Tinggalkanku Bersendirian

0 comments

7.00 am - bangun, mandi, siap2kan diri untuk pergi ke kelas, solat subuh
7.30 am - tunggu bas(kadang2 sampai setengah menunggu), naik bas untuk ke kelas( + jalan jem)
8.15 am - sampai ke kelas dalam keadaan keletihan oleh kerana jem
8.30 am - lecturer sampai, kelas pun bermula
10.30 am - lecturer bagi break(kebiasaannya semua student akan megambil kesempatan untuk tidur oleh sebab keletihan)
10.45 am - kelas diteruskan
12.00 pm - kelas tamat(waktu paling dilemma sekali, nk pergi lecture atau tidak?)
1.00 pm - lecture bermula(di kawasan yang lain, kena naik bas lagi....aduuuhhh letihnya)
3.00 pm -lecture tamat, pulang ke rumah
3.45 pm - sampai di rumah(dalam keadaan yang letih disebabkan trafik)
4.00 pm - mengantuk,mulalah berjinak2 dengan bantal.....akhirnya tertidur
5.00 pm - bangun, tibalah waktu untuk bersosial!( pergi menziarahi kawan, bermain game, beli barang, settlekan kerja2 persatuan, masak n sebagainya)
8.00 pm - solat jemaah
9.00 pm - study untuk kelas esok
12.00 am - akhirnya tertido akibat keletihan...

Beginilah rutin harian pelajar2 di russia(especially student2 NiNo),busy dan agak packed kalau x diurus dengan betul.
Selain itu, kebanyakan dari kita juga cepat merasa letih akibat daripada lokasi2 kelas yang berlainan bagi setiap subjek. Jadi, terpaksa lar memaksa diri untuk menaiki bas ke tempat2 tersebut yang kadang2 boleh memakan masa 1 jam untuk ke sana(kalau x jem) + suasana cuaca yang ekstrim.
Jadi tidak hairanlah, ramai di antara kita yang merungut keletihan dan tidak mempunyai masa untuk study,buat kerja2 persatuan, masak dan sebagainya. Sampaikan terdapat individu yang terpaksa mengorbankan salah satu dari rutin harian mereka demi menyiapkan rutin mereka yang lain. Contohnya, mengorbankan waktu study mereka untuk menyiapkan kerja2 persatuan atau sebaliknya...
Dan akibat daripada kesibukan kita terhadap hal-hal ini,kita kadang kala terlupa tentang tanggungjawab kita sebagai hambaNya....
Kita mungkin berasa seronok dapat menjadi seorang pelajar yang cemerlang di dalam kelas, kerana 3/4 daripada masa harian kita habiskan untuk menelaah buku2....
Kita juga mungkin berasa bangga dan dihormati kerana kita ini adalah 'somebody' di dalam sesebuah persatuan dan mempunyai kepentingan dalam aspek2 kerja yang tertentu...
Dan kita juga mungkin sentiasa merasakan bahawa 'this life is so enjoyable!' kerana kita mempunyai kawan yang ramai dan selalu menghabiskan masa bersama2 mereka,melepak, bergurau senda dan sebagainya...
Tetapi....wahai rakan2 sekalian...
Apakah kita tidak ingat siapakah yang mengurniakan kepada kita akal yang cerdas untuk memahami segala topik2 yang dipelajari?
Apakah kita ini lalai dan leka dengan posisi kita di dalam sesebuah persatuan sampaikan kita lupa Siapakah sebenarnya yang telah melayakkan kita untuk menjawat posisi itu?
Dan sanggupkah kita melupakanNya semata2 untuk menghabiskan waktu kita bersama dengan rakan2 kita sedangkan Dialah yang lebih utama daripada mereka?
Kadang kala.....
Dalam kesibukan kita menguruskan segala aspek kehidupan kita....kita harus merenung kembali, apakah di dalam rutin harian kita terdapat satu sesi khas ataupun masa yang kita sanggup 'reserve'kan semata2 untuk bersendirian dengannya....
Semata2 untuk memanjatkan rasa syukur kepada segala nikmatNya....
N untuk meluahkan tentang apa yang terpendam di dalam hati kita kepadaNya...
Oleh itu, wahai rakan2ku waktu yang paling afdhal untuk kita bersendirian denganNya adalah pada waktu sepertiga malam yang akhir ataupun waktu qiam. Ini adalah waktu yang sangat special kerana suasananya yang tenang membolehkan kita bermunajat kepadanya  dengan sepenuh hati...
Pada waktu inilah kita berusaha untuk meraih cinta daripadaNya dan melepaskan segala kekalutan dan keserabutan yang terpendam di dalam hati selama ini....

Nampak remeh, nampak lekeh....
Tetapi ingatlah, apakah ilmu yang kita ada itu akan kekal selamanya?
Apakah jawatan yang kita pegang itu akan kekal selamanya?
Apakah rakan2 kita itu akan menemani kita sampai ke akhir hayat?
Oleh itu, luangkanlah sedikit dari masa anda sekalian untuk bermunajat kepadanya....kerana hanya Dialah yang kekal abadi....
Bukanlah bermaksud Dia memerlukan kita tetapi kitalah sebenarnya yang memerlukan Dia...
Wahai dunia...
Tinggalkanlah aku untuk bersendirian denganNya....
Supaya aku dapat meraih cintaNya....
"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya,mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap"(32:16)

:-) 


Post a Comment