Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum.
Azam Russia membawakan kepada anda sorotan mingguan berita-berita dunia sekitar 4 Disember-9 Disember.
4 Dis,Ahad-Selepas berbulan-bulan menyaksikan debat panas dan pelbagai isu politik, rakyat Persekutuan Russia keluar mengundi untuk memilih parlimen baru dikenali sebagai 'Duma'.Lebih 3000 calon dari 7 parti bertanding merebut kerusi di parlimen.
5 Dis,Isnin-Selama 10 tahun terakhir ini, sekitar 60 sekolah Islam telah dibuka memandangkan keperluan untuk pendidikan Islam di England semakin berkembang dan semakin banyak ibu bapa muslim menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu.
Malahan, sebuah sekolah di Birmingham yang bernama Al-Hijrah telah memperkenalkan sistem undian untuk menentukan muridnya dengan satu kerusi direbut oleh 25 ibu bapa.
6 Dis,Selasa-Ratusan penyokong pihak pembangkang di Russia telah ditahan oleh polis dalam satu protes membantah keputusan pilihanraya hari Ahad lalu, di Moscow dan St Petersburg.
Pihak polis berkata seramai 300 orang ditahan kerana cuba untuk mengadakan protes secara besar-besaran.
7 Dis,Rabu-Bekas presiden Israel, Moshe Katsav, hari ini memulakan hukuman penjara 7 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan merogol.Kes ini telah berlalu sejak 5 tahun lepas dan ini merupakan kali pertama seorang ketua negara dipenjara.
.
8 Dis,Khamis-JAKIM telah mengisytiharkan haram ke atas buku yang ditulis bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew.Di dalam buku itu, Lee mendesak umat Islam supaya kurang
tegas dalam melakukan amalan dan hukum yang dianjurkan Islam.
9 Dis,Jumaat-Seorang rakyat Palestin syahid, manakala 13 lagi cedera dalam satu serangan udara di Gaza, kata seorang pegawai perubatan, sehari selepas satu serangan lain mengorbankan 2 orang pejuang Palestin.Serangan itu berlaku pada awal Jumaat, menyasarkan pusat latihan Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, di timur Gaza.
Sekian saja laporan minggu ini dari Azam Russia.

Post a Comment