FRIDAY WRAP ( DIS 18-DIS 23 )

2 comments
FRIDAY WRAP ( DIS 18-DIS 23 )

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Muhammad SAW.

Assalamualaikum.

Menghampiri hujung minggu dan semakin dekat dengan tahun baru.Azam Russia membawakan kepada anda beberapa berita dunia sekitar 18-23 Disember.



Dimulakan dengan berita di Sochi,Russia.Pasukan penyelamat bayi terbiar mendapat kejayaan pertama menggunakan peti deposit bayi apabila seorang bayi telah 'didepositkan' ke dalam peti itu.Satu alternatif yang menarik yang mungkin boleh dikaji dan dilaksanakan penggunaannya di Malaysia.



18 Dis,Ahad- Ketidaktentuan di Mesir semakin berlarutan dan buruk.Terbaru, seorang wanita dan beberapa orang lelaki dibelasah oleh tentera republik itu dengan teruk dan tanpa belas kasihan.Tentera Mesir,salah satu angkatan tentera terkuat dunia arab telah mengambil pendekatan sangat drastik semenjak memperoleh kuasa pada awal tahun ini.Pertempuran yang memasuki hari ke-5 mencatatkan 14 kematian dan lebih 900 cedera.
Rakaman yang menunjukkan pertempuran antara tentera dan orang awam.








19 Dis,Isnin- Korea Utara telah mengejutkan dunia dengan pengumuman bahawa presiden republik itu, Kim Jong-il telah meninggal dunia akibat serangan jantung.Kematian Kim Jong-il yang berperwatakan seorang bapa dan sering juga dianggap seperti tuhan oleh rakyatnya, menyebabkan berlakunya kekacauan politik di rantau itu.
Rakaman video menunjukkan rakyat Korea Utara berkabung atas kematian pemimpin tersayang mereka...yang mungkin agak melampau.









22 Dis,Khamis- Liga Arab secara rasminya telah tiba di Syria untuk memantau situasi negara itu.Sukarelawan sekitar negara melaporkan, tentera Bashar al-Assad telah melancarkan serangan dahsyat ke atas rakyatnya yang berdemonstrasi.Pasukan pemantau hak asasi manusia Syria melaporkan, 111 orang dibunuh pada hari Selasa lepas menjadikan lebih 5000 orang terkorban sejak bermulanya protes.
Satu video menarik yang mungkin juga kita akan mengatakan Bashar patut diturunkan
p/s: sila abaikan tajuk video ini.







23 Dis,JumaatGelombang serangan bom menggegarkan seluruh bandar Baghdad semalam dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 63 orang terbunuh manakala hampir 200 lagi cedera.Ia merupakan keganasan terburuk pernah melanda Iraq sejak beberapa bulan lalu.

Sekian saja laporan Azam Rusia minggu ini.Di kesempatan ini Azam Rusia ingin mengucapkan selamat menghadapi minggu zachot dan peperiksaan kepada muslimin muslimat sekalian.InsyaAllah berjalan lancar semuanya.

Assalamualaikum.







2 comments:

  1. Setahu saya, projek peti deposit bayi tu mmng sudah dilaksnakan di malaysia oleh sebuah NGO ni..saya tahu kewujudan peti deposit bayi ni melalui rancangan sejuta impian di tv3 apabila pengurusnya memohon sejumlah dana untuk menambahkan bilangan peti deposit bayi ni di malaysia kerana pembinaan peti ini memerlukan kos yang tinggi bagi menjamin keselamatan baby yang dideposit .. bayi yang telah 'didrop' kedalam peti tersebut seterusnya akan diserahkan ke rumah kebajikan dan dijadikan anak angkat.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info.Penulis dh try cari episod tersebut dalam rancangan sejuta impian tu.tp still x terjumpa.apa2 alternatif sekalipun,moganya dpt mencapai kesan yg positif dlm masyarakat kita.iA

    ReplyDelete