LANGKAH
MENUJU ILLAHI
Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillah!Alhamdulillah!Alhamdulillah!Segala puji –pujian hanya untuk Allah Sang Pencipta, hanya Dia yang layak diagungkan.
Kadang-kadang
terasa diri ini sangat jauh dengan Rab, terasa hati ini tersangat kosong
walaupun setiap hari mendirikan solat,
membaca al-Quran. Tetapi pernahkah terdetik dalam kotak hati, kenapa hati ini
sering kekeringan dan kegersangan? Kenapa?
Alhamdulillah,pada
waktu ini, pada saat ini dan pada detik ini, Allah masih lagi memilih kita
untuk menjadi hambaNya, memberi hidayahNya walaupun terkadang kita sering
sahaja melangkaui kawasan laranganNya. InsyaAllah kalau kita ikhlas dalam usaha
mencari jalan menuju redhaNya, Allah akan memudahkan usaha kita dengan membuka
jalan-jalan kebaikan.
Setakat ini telah berlangsung beberapa siri kuliah BM (baitul muslim) yang diadakan pada setiap hari rabu dan selasa. Kuliah ini disampaikan oleh Ummu Atifah atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, Ummi dan disertai oleh pelajar overseas seantero dunia. Kuliah ini adalah salah satu usaha untuk mempersiapkan individu yang bergelar muslim ke arah pingislahan diri dalam menempuhi satu lagi liku kehidupan, iaitu alam perkahwinan. Ini merupakan siri persediaan jundi untuk menjadi suami isteri soleh dan solehah.
Setakat ini telah berlangsung beberapa siri kuliah BM (baitul muslim) yang diadakan pada setiap hari rabu dan selasa. Kuliah ini disampaikan oleh Ummu Atifah atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, Ummi dan disertai oleh pelajar overseas seantero dunia. Kuliah ini adalah salah satu usaha untuk mempersiapkan individu yang bergelar muslim ke arah pingislahan diri dalam menempuhi satu lagi liku kehidupan, iaitu alam perkahwinan. Ini merupakan siri persediaan jundi untuk menjadi suami isteri soleh dan solehah.
Kejarlah cinta
Allah yang hakiki, nescaya dah tak perlukan cinta yang lain. Memetik lirik dari
sebuah nasyid “cintakan bunga, bunga kan
layu, cintakan manusia, manusia kan mati, cintakan Allah, itulah cinta hakiki”
.
Ummi juga
menekankan mengapa perlu menjadi orang yang ABRAR?
Siapakah golongan ini?
Abrar adalah
golongan yang taat dengan perintah Allah, menunaikan janji, sejak dari alam ruh
“alastu birabbikum, qalu bala syahidna”-Al-A’raf:172.
Perjanjian asas kepada
Allah, diingatkan oleh parent dengan iqamah dan azan, takut kepada azab neraka
dan dunia, rasa gerun bila berlaku azab
di dunia, takut, insaf, bertambah-tambah istighfar kerana takut dimasukkan ke dalam neraka, memberi makan kepada
anak-anak yatim, tidak mengharapkan balasan biarpun terima kasih, buat kerana
Allah, hanya mengharapkan redha Allah. Inilah golongan ABRAR!
" Kebajikan itu bukanlah menghadapkan
wajahmu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang
yang beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat-malaikat, kitab-kitab dan
nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim,
orang-orang miskin, orang-orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta-minta,
dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan salat dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila
berjanji, dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa
peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang
yang bertakwa" -Al-Baqarah:172.
Allah tahu
tanggungjawab sebagai suami dan isteri adalah sangat berat. Tapi Allah sangat
Pemurah, Dia memberi pahala yang besar kepada sesiapa yang telah lafazkan akad
nikah dengan ganjaran selesai separuh Ad-Deen. Aqad nikah adalah perjanjian
tinggi disisi Allah dan itu merupakan amanah. Berat atau pun tidak, harus
laksanakan jua.
“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah yang mungkar, dan
beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik
bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah
orang-orang fasik” – Ali-Imran:110.
Pendekatan ini
di ambil supaya bertemu dengan hamba Allah dengan cara yang halal untuk
menikah. Semua ini adalah satu proses yang memberi impak pada masa akan datang, dan kembali kepada
Allah dengan penuh ketaatan sebagai hambaNya.
Dan orang-orang yang
berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi
orang-orang yang bertakwa" -Al-Furqan:74
Post a Comment