Assalamualaikum w.b.t
Nikmat Ikhlas Dalam
Pembelajaran
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. Ya Allah, ikhlaskanlah aku dalam penulisan ini dan seterusnya,
InsyaAllah.
Seringkali isu ikhlas diperkatakan di sekeliling kita.
Isu ikhlas tidak pernah lapuk ditelan zaman kerana IKHLAS ITU INDAH. Indahnya
ikhlas tidak dapat digambarkan dengan seberapa banyak perkataan di muka bumi
ini seperti manisnya iman. Segalanya dilakukan hanya untuk mendapat keredhaan
Allah s.w.t semata-mata, bukan untuk dipandang mulia di mata masyarakat yang
sering menjadi pengadil di atas muka bumi ini. Bahkan hanya untuk dipandang
mulia di hadapan Pencipta sekalian alam semesta pada hari akhirat kelak.
Ikhlas. Apakah istimewa ikhlas itu sehingga
orang-orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat keredhaan Allah di akhirat
kelak? Perkataan ikhlas sering kali digunakan ketika kita memberi sesuatu
kepada seorang yang kita sayang dengan sepenuh hati. Tanpa kita sedari, maksud
ikhlas jauh lebih mendalam, iaitu sikap seorang hamba dalam menjalin hubungan
dengan Allah. Apabila seorang hamba itu menjalankan tuntutan agama dan menjauhi
tegahan agama semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan takut pada
kemurkaan-Nya, maka itulah yang dinamakan ikhlas.
Seorang lelaki bertanya
kepada Rasulullah s.a.w, ‘Wahai
Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari
rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan
kebanggaan sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi?’.
Nabi menjawab, ‘Tidak ada apa-apa’.
Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda…
Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda…
'Sesungguhnya
Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas
dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)
Ya Allah, tingginya nilai
ikhlas itu untuk ku capai. Mari kita muhasabah diri kita semula. Adakah amalan
yang kita lakukan pada tiap-tiap hari sebelum ini merupakan amalan yang ikhlas
hanya untuk Allah? Atau kerana amalan itu telah menjadi rutin harian kita sejak
berumur 7 tahun? Atau keran kita sendiri ingin dipandang mulia di mata
masyarakat sekeliling? Atau mungkin kerana kita melakukannya kerana mengikut trend usrah atau sekadar mencukupi mutabah ‘amal yang diberikan oleh naqib atau naqibah kita?
Na’uzubillah. Moga kita
dapat muhasabah diri kita semula dan dijauhi dari sebarang niat yang bukan lillahi ta’ala. InsyaAllah.
Lantas, oleh sebab
keikhlasan boleh berubah-ubah mengikut niat, maka kita perlu menetapkan niat
tatkala kita memulai sesuatu amalan. Sebelum keluar ke universiti, tetapkan
niat kita belajar. Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi
yang memegang tampuk pemerintahan negara. Kita mahu menegakkan agama islam.
Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu.
Walaupun usaha kita
tampak kecil, dan belum tentu kita dapat mengubah tampuk pemerintahan yang nun
jauh lagi ingin dicapai, ingatlah saudara-saudaraku. Allah memandang usaha yang
kita lakukan, kerana kesudahannya telah kian lama tertulis di luh mahfuz. Usaha kita dengan niat lillahhi ta’ala InsyaAllah akan mendapat
ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t.
Untuk dijadikan contoh
mengenai ikhlas ini marilah kita meninjau satu riwayat cerita di dalam hadis
Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah bererti:
"Aku
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahawasanya manusia yang pertama dipanggil
untuk diadili di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Dia datang kepada
Allah TuhanNya sambil dia sendiri telah mengetahui nekmat apa yang akan
diterimanya. Allah bertanya kepadanya apakah amal kamu? "Jawabnya aku
berperang untukmu hingga aku mati syahid". Allah berkata kepadanya
"engkau bohong, engkau berperang agar manusia mengatakan engkau seorang
gagah, berani dan engkau sudah dikatakan begitu sebagaimana yang engkau kehendaki.
Kemudian orang itu dihela masuk ke neraka”.
Adapun yang menuntut
ilmu dan telah mengajar pula serta menjadi pembaca Al-Quran, orang ini dibawa
ke pengadilan Tuhan di hari kiamat sedang dia sendiri telah mengetahui nikmat
yang akan diterimanya. Dihadapan Tuhan ditanya apa amalmu jawabnya "aku
banyak membaca Al Quran" Berfirman Allah kepadanya “Engkau bohong! Engkau
menuntut ilmu itu agar dikatakan orang engkau seorang yang alim, engkau membaca
Al-Quran itu supaya dikatakan orang seorang Qari dan yang demikian itu telah
engkau dikatakan orang”. Kemudian orang itu pun dihela masuk ke dalam neraka.
Adapun
seorang lelaki yang telah mendapat kelapangan rezeki sebahagian hartanya
dibahagikan kepada orang lain kemudian orang itu pun dibawa menghadap Allah untuk
dibicarakan dan dia sendiri telah mengetahui nikmat yang akan diterimanya. Di
hadapan Allah dia ditanya apa kerjamu dia menjawab "aku telah
membelanjakan hartaku kepada jalan yang engaku redai dan itu telah aku kerjakan
kerana engkau". Allah telah berfirman kepadanya “Engkau berbohong engkau
berbuat demikian itu adalah supaya dikatakan orang engkau seorang pemurah
sedangkan yang demikian itu telah dikatakan orang kemudian orang itu pun dihela
masuk ke dalam api neraka”.
Demikianlah riwayat
hadis tiga jenis orang beramal tidak ikhlas. Amalan mereka ditolak tidak
diterima oleh Allah dan akibatnya mereka dicampakkan ke dalam api neraka.
Namun ikhlas itu jika
dapat dirasakan dalam hati, akan mengubah….
segala
perkara yang susah menjadi mudah,
yang
pahit menjadi manis,
yang
gusam menjadi ceria,
yang
bakhil menjadi dermawan,
yang
amarah menjadi ramah,
dan
musibah menjadi muhibah.
Indahnya ikhlas itu ya
Allah. Dan ikhlas itu terletak dalam hati manusia. Tidak dapat dilihat oleh
orang lain. Hanya Allah dapat menilai sifat ikhlas dalam diri seseorang itu.
Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berdiri di atas batu hitam pada malam hari.
Sangatlah sukar untuk dilihat dan diperlihatkan. Mungkin orang yang menangis di
khalayak ramai itu lebih iikhlas daripada orang yang beribadah dalam diri
seorang diri dan riak dengan amalnya pada Allah. Sentiasa muhasabah dirimu pada
diri-Nya.
Ingatlah…
وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة، ويؤتوا
الزكاة، وذلك دين القيمة
"Dan
tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan
tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan
solat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar."
(al-Bayyinah:
5)
Post a Comment