Penangan Kesabaran.

0 comments


Prenote : Sentiasalah dampingkan diri kita dengan Al-Quran.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Penulisan kali ini ditulis ringkas sebagai peringatan untuk kita semua,yang mahu mengambil peringatan daripadanya.


Pernahkah dalam hidup anda - rasa kecewa datang melanda - seolah-olah anda berputus asa?

Sebagai contoh - anda pergi ke kelas,tetapi anda tetap 'fail' exam?

Janganlah begitu.Jangan berputus asa.

Look on the bright side.

Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya.Allah SWT tidak pernah meletakkan suatu beban ke atas bahu kita jika kita tidak mampu memikulnya.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". [2:286]

Setiap yang berlaku dalam dunia ini ada hikmahnya.

Dalam Kes di atas,Peristiwa itu sebenarnya mematangkan lagi kita agar tidak lemah semangat.Peristiwa itu juga membuatkan kita semakin rajin berusaha,dan banyak lagi kesan baik yang bakal kita dapati jika kita redha dan mengambil pengajaran dari kegagalan itu.

Jangan sesekali berputus asa dalam kehidupan.

Setiap kesusahan itu,ada kesenangan yang mengiringinya.

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. [94 : 5-6]

Di sini dikongsikan sebuah Status Twitter seorang Ustaz yang dirasakan menarik untuk kita renungkan bersama-sama.


Begitu juga dalam konteks Perubahan Diri yang dilakukan seseorang agar lebih dekat kepada-Nya.

Akan banyak dugaan yang mendatang.Tapi ketahuilah,setiap dugaan itu,ada balasan yang baik yang akan didapati kita jika kita menempuhinya dengan redha dan sabar.

Ingatlah,hidup di dunia ini - bukanlah 'Syurga'.Sebaliknya,ianya hanya satu Ujian yang perlu dilalui kita untuk mendapatkan Syurga yang sebenar di sana kelak.

Sama-sama kita tingkatkan usaha.Banyakkan berdoa kepada-Nya.Dan banyakkan beristighfar.

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat. [13 : 26]

Akhir sekali,untuk menegaskan kepentingan sikap bersabar dalam menempuhi hidup di Dunia yang penuh fitnah ini,renunglah Terjemahan Firman Allah SWT di dalam Al-Quran di bawah,

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -

Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; -

(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
[13 : 22-24]

Bersabarlah.

Banyakkan istighfar.

Astaghfirullahalazim.Jangan bersedih lagi.Allah SWT sentiasa bersama kita.Dia tidak sesekali pernah lalai akan perbuatan hamba-hamba-Nya.

Sama-sama kita kembali kepada-Nya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kita tidak pernah keseorangan.

P/P/S : Sentiasalah basahi lidah kita dengan zikrullah (mengingati-Nya),even ketika berbaring.





Post a Comment