White Bread Simplicity.. by BaRakaHCooking School
Assalamualaikum.. Salam perkenalan semua.. ^__^ ini merupakn entry pertama Barakah sebenarnya.. dah lama nak buat tapi sebenarnya.. tapi takut tak istiqamah.. huhu.. tapi hari tu aku didatangi seorng sahabat minta aku wat entry masakan untuk Azam.. hemm.. piker punyer piker.. banyak masaku abih tengok citer korea, tido dan banyak lg bnde2 lagha.. (istighfar 3x) Akhirnya dapat gak kekuatan untuk buat resepi yg paling asas bila dok kat Bumi Russia ini.. cube teka2.. hihi..
Aku perasan mmg ramai orng Russia ni suka makan roti.. lg2 roti coklat.. bukn inti coklat tu.. (yg t upon aku suke).. tapi nama pon lidah Msia.. dok mncari la roti ala-ala Gardenia..
So aku pon mencari initiative untuk membuat roti gardenia aku sandiri.. By the way, Batton kat sini pon makin mahal.. bila jumpa yg sebijik mcm roti Msia ada alcohol plak.. (haish kering aku..) baik buat sendiri..
Resepi Roti Putih Ala Gardenia..
2.5 cwn Tepung Gandum
½ cwn Butter (suhu bilik)
½ cwn Gula
1 pkt kecil Yeast ( suka pakai yg warna merah ada gmbr pakcik wat roti hihi..)
1 gls 3.2% Susu Segar (lg tinggi percentage die lg lmbut)
Secubit Garam
1 cwn air suam
Cara-cara membuat
1. Dalam mangkuk besar masukkn 2 cawan tepung gandum, gula, garam dan butter. Gaul rata menggunakn tangan sampai jadi mcm keping2.
2. Suamkn susu segar tadi (dlm 37 degree C) dan cmpurkn yeast. Biar sampai berbuih-buih*
3. Bila yeast dh sedia, campurkan susu yeast td ke dalam adunan tepung dan uli sehingga menjadi dough. Tambah sedikit demi sedikit lebihan tepung td jika terlampau basah atau air suam td jika terlampau kering.
4. Apabila dough sudah sedia, tutup bekas dengan plastic rapper atau kain basah.
5. Biarkan dough korang kembang 2 KALI GANDA.. hihi..
6. Uli balik dough tadi sebentar dan masukkn kedalam bekas acuan (yg telah di sapu butter) dan biarkn lg 30 min
7. Sementara menunggu panaskn oven (180 degree C) 10 minit sblm masukkn roti. Kemudian bakar selama 25-30 minit.
TADAAA.. Siap.. ^^
Mesti ada yg cakap.. “ala ape standard wat roti putih..” tp dengan roti ni la aku dev resepi lain mcm
Cth nyer;
1. Mini pizza
2.
Roti berinti (sardine ke, kaya ke, chocolate ke..)
Roti berinti (sardine ke, kaya ke, chocolate ke..)
3. Roti sosej
4. Mini Bun
5. Cinnamon Role.. (my fav. ^__^)
insyaAllah resepi2 ni aku bg lain kali..
All that u need is just some time n effort.. kalo simpan elok2 tahan lama, malah boleh brjimat.. bawak g kelas.. bg kwn2 (serious best bg org mkn..hihi) even boleh buat niaga.. hihi.. nnt share2 la untung tu ngan aku.. hihi.. bila ada duit lebih boleh buat sedekah..
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Al-baqarah:261)
saham dunia dapat saham akhirat pon dapat..
Ok la.. banyak dh mmbebel ni.. kalo ada comments, tips atau cadangan(s) sila la kongsi..
KALO X JADI CUBA LG.. KALO JD UCAP ALHAMDULILLAH.. ^__^V
Slamat mencuba semua..
Boleh komen kat sini atau email kat barakah_azam@yahoo.com
alooo.. cuti sem xdpt balik umah.. if x boleh try.. hehehe... *_*
ReplyDeletethank you for sharing this recipe...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteterima kasih kepada Harleena dan ieka
apa lagi..
Cuba jangan x cuba =))