Zikrullah

0 comments

Sebelum saya mulakan,cuba pembaca-pembaca sekalian fikirkan,apakah definisi zikrullah itu sendiri?

Ada yang mengatakan, zikrullah itu memuji-muji kebesaran Allah.  Ada  juga mengatakan,zikrullah itu adalah mengingat akan Allah. Bagi saya apa yang kalian semua fikirkan itu adalah betul. Tapi saya ingin mengajak kalian pembaca-pembaca  sekalian melihat definisi zikrullah lebih dalam lagi. Yakni, sentiasa mengingati Allah tatkala berdiri,duduk mahupun baring. yakni,mengingati Dia setiap waktu. Tatkala sibuk tatkala lapang tatkala senang mahupun susah.

Dalam hal ini,selalu saya mendengar oleh sahabat-sahabat saya keluhan;

Sukarnya mengingati Allah. Nak kene bertahmid (Alhamdulillah), nak kena bertasbih (subhanallah), nak kena bertakbir (allahuakhbar), nak kena bertahlil (Lailahaillallah) dan apa2 sahaja lah yang selalu terlintas dalam hati kita ini.

Namun kita lupa,itu bukan mengingati nya,tapi itu cara mengingatinya. atau lebih tepat salah satu cara.

Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda sekalian dan juga diri saya sendiri.

 Kenalkah kita akan Pencipta yang perlu kita ingati ini? 

Cintakah kita akan Dia?

 Dan sejauh mana kita memandang Dia sebagai sesuatu yang amat penting 
dalam diri kita ini?

Diriwayatkan bahawa akhir zaman di mana mendekati Kiamat kelak atau dalam Englishnya Judgement Day, sudah padam kalimah Allah di dalam dada umat islam. Mahukah kita berada dalam golongan ini? Fikir-fikirkan lah.

Dalam konteks mengingati Allah atau zikrullah, suka saya memberi analogi sepasang kekasih atau lebih manis dikatakan sepasang suami isteri. Sebelum berkahwin, mestilah ingin mengenali nama pasangan itu, bak kata bidalan melayu, tak kenal maka tak cinta. 

Seterusnya berkahwin la mereka. dalam logik perkahwinan, pasti nama itu dipanggil. Tidak kira apa sahaja gelaran abang atau 'abahnya' atau 'bapaknya', bagi seorang isteri kepada suaminya mahupun apa sahaja gelaran suami memanggil isterinya, ingin diserikan lagi ungkapan kasih kepada pasangan tersebut yang diucapkan bagi memelihara rumah tangga yang terbina.

Begitu lah jua dalam hubungan kita dengan Allah s.w.t. Haruslah kita selalu menyebut nama Nya yakni Allah mahupun lagi 99 lagi namaNya. Sepanjang waktu!!! 

Sepertimana hubungan di atas, kadang-kadang bilamana hanya menyebut nama sudah rasa tenang. Begitulah jua mengingati. Lebih manis. 

Ada orang suka kita sentiasa mengingati mereka. Tapi, sejauh mana kita mengingati Allah yang tidak pernah lupa akan kita? 

Ada kala kita sentiasa mengungkapkan puji-pujian kepada makhluk. Tak kira lah kekasih, isteri mahupun bos kita sekalipun. Tapi bila membicarakan hal yang wajib diingati sekerap mana kita memuji Allah? 

Sesungguhnya Allah lebih berhak daripada makhlukNya sekelian Alam meskipun tidak terkesan olehNya sesuatu yang makhluk2Nya lakukan. Mungkin ada yang mengatakan ataupun menyalahkan golongan sufi sebab mengadakan zikir Allah sahaja. Tapi dari pembacaan dan pengamatan saya, tidak salah seandainya dengan cara itu kita dapat mengingati Allah dengan lebih mendalam. Bila sudah kenal maka boleh kita memuji. 

Seterusnya dengan secara spontan kita akan sentiasa berada dalam zikrullah kepadaNya. Bagi yang sentiasa terkesan dengan dunia ciptaan Allah. Ingin saya menyindir sedikit, tidak malukah kita kepada makhluk-makhluk Allah seperti burung, kucing, dan binatang-binatang lain, mahupun pokok, bukit bukau, sentiasa dalam keadaan mengingatiNya (sepertimana yang diceritakan di dalam Al Quran). Sedangkan kita sentiasa lupa akanNya!

Mungkin kita kata,"alah..rilek la dulu.enjoy dulu.nanti da nak mati kita ibadat la puas-puas". Dan kemudian kita mengiyakan apabila berkata ajal itu hak Allah dalam kita tidak sedar dengan hakNya bila-bila masa sahaja boleh dicabut dari jasad kita yang lemah ini. 

Sedangkan pada waktu itu apa yang kita ingat adalah harta kita, sudah kahwin atau belum kita, anak-anak kita hidup susah atau tidak bila mana kita tiada. Tidakkah kita rugi pada waktu itu?

Sesungguhnya, Allah menyukai golongan yang bertemu sesama mereka atas dasar kasih sesama mereka kerana Allah. 

Untuk mengenalNya dan mencintaiNya, haruslah kita mencintai mereka yang disekeliling kita. Masakan kita faham apa itu cinta kalau kita tidak mengalaminya. Sepertimana seorang anak kecil tidak faham akan kasih seorang ibu sehinggalah dia menjadi ibu. Sebelum kita mengharapkan kasih seseorang,kita harus mengasihi. 

Begitulah jua halnya kasih kepada Allah. Begitulah jua dengan sepertimana seorang ibu ingin anaknya mengingati dia setiap masa seperti mana dia mengingati anaknya dan merisaui anaknya setiap masa. Begitulah jua akan halnya ingat kita kepada Allah. Akhir sekali, sepertimana ibu kita mempercayai kita dan tidak suka akan kita membuat keburukan terhadap mereka. Begitu lah jua apa yang harus kita lakukan kepada Allah.

Allah telah memberi kita panduan. Tapi sejauh mana kita menggunakannya? 

Kadang kala kita pertikaikan perkara yang telah dikatakan tidak olehNya kepada kita. Masakan kita tahu sedangkan kita sendiri tidak cuba memahami akan panduan itu bahkan lebih memalukan, kita mengaku islam tapi kita tidak pernah merujuk pada panduan itu! 

Kemudian kita berputus asa, kita tinggalkan segalanya, mengikut nafsu kita. Mahukah kita jadi seperti kaum-kaun  yang terdahulu? Dimusnahkan atas dasar nafsu dan ketidakprihatinan terhadap kalamullah. Renung-renungkanlah. 

Tetapkan zikir dalam hati dan bersabarlah. Sesungguhnya, mereka yang rugi di dunia itu akan dijanjikan keuntungan di akhirat kelak. Tunduk dan patuhlah kepada Allah. Wallahu alam.





Post a Comment