FRIDAY WRAP ( MAC 18 - MAC 31 )

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Selawat dan ke atas junjungan besar Rasul kita, Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum.
Azam Russia membawakan kepada anda beberapa berita dunia minggu ini.


Moscow- Polis Russia telah menahan seorang lelaki yang yang mengaku bersalah membunuh sekurang-kurangnya enam orang sebelum memakan jantung dan hati mangsa.
Alexander Bychkov, yang juga diberi gelaran, "pembunuh kanibal bersiri" menulis dalam diari tentang perbuatannya itu, selain turut juga menulis sebab dirinya menjadi pembunuh selepas teman wanitanya meninggalkannya.

Bychkov pada mulanya ditahan kerana mencuri di sebuah kedai, namun kemudiannya memberitahu polis bahawa dia telah menanam beberapa mayat di belakang rumahnya di Belinsky.



Beirut- Turki telah menutup kedutaanya di Syria, manakala bandar Homs dibedil lagi oleh tentera rejim Assad.Asap tebal hitam tebal dilihat meliputi di dua kawasan di bandar itu yang menjadi sasaran tentera rajim sejak tercetusnya revolusi.

Turki pula dilihat mengikut jejak langkah beberapa negara dengan memberhentikan semua aktiviti di kedutaanya.Turki juga akan memberikan bantuan kepada pihak pembangkang Syria yang menentang rejim.
Setakat ini mengikut rekod PBB, seramai sekurang-kurangnya 8000 mangsa telah terkorban semenjak bermulanya revolusi ini.




Ini adalah poster Hari Tanah Palestin.Hari ini disambut setiap 30 Mac bagi memperingati peristitiwa yang berlaku pada tahun 1976 di mana Israel telah mengambil tanah-tanah rakyat Palestin.
Pada tahun ini satu inisiatif telah dibuat untuk memberi sokongan kepada rakyat Palestin dengan diadakan "Global March to Jerusalem"
Apa itu Global March to Jerusalem?

Global March to Jerusalem




Global March to Jerusalem ini adalah satu inisiatif baru penganjuran satu rapat umum pada 30 Mac 2012 di Palestin dan negara-negara berhampiran seperti Mesir, Lubnan, Jordan, dan Syria.GMJ (Global March to Jerusalem) adalah terdiri daripada gabungan rakyat Palestin, Arab dan masyarakat antarabangsa yang bersatu bertujuan membebaskan kota suci Jerusalem dari pendudukan haram Israel.


Ini adalah poster rapat umum yang diadakan di Malaysia.

GMJ ini memberi tumpuan kepada isu tertentu di Jerusalem kerana kota suci itu telah menghadapi satu pendudukan kejam oleh Israel.Sejak beberapa tahun lepas, usaha Zionis untuk mengubah kota ini kepada lebih Judaism telah dipercepatkan dengan menghapuskan ciri-ciri fizikal, kebudayaan, dan kerohanian Baitulmaqdis.

Menurut laporan dari PBB, proses perluasan penempatan secara berterusan di timur Baitulmaqdis digabungkan dengan pengusiran penduduk tempatan yang telah lama menetap boleh dikategorikan sebagai satu proses pembersihan etnik.
Bagaimanapun hanya sedikit sahaja usaha yang dilakukan PBB dan masyarakat antarabangsa untuk mengatasi masalah ini.

Oleh itu, Palestin menyeru masyarakat antarabangsa untuk menjamin Baitulmaqdis sebagai kota suci untuk semua. 

Marilah kita bersama-sama peka dan cakna dengan isu Palestin ini dan menyumbang setakat termampu seperti berdoa, memberi sumbangan, memboikot, dan lain-lain.
Ketepikan perbezaan-perbezaan yang memisahkan kita seperti ideologi politik, bangsa, hatta pasukan bola sepak yang disokong sekalipun, kerana kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar utntuk difikirkan.

Ayuh pemuda-pemuda.

link untuk website GMJ:


Assalamualaikum.



   


Post a Comment