Assalamualaikum wbt. Bismillahirahmanirahim.
Dalam kesibukan manusia mencari erti sebuah kehidupan, manusia tidak
akan pernah dapat lari dari bertembung dengan dengan persoalan perihal erti dan
tujuan sebenar penciptaannya di dunia ini. Manusia itu sebagai abid yang hanya
mengesakan Allah semata-mata, jua sebagai khalifah yang memakmurkan bumi Allah,
mungkin itulah ringkasan kepada gambaran fungsi manusia di muka bumi Allah ini
seperti firmanNya:
“Aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada Ku”
(51:56)
“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan
engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi
seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya
orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih
dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku
lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (2:30)
Jadi, menyedari hakikat
ini, pihak AZAM telah menganjurkan program Mengenali Hakikat Manusia yang telah
berlangsung di beberapa lokaliti, bagi mengajak kita semua mendalami kembali
persoalan siapa kita sebagai makhluk yang bergelar manusia. Insyaallah berikut liputan dari lokaliti-lokalti di
seluruh Russia:
Petersburg
Pada 10hb Mac telah berlangsung program Daurah HM
(Hakikat Manusia) di St Petersburg buat kali pertamanya dianjurkan oleh Azam
Russia. Seramai 34 pelajar lelaki muslim telah menyertai daurah tersebut. Penyampainya
ialah Akmal Shapiei & Ilham Muntari. Program dimulakan pada pukul 1 petang.
Alhamdulillah, suasana dewan disana yang kondusif membuatkan peserta merasa
selesa untuk mendengar pengisian tersebut. Program telah dipecahkan kepada dua
slot yang mana, pada masa rehat antara dua slot, peserta dihidangkan dengan
jamuan ringan. . Majlis berjalan dengan lancar. Kami sangat kagum dengan
inisiatif yang ditunjukkan oleh para peserta. Semoga para peserta dapat
menghayati pengisian yang diberikan oleh para pencemarah. Semoga usaha kita
diredhai Allah swt.
Kursk
Pada 18 Mac 2012, PPIM KURSK dengan kerjasama AZAM RUSSIA telah mengajurkan program bertemakan "Hakikat Manusia". Program ini diadakan di dua lokasi yang berlainan iaitu hostel No.5 untuk peserta muslim dan apartment pelajar perempuan Kursk bagi peserta muslimah.
Program bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Program dimulakan dengan tazkirah pendek daripada wakil AZAM iaitu saudari Hazwani. Program ini mengandungi tiga slot yang disampaikan oleh tiga orang saudari, iaitu saudari Khadeejah Doni untuk slot satu,saudari Nur Haslina Ali untuk slot dua dan saudari Syahaneez A.J untuk slot terakhir.
Volgograd
Tidak mahu ketingglan, program Hakikat Manusia ini
juga telah berlangsung di Volgograd. Program yang berlangsung pada 24 March
2012 itu dihadiri oleh sebilangan pelajar muslim volgograd. Bertindak sebagai penyampai
adalah Wan Ezzrul Redza Wan Shahidan dan Mohd Faiz B Nasir. Di samping tazkirah
yang disampaikan, Sesi LDK (latihan
dalam kumpulan) yang menjadi selingan
program mengajak peserta untuk berfikir dan mengambil bahagian dalam program.
Program berakhir dengan jamuan ringan.
Menarik
sepanjang program
Program Hakikat Manusia bertujuan memberi pencerahan kepada kita tentang
sejarah penciptaan manusia. Manusia pada asalnya dijadikan dari tanah, kemudian
ditiup roh dan dilengkapkan unsur-unsur yang terdiri daripada hati, akal, dan
jasad. Lantas, atas dasar penciptaan kita yang paling
sempurna, kita memiliki tanggungjawab yang
kita perlu penuhi agar pulang kita nanti padaNYa adalah dengan mendapat
keredhaannya.
Hal ini selari dengan firman Allah dalalm surah Al Araf, ayat 179:
Dan sesungguhnya Kami jadikan isi Neraka Jahannam kebanyakan jin dan manusia, mereka
mempunyai hati tetapi tidak
dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi)
tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah
dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).
Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan lebih
sesat lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai. (QS Al
A’raf 179)
Justeru, kami dari pihak
AZAM agar program yang dijalankan ini dapat membawa kita untuk mengenali siapa
kita, manusia di pandangan Allah, agar kita mampu bergerak mencari keredhaanNya
dalam setiap aspek kehidupan. Wallahualam.
Akmal Shapiei sebagai penyampai
mari mengenali hakikat manusia
para peserta sedang mendengar penuh teliti.
Ilham Muntari juga sebagai penyampai
Moga ALLAH eedha.
ReplyDelete