Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Friday Wrap membawakan kepada anda berita-berita semasa dunia pada minggu ini.
Perancis Pertahankan Tentera di Mali Hingga Akhir 2013
18 Oktober 2013
Tentera Perancis di Bourem , Mali utara, 17 Februari 2013
PARIS - Menteri Pertahanan Perancis, Jean Yves Le Drian mengatakan negaranya akan tetap meletakkan 2,000 tentera di Mali sehingga akhir 2013. Perancis melancarkan perang di Mali pada 11 Januari dengan alasan untuk menghentikan kemaraan pejuang di negara itu. Pada 1 Februari , Amnesty International mengatakan telah terjadi pelanggaran berat hak asasi manusia dalam perang Perancis di Mali.
Pasukan PBB di Mali, yang dikenal dengan nama MINUSMA , mengambil alih tugas keselamatan pada bulan Julai dari pasukan Afrika. Bert Koenders , wakil khas PBB di Mali, mengatakan bahawa pasukan penjaga perdamaian harus mempunyai lebih banyak sumber untuk menstabilkan kawasan utara negara Mali.
Awal bulan ini, pemberontak Tuareg dan keturunan Arab mengatakan mereka akan meneruskan rundingan damai dengan kerajaan. Para pemberontak Tuareg, yang berjuang untuk mendapatkan hak autonomi di wilayah utara negara itu, membuat pengumuman pada tarikh 5 Oktober. Perjanjian gencatan senjata ini diantarai oleh negara serantau Afrika, PBB dan Kesatuan Eropah.
Kekacauan di negara Afrika berlaku selepas Presiden Mali Amadou Toumani Toure digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada tarikh 22 Mac 2012.
Arab Saudi Menolak Keahlian DK PBB Secara Mengejut
19 Oktober 2013
RIYADH - Arab Saudi menolak untuk menjadi angota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan alasan dewan tidak mampu mengakhiri perang dan menyelesaikan konflik di Syria. Arab Saudi menang untuk pertama kalinya menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Namun, kerajaan Arab Saudi kemudian mengatakan pihaknya menolak untuk mengambil kerusi DK PBB sehingga reformasi di dalam perbadanan PBB diperkenalkan.
Kementerian Luar Negeri Saudi kecewa kerana Majlis Keselamatan PBB gagal dalam menyelesaikan tugasnya terhadap Syria. DK PBB membiarkan Presiden Syria Bashar al Assad untuk melakukan kejahatan terhadap rakyat Syria tanpa dikenakan sebarang hukuman.
Kementerian Luar Negeri Saudi juga mengatakan Majlis Keselamatan PBB tidak mampu menyelesaikan konflik puluhan tahun antara Palestin dan Israel. Kementerian Arab Saudi juga mengkritik PBB kerana gagal untuk mengubah Timur Tengah menjadi kawasan bebas senjata pemusnah besar-besaran.
Pemimpin Al Qaeda Desak Mujahidin di Syria Bersatu dan Tegakkan Khilafah Islam
19 Oktober 2013
Ayman al Zawahiri pemimpin tertinggi Al Qaidah yang menggantikan Usamah bin Ladin dalam video terbarunya berbicara tentang konflik di Timur Tengah, terutama di Syria dan Mesir.
Dalam mesej itu Ayman menganjurkan para pejuang Islam di Syria untuk bersama dalam berjuang menentang rejim Presiden Bashar Asad. Beliau juga mengingatkan para pejuang Islam di Syria untuk segera mengakhiri kerjasama mereka dengan pasukan bukan Islam yang menentang penubuhan Khilafah Islamiyah sewaktu Bashar Asad digulingkan nanti.
Beliau mengulangi mesej bahawa semua Muslim harus bergabung untuk menggulingkan rejim Bashar Asad dan mendirikan Khilafah Islam di Syria. Menurut Ayman dengan berdirinya Khilafah Islam akan membuka jalan menuju " Pembebasan Yerusalem".
"Wahai singa- singa Syam ( Syria ) bersatulah demi tujuan mulia ini. Tinggalkan perpecahan diantara organisasi dengan kesepakatan bersama dan niat baik untuk mendirikan negara Islam yang kuat. Saudara- saudaraku yang berjihad dan berjaga ( ribat ) di Syria, jagalah diri kalian dari perjanjian dengan kumpulan sekular, dari mereka yang ingin menjadi seperti orang Amerika dan ateis dengan mengorbankan kedaulatan Syariah dan hukum- hukum Islam", berkata Ayman dalam seruannya kepada para mujahidin di Syria.
Gendong Ibu Melakukan Ibadah Haji
21 Oktober 2013
MAKKAH - Seorang jamaah haji berasal dari Pakistan yang berusia 65 tahun membawa ibunya yang sangat tua melakukan ibadah haji di Makkah.
"Saya benar -benar tersentuh apabila saya melihat orang tua itu menggendong ibunya yang sudah tua selama berjam- jam," kata Saif Mohammed Al Qahtani, seorang jamaah haji dari Arab Saudi yang melihat peristiwa ini dalam Akbar Al-Sabq.
"Saya tidak boleh berhenti menangis. Saya sangat tersentuh melihat cinta yang kuat, kasih sayang dan dedikasi beliau untuk ibunya seperti itu."
Merasa takjub dan tersentuh, Al Qahtani meminta untuk mengambil gambar lelaki warga Pakistan itu sewaktu beliau menggendong ibunya bagi menunjukkan kepada penghuni dunia bahawa salah satu ajaran Islam yakni menghargai dan menghormati orang tua amatlah dititikberatkan.
Letupan Bus di Volgograd, Selatan Russia. 6 Maut
22 Oktober 2013
VOLGOGRAD - Satu letupan bom menghentam sebuah bas di bandar Volgograd, Rusia, Isnin ( 21/10), mengorbankan sekurang-kurangnya 6 orang dalam serangan paling maut seperti itu di luar daerah Caucasian Utara yang bergolak Rusia dalam masa hampir tiga tahun.
Isnin, 4.05 waktu tempatan, bom meletup dalam sebuah bas penumpang di bandar Volgograd dan menyebabkan korban jiwa. Presiden Vladimir Putin, Selasa ( 22/ 10) menuduh musuh -musuh asing menggunakan Islam radikal bagi melemahkan negara Rusia. Putin menyampaikan pidato kira-kira 1,000 km timur laut Volgograd, tempat asal pembunuh berani mati dari Caucasian Utara. Kenyataan ini dikeluarkan sehari selepas kejadian tersebut.
Sebanyak tujuh orang terbunuh dan puluhan yang lagi cedera ketika seorang penyerang berani mati meletupkan dirinya dalam sebuah bas di Bandar Volgograd, Rusia Selatan , kata pihak berkuasa. "Menurut laporan awal, warga Dagestan, Naida Asiyalova (30) meledakkan dirinya. Perempuan ini naik bas di satu perhentian bas dan bom meletup tidak lama selepas dia menaiki bas tersebut," kata Markin. Dia juga mengatakan keterangan tersebut disahkan oleh seorang saksi letupan.
Enam penumpang dan pengebom berani mati maut. 33 orang, termasuk seorang kanak-kanak turut diberi rawatan perubatan. 8 mangsa dilaporkan cedera parah.
Volgograd adalah bandar berpenduduk sekitar satu juta orang terletak 900 km dari tenggara Moscow dan ratusan km dari utara Caucasian dan bandar peranginan Sochi, Laut Hitam, tempat Rusia akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014.
Serangan berani mati sebelum ini telah menyebabkan kematian 37 orang di lapangan terbang Moscow pada Januari 2011 dan dua pengeboman berani mati serentak yang menewaskan 40 orang pada rangkaian kereta api bawah tanah Moscow pada tahun 2010.
Langgar Kesucian Masjid, Rihanna Diusir dari Masjid Sheikh Zayed
22 Oktober 2013
ABU DHABI - Pengawas masjid besar Abu Dhabi mengatakan mereka meminta penyanyi yang terkenal berasal dari Amerika , Rihanna untuk meninggalkan masjid kerana ber 'pose' untuk foto.
Rihanna berkunjung ke masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi sebelum konsertnya pada hari Sabtu (19/10) di bandar itu. Foto-foto yang dipaparkan dipelbagai laman menunjukkan siri gambar Rihanna dengan mengenakan baju hitam dan tudung. Dalam pernyataan yang dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan pada hari Isnin (21/10) bahawa "seorang penyanyi terkenal" diusir kerana melanggar peraturan kesucian masjid. Kenyataan pihak masjid menyebutkan Rihanna berada di kawasan yang sebenarnya dilarang untuk pengunjung.
"Dia diminta untuk pergi sebelum memasuki masjid setelah dia berpose dengan cara tertentu yang tidak sesuai dengan status kesucian tempat ibadah, " demikian kenyataan dari pihak masjid.
Pengelola masjid menyebutkan bahawa para pengawal ingin menjamin bahawa semua pengunjung mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memasuki masjid. Berpose dengan aksi yang tidak sesuai atau duduk dengan posisi kurang sopan juga merupakan salah satu larangan.
Warga Syria Tidak Mustahil Makan Daging Manusia Akibat Kebuluran
22 Oktober 2013
HAMA - Kestabilan keselamatan di Syria kembali panas, stesen televisyen yang dikutip AFP melaporkan satu kereta meletup di bandar Hama yang dikuasai kerajaan Syria pada Ahad (20/10) dan menimbulkan banyak korban jiwa.
Keadaan ini semakin menyulitkan warga Syria yang menjadi mangsa pertikaian yang telah berlaku hampir dua tahun setengah. Pelarian semakin menderita kerana tempat dan kemudahan yang disediakan sangat minimum. Terutama pelarian-pelarian yang berada di pusat-pusat bandar yang dikuasai oleh pembangkang kerana di bandar-bandar tersebut kerajaan Syria menyekat bekalan makanan dan ubat-ubatan ke daerah yang dikuasai pembangkang .
Para ulama setempat menghimbau kepada masyarakat dunia untuk mengatasi bencana kelaparan hebat yang menimpa Syria. Tidak lama sebelum itu, ulama memfatwakan halal mengambil daging anjing dan kucing bagi mengelakkan kebuluran. Tetapi jika kelaparan dan kekurangan zat terus berlanjutan, adalah tidak mustahil bagi penduduk Syria mula memakan mayat manusia.
Brunei Akan Segera Laksanakan Hudud
23 Oktober 2013
BANDAR SRI BEGAWAN - Sultan Brunei , Hassanal Bolkiah, pada Selasa ( 22/10/2013 ) , mensahkan hukuman syariah di negaranya. "Dengan kasih karniaan Allah, dengan pelaksanaan undang- undang ini, adalah tugas kita kepada Allah dan kerana itu ia wajib dilaksanakan," kata Sultan Bolkiah dalam sebuah pidato.
Hukuman berupa hukuman mati dengan rejam bagi kesalahan seperti berzina, potong tangan bagi pelaku kes curi dan hukuman sebat bagi kesalahan seperti pengguguran bayi dan pengambilan alkohol.
Hukuman ini hanya bagi kaum Muslim di negeri kecil itu sahaja. Hampir 70 peratus warga Brunei adalah Muslim etnik Melayu, yang berjumlah sekitar 420 ribu. 15 peratus adalah etnik Cina bukan Islam diikuti oleh suku-suku asli dan kumpulan lain.
Van Doorn Ingin Bentuk Parti Islam dan Buat Filem Islamik
24 Oktober 2013
MAKKAH - Arnoud van Doorn , bekas ahli politik terkenal anti-Islam telah mengumumkan rancangannya untuk membentuk sebuah parti politik Islam pertama di Eropah beberapa bulan selepas dia memeluk Islam Islam.
"Parti ini akan terdiri daripada sejumlah besar anggota Muslim serta ahli bukan Islam yang bersimpati dengan Islam dan Muslim," ujar Arnoud van Doorn, bekas anggota Parti Kebebasan dimana tokoh kontroversi Geert Wilders memimpin parti ini kepada Saudi Gazette pada Selasa 22 Oktober. Doorn, bekas anggota Parti Kebebasan ( PVV ) telah memeluk Islam awal tahun ini selepas melakukan kajian terhadap Islam.
Dia termasuk pemimpin parti turut menjadi penerbit sebuah filem berjudul 'Fitna' yang mengandungi hinaan terhadap Islam. Namun, setelah protes Muslim di seluruh dunia terhadap filem yag dibuatnya, Doorn mula membaca lebih banyak tentang Islam dan Nabi Muhammad SAW, yang akhirnya membawanya untuk memeluk Islam.
Beberapa hari yang lalu, dia melakukan ibadah haji pertamanya di Makkah di mana dia menyatakan itu semua nagi menebus dosa yang telah dia lakukan. Doorn telah menjelaskan tentang keislamannya kepada ibunya, isteri dan anaknya dan mereka sudah mula memahaminya, Saudi Gazette melaporkan.
Serangan Bom di Iraq Barat, 33 Mati
24 Oktober 2013
Ramadi. 33 orang terbunuh , sebahagian besar daripada mereka adalah polis dalam siri serangan oleh pengebom berani mati dan kumpulan bersenjata di Wilayah Anbar, Iraq Barat. Serangan itu bermula pada Selasa malam, ketika seorang pengebom berani mati meletupkan kereta berisi bahan letupan di sebuah pejabat polis di Bandar Rutba, kira-kira 370 kilometer di sebelah barat Ibu Kota Iraq, Baghdad. 6 anggota polis maut dan 14 orang lagi cedera dalam peristiwa tersebut.
Sementara itu, empat polis maut ketika beberapa lelaki bersenjata menyerang pos pemeriksaan mereka di Rutba, sedangkan dua polis lagi maut dan empat orang cedera dalam satu letupan bom kereta di dekat satu peronda polis di kota tersebut.
Serangan-serangan yang berlaku di wilayah barat itu antara pukul 22.00 waktu setempat ( 03.00 WIB) dan Selasa tengah malam juga mengakibatkan kecederaan terhadap 26 kakitangan polis .
Aksi kekerasan di Iraq mencapai kemuncaknya yang belum pernah terjadi sejak tahun 2008 dan para anggota kumpulan garis keras, termasuk yang punya hubungan dengan al-Qaeda sering mensasarkan pasukan keselamatan Iraq dan pekerja kerajaan yang lain. Empat daripada serangan- serangan itu menghentam sasaran di dalam dan sekitar bandar Rutba, kira-kira 110 km dari sempadan dengan Syria yang diamuk perang saudara itu .
Seorang pengebom berani mati meletupkan satu trak tangki minyak yang membawa bahan letupan ke satu satu pos pemeriksaan polis bandar itu, sementara para anggota kumpulan garis keras yang bersenjata berat menyerang pejabat polis di Rutba dan seorang pengebom lain meledakan sebuah kenderaan di satu pos pemeriksaan di daerah baratnya .
Serangan-serangan itu menyebabkan 18 polis maut dan mencederakan 25 yang lain manakala tiga orang awam juga maut ketika serangan pengebom berani mati yang lainnya meledakan satu trak tangki di satu jambatan barat Rutba.
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Aku wasiatkan kepada kamu untuk bertakwa kepada Allah; mendengar dan taat (kepada penguasa kaum muslimin), walaupun seorang budak Habsyi. Karena sesungguhnya, barangsiapa hidup setelahku, dia akan melihat perselishan yang banyak. Maka wajib bagi kamu berpegang kepada Sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapatkan petunjuk dan lurus. Peganglah dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah semua perkara baru (dalam agama). Karena semua perkara baru (dalam agama) adalah bid’ah, dan semua bid’ah adalah sesat".
(HR Abu Daud, Tarmizi, Ahmad)
Sekian sahaja berita pada minggu ini. Semoga bermanfaat.
Post a Comment