Assalamualaikum wbt!
Friday Wrap.... Now with pics ^_^
26 Oktober - Wanita Yaman membakar tudung dalam usaha simbolik di Sanaa, untuk membantah tindakan kejam ke atas penunjuk perasaan wanita. Sekurang-kurangnya 19 orang awam Yaman, tentera kerajaan dan pembangkang telah terbunuh. Bukan sahaja lelaki yang mampu memainkan peranan yang penting dalam gerakan revolusi tetapi pihak wanita juga mampu menunjukkan yang mereka juga harus mengambil bahagian dalam revolusi ini.
18 Nov - Beratus-ratus orang rakyat Mesir terpesona menonton rakaman Revolusi Mesir yang disumbangkan oleh pembikin filem amatur dan professional. Di samping itu, pada siangnya, berpuluh-puluh ribu rakyat Mesir mengadakan perhimpunan di Tahrir Square bagi membantah pemerintahan rejim tentera Mesir - SCAF (the Supreme Council of Armed Force) lebih-lebih lagi setelah SCAF mencadangkan perubahan perlembagaan yang kontroversi.

Okt 30 -Seorang perempuan tua menuju tempat mengundi di kampung Kyzyl Birlik, kira-kira 12 kilometer dari ibu negara Kyrgyzstan - Bishkek. Keadaan kini tidak menentu di Kyrgyztan ekoran persengketaan antara etnik Kyrgyz dengan Uzbek sehingga berlaku pertumpahan darah dan penggulingan presiden. Ketegangan cuba diatasi dengan pilihan raya untuk memilih pemimpin baru.
Nov 3 - Demonstrasi anti-kapitalis di bandar Cannes, Perancis pada 1 November, 2 hari sebelum sidang kemuncak G-20 yg berlangsung pada 3&4 November. Sistem kapitalis yang didukung barat ditolak sendiri oleh penduduknya. Lantas, belum tibakah masa untuk di-'review' ke-relevan-an sistem ini?
Nov 4 - Jemaah tiba di Masjidil Haram Mekah utk solat pada 31 Oktober. Menurut kerajaan tempatan, seramai 1.5 juta orang Islam melawat Arab Saudi untuk tujuan menunaikan haji, lantas menjadi perhimpunan ter-B-E-S-A-R dunia!
Nov 4 - Jemaah tiba di Masjidil Haram Mekah utk solat pada 31 Oktober. Menurut kerajaan tempatan, seramai 1.5 juta orang Islam melawat Arab Saudi untuk tujuan menunaikan haji, lantas menjadi perhimpunan ter-B-E-S-A-R dunia!
18 Nov - Beratus-ratus orang rakyat Mesir terpesona menonton rakaman Revolusi Mesir yang disumbangkan oleh pembikin filem amatur dan professional. Di samping itu, pada siangnya, berpuluh-puluh ribu rakyat Mesir mengadakan perhimpunan di Tahrir Square bagi membantah pemerintahan rejim tentera Mesir - SCAF (the Supreme Council of Armed Force) lebih-lebih lagi setelah SCAF mencadangkan perubahan perlembagaan yang kontroversi.
Nov 18 - Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali menyatakan bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian.
Post a Comment