Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasul kita, Nabi Muhammad SAW.
Assalamualaikum.
Azam Russia membawakan beberapa sorotan berita dunia sekitar minggu ini.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasul kita, Nabi Muhammad SAW.
Assalamualaikum.
Azam Russia membawakan beberapa sorotan berita dunia sekitar minggu ini.
11 Mac- Hari ini genap setahun bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun yang mengorbankan ribuan dan menyebabkan krisis radiasi berpunca dari kerosakan loji nuklear.Anggaran seramai 16 000 orang terkorban, dan hampir 3000 yang tidak ditemui.
Beberapa kilometer dari loji nuklear Fukushima, penduduk dibenarkan pulang selama beberapa jam untuk memberi penghormatan kepada mangsa yang terkorban.Seluruh negara berkabung selama beberapa minit bermula pukul 2:46 petang mengikut waktu ketika gempa bumi berlaku.Diikuti pula oleh daerah Ofunato 33 minit kemudian apabila tsunami 23 meter yang melanda daerah itu.
12 Mac- Israel melancarkan lebih banyak serangan udara di Gaza, manakala pejuang Palestin meneruskan serangan roket ke selatan Israel dalam pertempuran yang memasuki hari keempat.Seramai 23 orang rakyat Palestin telah terbunuh dalam tempoh itu.
Usaha Mesir untuk menjadi orang tengah perjanjian damai dilihat tersekat dengan permintaan kumpulan Jihad Islam yang yang mahukan Israel berjanji untuk tidak menyasarkan kepimpinan kumpulan itu dalam serangan-serangan yang akan datang.Kumpulan Jihad Islam itu berkongsi ideologi yang sama dengan Hamas, namun tidak mempunyai pengaruh besar seperti Hamas.
12 Mac- Seramai 12 orang rakyat rakyat tempatan terbunuh di Homs.Pembunuhan beramai-ramai di Homs dan juga serangan di bandar Idlib berlaku ketika usaha gencatan senjata sedang diatur oleh utusan Liga Arab-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan.
Penyelaras Jawatankuasa Tempatan Syria, satu kumpulan pembangkang di Syria, melaporkan seramai 45 orang wanita dan kanak-kanak telah dibunuh dan dibakar di daerah Karm el-Zeitoun, di Homs.Seorang aktivis berkata tentera pembebasan Syria membantu mengumpulkan jenazah mangsa yang terkorban di satu tempat, kerana jika tidak dibuat sedemikian tentera rejim akan menyembunyikan bukti keganasan mereka.
16 Mac- Satu gempa bumi berskala 6.1 richter menggegarkan bandar Tokyo pada hari ini.Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan pada loji-loji nuklear.Gempa bumi itu berlaku di Ibaragi dan Chiba, timur Tokyo, diikuti dengan satu lagi gegaran berskala 6.8 di utara Jepun.
Moscow- Aktivis pihak pembangkang Sergei Udaltsov memulakan mogok lapar selepas dijatuhkan hukuman penjara 10 hari desebabkan tidak mematuhi arahan pihak berkuasa dalam satu demonstrasi menentang Vladimir Putin. Rakannya, Alexei Navalny dikenakan denda sebanyak 1000 ruble kerana keengganan untuk meninggalkan demonstrasi yang diadakan sehari selepas kemenangan Putin.
Dalam satu kes lain, Alexei Kozlov, suami kepada salah seorang penganjur perhimpunan protes itu, dikenakan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan rasuah.
Beirut- Aktivis Syria mengatakan mereka tidak terkejut dengan emel yang menunjukkan Bashar al-Assad dan isterinya membeli belah barangan mewah dan lagu-lagu pop ketika negara itu sedang bergelumang dengan darah.Surat khabar Guardian melaporkan, mereka menerima 3000 emel dari Bashar dan isterinya, Asma.Isterinya dikatakan membeli seutas rantai berlian dari Paris, manakala Bashar memuat turun lagu dari iTunes.Ini menunjukkan yang keluarga pemerintah rejim tidak mengambil peduli tentang krisis yang berlaku di negara itu.
Sekian saja berita-berita dunia yang dibawakan kepada anda oleh Azam Russia.Di kesempatan ini marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan di seluruh dunia.
Jika punya kelapangan, tontonlah video ini.Marilah kita bermuhasabah, adakah kita sudah mengucapkan syahadah yang ikhlas, bersedia berserah diri dan memberi kepatuhan kepada Allah dan Rasul kita.
Assalamualaikum.
Post a Comment