaikum wbt.

Dengan kalimah bismillahirrahminirrahim..kita mulakan sentapan jiwa kita dengan firman Allah s.w.t dalam surah yang ke-8.

“ Yang demikian itu karena sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah diberikan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.  (Al-Anfal : 53)

Sungguh, perubahan diri itu bukanlah perkara mudah untuk kita laksanakan namun ia merupakan perkara penting yang mesti kita lakukan untuk mendapatkan keredhaan dari-Nya. Allah swt memberikan kita akal untuk berfikir, menilai diri kita sendiri dan sejauh mana ketaatan kita kepada-Nya.  Perubahan diri ini bergantung pada diri kita sendiri samada mahu ataupun tidak. Allah swt pon telah menerangkan seperti ayat di atas di mana betapa pentingnya perubahan daripada diri kita sendiri.

Mungkin ada di kalangan kita ini berkata  “ala, nanti jela berubah. Aku belum bersedia untuk berubah” dan bermacam-macam lagi alasan yang sering kita dengar. Namun harus kita ingat kematian itu tidak menunggu kita. Mahukah kita mati dalam keadaan leka dan tidak beriman?

Perubahan diri itu wajib untuk kita lakukan walaupun sedikit. Di sini saya cuba kongsikan beberapa tips untuk berubah:
1.      Walau apa pun jua perkara, niat itu penting. Kerana ia permulaan sesuatu amal. Ibarat kunci sesuatu kenderaan. Pasang niat kera Allah semata-mata.

2.      Jangan bertangguh untuk melakukan perubahan. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.


3.      Berusaha berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.

4.      Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu agar dia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.


5.      Istiqamah. Dalam apa jua yang sedang kita lakukan kita mestilah beristiqamah kerana Allah tidak melihat hasilnya tetapi Allah melihat usaha kita.

Dalam hadis nabi yang bermaksud:
 


Daripada Sufyan Ibn Abdillah As-Safaqi berkata, Aku berkata, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak kan bertanya kepada seorang pon selain engkau. Baginda bersabda, “Katakanlah , “ Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah (jangan menyimpang).”

6.      Mencari sahabat-sahabat yang baik. Sahabat yang baik ibarat penjual minyak wangi, kalau kita dekat pada dia, insyaAllah kita akan mendapat tempias wangiannya.
  



 Kesimpulannya, satu sahaja.JANGAN KITA PERNAH KALAH DENGAN JIWA KITA.TOLONG JANGAN. Bersaksilah, pada suatu hari nanti, ada sesuatu yang Allah akan berikan kepada kita.Sesuatu yang kita tidak pernah menyangka.Insya Allah.
Ingatlah pesan Allah, bersabarlah kita dengan kesabaran yang baik.Ayat ini terlalu hebat untuk kita praktikkan. Innallaha ma’assobirin.

JUST FAKE IT TILL YOU MAKE IT!




Post a Comment

DIY: Kotak Pinggan Kertas!

1 comments
Do It Yourself: Jom kreatif!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt.
DIY: Kotak Pinggan Kertas!

Bila mahu memberi tapi ketiadaan bekas?
Ataupun nak memberi, tapi tak nak penerima membalas beri?
Ada solusi menarik untuk anda di luar sana!


1) Alat-alat yang diperlukan: 
- Pinggan kertas
- Gunting
- Pembaris
- Pen/pensel
- Klip kertas
- Tape, kalau berwarna lebih cantik


2) Gunting sekeliling bahagian tepi pinggan, buang bahagian yang keras di tepi pinggan, supaya lebih mudah dibentuk.


3) Menggunakan pembaris, bahagikan belakang pinggan kepada 6 bahagian, bahagian paling tengah akan jadi tapak kotak. Kalau nak kotak lebih besar, boleh lebih luaskan bahagian tengah.


4) Gunting mengikut garisan sudut yang telah dilukis secara selang-seli. Bahagian atas pinggan akan nampak seperti gambar di atas.


5) Lipat pinggan mengikut garisan tapak kotak yang dah dilukis tadi. Untuk lebih mudah, guna klip kertas untuk pastikan bahagian yang dah dilipat tak terbuka.


6) Lepas selesai melipat, letakkan tape di sekeliling pinggan, untuk kemaskan kotak tadi. Klip kertas dah boleh ditanggalkan.

Disebabkan DIY adalah mengikut kreativiti sendiri, semua idea boleh diaplikasi mengikut kesesuaian bahan dan keperluan. 

Kalau tak dapat jumpa pinggan kertas, boleh guna kertas A4, kad manilla, kotak coklat, dan apa-apa yang dirasakan relevan. Boleh juga dibuat dalam pelbagai saiz.

Dan disebabkan ia adalah kotak dan kotak semata-mata, maka bolehlah diisi apa-apa jua. Bantu kita susun benda yang tak tersusun atas meja pun boleh. 


1 comment

Post a Comment

FRIDAY WRAP ( 16 DIS - 20 DIS )

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wrt. Bertemu kita kembali dalam 'Friday Wrap'!


16 Disember 2012, Ahad




Kaherah, bekas presiden Mesir Husni Mubarak mengalami kecederaan di bahagian kepala pada tarikh (16/12), setelah terjatuh di bilik air penjara Tora, demikian laporan pejabat berita rasmi Mesir, MENA, yang memetik satu sumber keselamatan.

Sumber keselamatan di Jabatan Penjara tersebut mengatakan pemeriksaan perubatan memastikan kembali Mubarak juga menderita memar di dada, tetapi tiada tulang yang patah.

Mubarak saat ini menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Tora, setelah dinyatakan bersalah kerana mengeluarkan arahan untuk membunuh penunjuk perasaan damai selama rusuhan tahun lalu.



17 Disember 2012, Isnin





Korban Taufan Bopha Filipina kini melangkaui 1,000 orang. Manila, Filipina secara rasmi mengumumkan kematian akibat taufan besar Bopha (nama tempatan: Pablo) mencapai 1,020 orang, sementara jumlah yang hilang juga meningkat menjadi 844 orang.

Dewan Pelaksana dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional (NDRRMC) Filipina mengatakan, pusat penyelarasan tindak balas wilayah telah dibina di bandar Davao untuk mencari korban selamat dan mayat mangsa.

Tentera Laut Filipina dan Pasukan Penjaga Pantai juga telah menggerakkan kapal laut dan pesawat untuk membantu operasi menyelamat.

Taufan Bopha, diyakini menjadi taufan paling parah di Filipina selama dua dekad terakhir, mendarat di Baganga, Davao Oriental, pada 4 Disember.

Taufan ganas tersebut membawa angin kencang dan banjir, sehingga mempengaruhi Negeri Compostela Valley dan Davao Oriental di wilayah Mindanao, Filipina Selatan.

Sehingga kini, 30 daerah atau bandar masih tidak mendapat bekalan elektrik, sementara enam daerah lagi terputus bekalan air.


18 Disember 2012, Selasa




Havana, Presiden Cuba Raul Castro (81), dan saudaranya, ikon revolusi Fidel Castro (86), kedua-duanya dicalonkan semula sebagai anggota Majlis Nasional (parlimen) pada hari isnin (17/12) baru-baru ini, kata media kerajaan.

Pencalonan ini adalah langkah prosedur pertama untuk pencalonan semula Raul Castro sebagai Presiden untuk tempoh lima tahun (2013-2018) di satu-satunya negara komunis di Benua Amerika itu.

Fidel Castro mengundurkan diri dari jawatan presiden selama krisis kesihatan pada bulan Julai 2006 selepas hampir lima dekad berkuasa.

Beliau terpilih sebagai ahli parlimen pada tahun 2008 walaupun tidak menghadiri dua sesi Majlis Nasional tahunan yang terdiri daripada 612 anggota.


18 Disember 2012, Selasa




Ramallah, Perdana Menteri Palestin Salam Fayyad, menyeru boikot terhadap produk Israel sebagai reaksi atas penahanan hasil cukai Palestin.

"Saya menyeru Intifada (perlawanan) ekonomi, yang bermula dengan boikot terhadap produk Israel sebagai reaksi atas pencurian wang Palestin," kata Fayyad kepada wartawan di Kota Ramallah, Tebing Barat Sungai Jordan.

Tambahannya, Kerajaan Autonomi Nasional Palestin (PNA) berada dalam situasi yang berbahaya.

Awal Disember baru-baru ini, Israel memutuskan untuk menahan lebih dari 100 juta dolar AS hasil cukai bulanan yang dikumpulkan untuk PNA, sebagai reaksi atas peningkatan status Palestin di PBB sebagai negara pemerhati bukan anggota, dengan 138 suara berbanding sembilan pada November lalu.

Penahanan tersebut menghalang PNA membayar gaji bulanan (November) kepada 150,000 pekerja mereka.

Fayyad menambah beberapa negara mendesak Israel agar mengumpulkan dana yang dikumpul dari eksport dan import Palestin atas nama PNA. Semua negara tersebut menyatakan usaha untuk memaksa Israel mengubah keputusannya masih belum membuahkan hasil.


19 Disember 2012, Rabu






Kiev, 12 orang lagi dilaporkan meninggal akibat udara sejuk di Ukraine sejak seminggu kebelakangan ini. Jumlah korban kini meningkat kepada 18 di seluruh negeri.

Sejak awal Disember, 12 orang mangsa ditemui mati di jalanan, tiga di tempat kediaman dan tiga lagi sewaktu menjalani rawatan perubatan.

Kementerian Kesihatan Ukraine melaporkan sekurang-kurangnya 133 orang yang menderita akibat udara sejuk dan hypothermia telah tiba di pelbagai pusat rawatan sembilan hari terakhir ini.

Akhir minggu yang lalu, ibu negara Ukraine, Kiev - mencatat suhu udara serendah negatif 15 darjah Celsius pada waktu malam. Di wilayah timur dan utara negeri tersebut, suhu melangkaui negatif 20 darjah Celsius.

Jumaat (14/12) lalu, Kementerian Kesihatan menyatakan serangan udara sejuk telah menewaskan enam warga negara Ukraine.


20 Disember 2012, Khamis





Ramallah. Presiden Palestin menyatakan siap untuk menerima pelarian Palestin yang melarikan diri dari perang saudara Syria.

Mahmoud Abbas mengatakan telah meminta Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon untuk membantu membawa pelarian ke wilayah Palestin. Ini mungkin termasuk Tebing Barat, di mana pemerintahan Abbas, atau Hamas yang menguasai Genting Gaza.

Permintaan itu dilaporkan Rabu (19/12), oleh pejabat berita rasmi Wafa. Hal ini terjadi berikutan satu serangan oleh pesawat perang Syria terhadap satu kem pelarian Palestin di Damsyik.

Kenyataan itu berkata terdapat 450,000 pelarian Palestin yang tinggal dalam 10 kem di Syria. Abbas mengatakan  kem terbesar Yarmouk,  "telah berlaku  situasi yang sukar selama peningkatan konflik di Syria."

Setiap pergerakan pelarian ke Tebing Barat akan memerlukan persetujuan Israel.Menteri Luar Negeri Israel sehingga kini belum bersedia memberikan kenyataan.











Post a Comment

UJIAN ITU TIDAK BERSALAH

0 comments


Assalamulaikum wbt.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, ana mulakan dengan satu kata-kata hikmah ;

“ Hidup ini adalah ujian, hidup ini kembarnya ujian, datangnya tanpa diundang, perginya juga tanpa sedar.Hakikatnya, hanya dengan keimanan kita mampu bertahan.Jangan pernah kita jatuh hari ini kerana hanya selepas mati akan tamatlah kisah ujian.”

Ujian itu tidak pernah salah.Tidak pernah sesekali bersalah.Yang sepatutnya dipersalahkan ialah kita (sila tunjuk jari ke muka sendiri).Kita sebenarnya yang lemah, yang longlai, yang lembik, yang kurang bijak menangani segala onak dan badai yang muncul dalam hidup.

Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.Tatkala ujian datang menduga, pandangan dari sisi yang positif hanya dapat dilihat, dirungkai dan disingkap apabila kita meletakkan REDHA di puncak kepercayaan paling tinggi dalam hati atas apa sahaja yang direncana Ilahi.

Firman Allah dalam surah al-Ankabut[29:2-3]

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan, ‘Kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”

FirmanNya lagi dalam surah al-Insyirah[94:5-6]

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”

Nahhhh. Tidak cukupkah lagi ayat-ayat cinta dari Allah yang Maha Penyayang? Sebenarnya, banyak lagi lembaran ayat cinta Ilahi yang ditujukan khas untuk kita semua.Allah tidak pernah memberi sesuatu kesukaran kepada seorang hamba yang dikasihiNya tanpa menolong dan memberi keringanan kepada setelah itu.Bersangka baiklah kepada Allah.Husnudzon.

Cuba kita perhatikan dengan mata hati kita..Segala yang berlaku di luar kawalan kita. Dan ini menyebabkan kita merasakan hidup ini seolah-olah amat sempit.Sebenarnya bukan hidup ini yang sempit, tapi pemikiran kita yang sempit. Jangan marah ana, peace of iman. 

Segala yang berlaku ke atas diri kita bukanlah satu kebetulan melainkan sebuah perancangan khusus dari Allah.Tidak mungkin Allah s.w.t akan silap dalam perancanganNya.Tidak mungkin rencana itu hadir sia-sia kerana Allah sentiasa bermaksud baik dalam rencanaNya kepada hambaNya.





Bersyukurlah kerana terpilih mendiami bumi, bergelar hamba yang diberi peluang sujud dan mengenali siapa Dia.Dan percayalah, ujian itu hakikatnya menjadikan kita lebih akrab dengan Dia, lebih kenal siapa Dia.
Mungkinkah sama antara 2 insan, seorang yang lemah dan seorang yang kuat…tatkala keduanya menadah tangan memohon kekuatan padaNya.Tatkala keduanya mentafsirkan siapa Dia Tuhan yang Maha Kuat.Al-Qawiy.

Ujian mungkin hadir sebagai kafarah atau wasilah untuk meningktkan darjat kita sebagai seorang hamba.Maka, terimalah dengan berlapang dada.Ya! Berlapang dada!! Penuh syukur.Alhamdulillah ya Allah atas ujian ke atas diriku ini.

Senyum lagi sampai nampak gigi. ツ ツ 

Wallahu'alam. 



Post a Comment

Jangan Berputus Asa

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

"Allah itu maha Mengetahui, Allah itu maha Memahami."

Perjalanan hidup kita sehari-hari dilalui dengan bermacam-macam perkara yang memerlukan komitmen untuk dilakukan. Seorang hamba Allah, sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang dai’e, seorang sahabat mahupun seorang manusia merupakan antara kerja yang memerlukan komitmen tersebut.

Dalam kita melangkah, kadang-kadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Ada kerja yang tidak dapat kita lakukan dengan baik meskipun kita sudah mencuba dengan sedaya upaya. Namun, hasil yang Allah berikan bukan seperti yang kita harapkan.

Setelah puas mengorbankan keselesaan diri untuk mencapai sasaran, akhirnya apa yang diharapkan tidak berlaku. Lantas timbul sapaan dari hati yang mempersoalkan pertolongan Allah. Lalu monolog dalam hati, “Apakah aku tidak layak mendapat pertolongan Allah?”, “Kenapa aku tak boleh tapi orang lain boleh?”, “Teruk sangatkah aku sampai hasilnya seperti ini?”

Keluar dari zon putus asa...

Kehidupan ini adalah satu anugerah dari Allah SWT. Ia adalah suatu perjalanan yang tak pernah sepi dari pelbagai rintangan dan dugaan. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan manusia serta memberikan kejayaan dan kegagalan dengan begitu sahaja. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan. Boleh jadi kerana amat menyayangi dan tahu kejayaan itu akan merubah kamu menjadi seorang yang lain dan kegagalan itu pula akan menjadikan kamu seorang yang lain. Allah SWT ingin menguji siapa antara kita yang paling sabar untuk bertahan dengan segala ujian dari-Nya.

Putus asa itu akan datang menghampiri tatkala kita sedang menempuh perjalanan yang jauh ini. Ia juga sering kali datang bertandang disaat diri berhadapan dengan kegagalan dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Namun jangan biarkan ia tinggal bermukim dalam hati kita.

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya bersangka baik dengan Allah SWT. Fikirkan... Renungkan... Allah yang menciptakan kehidupan di muka bumi ini dan Allah jua yang menetapkan setiap perancangan di dunia dan Allah jualah pemilik segala kejayaan dan kegagalan. Justeru mengapa Allah berikan kegagalan? Kerana Dia lebih tahu. Serahkan semuanya pada Allah.

Apa yang perlu kita buat adalah biarkan kegagalan itu berlalu itu dan jangan pernah berhenti berjuang dalam menempuh hidup ini. Dan berdoalah semoga Allah memberikan yang terbaik jika itu adalah baik untuk kita dan agama kita.

Orang Muslim Tidak Kenal Putus Asa...

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surah Al-ankabut, 29:2)

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Surah Al-mu’minun, 23:115)

Sifat putus asa bukanlah sesuatu yang baik. Malah sifat sebegini akan menjauhkan diri kita dengan Allah SWT dan rahmatNya. Kecewa, rajuk dihati mungkin akan ada. Namun segeralah mengingati Allah. Redhalah walaupun ia pahit. Redhalah walaupun ia sakit. Redhalah walaupun segala-galanya bakal berubah. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Malah didalam qalamullah sendiri (rujuk 15:56), Allah ada mengatakan bahawasanya sifat berputus asa itu bukanlah sifat dari kalangan orang mukmin. Kerana muslim yang berpegang teguh pada qada' dan qadar pasti percaya dan yakin pada perancangan Allah SWT.

kredit

Allah SWT Tak Pernah Zalim...

Allah SWT tak pernah berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. Malah Allah Maha Adil atas setiap perkara yang ditakdirkanNya. Gagal beberapa kali tidak bermakna kegagalan itu milik kita selamanya. Yang menjadi persoalannya bagaimana kita sebagai seorang hamba Allah berhadapan dan mengendalikan perasaan berhadapan dengan situasi tersebut.


Kegagalan itu, pasti akan digantikan oleh Allah SWT selagimana kita berusaha dan terus berusaha dan bergantung harap kepada Allah. Allah tuhan kita, kita milik Allah. Maka, Allah lebih tahu akan keadaan selepas, sebelum dan sedang kita lalui.Apabila satu pintu kebahagian tertutup, Allah akan membuka pintu-pintu lain. Kita hanya perlu menyedari akan pintu-pintu itu. Rahmat dan kasih sayang Allah itu terlalu luas.


Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?


Wallahu’alam..


Post a Comment

Free Palestine, Save Syria

0 comments



FREE PALESTINE, SAVE SYRIA DAN 
 PELANCARAN TABUNG "UNTUKMU PALESTIN " @MAI
8 DISEMBER, 2012

anjuran AZAM RUSSIA dengan kerjasama Malaysia-Moscow Aviation Students Organization (MMASO) 

























Post a Comment