Boleh saya katakan
hidup satu perlumbaan?
Ya, itu jawapan saya. Hidup ini meletakkan
kita sebagai manusia yang berlumba. Dari mula hingga ke garisan penamatnya.
Ada yang berlumba nak jadi orang hebat. Disegani
masyarakat.
Ada yang berlumba nak jadi orang pandai. Best student. Top scorer.
Ada yang berlumba nak cari kekasih hati. Tengok
orang lain berpunya, kita pun nak juga kan?
Ada yang berlumba nak belajar medic. Struggle
habis untuk exam.
Ada yang berlumba nak menang games. Sampai
tak tidur malam memikirkannya.
Ada yang berlumba nak jadi cantik. Nampak
anggun bergaya.
Ada yang berlumba nak pujian orang. Biarlah
Allah yang menentukan keikhlasannya.
Ada yang berlumba nak itu, nak ini. Semuanya
tentang perlumbaan.
Begitu ramai para pelumba yang bergerak di
atas bumi Allah ini. Masing-masing membawa halatuju mereka. Mereka bergerak
menjadi robot yang menuruti segalanya hanya semata untuk mencapai tujuan dan
matlamat perlumbaan mereka.
Sampai bila? Tiada kesudahan...
Betul, manusia tidak akan pernah merasa
puas. Kalau engkau katakan puas, engkautipu! Kerana kepuasan itu sendiri tidak
kekal selamanya. Maka perlumbaan ini akan berulang dan berulang semula.
Ini perlumbaan yang membawa umat kita jauh
menuju kemusnahan. Hanyut dan lemas. Tenggelam timbul dibawa arusnya tapi tidak
mati kerana diselamatkan syaitan.
Mengapa perlu kita hidup sedangkan
kehidupan kita hanya seperti robot? Itu bukan hidup namanya tapi mati. Kita dah mati!
Bukan pada jasadnya, tapi hati.
Matinya hati menguburkan jiwa kita, yang
seharusnya diletakkan pada tindakan yang betul, perlumbaan yang sepatutnya kita
tempuhi dengan matlamat yang betul.
Berlumba dalam memberikan peringatan,
menyampaikan risalah-risalah Tuhanmu. Jangan kita biarkan hati itu membeku
kering yang mati kesudahannya. Basahkanlah hati dengan matlamat yang jelas pada
perintah Tuhanmu, pada hakikat engkau diciptakan sebagai manusia untuk manusia
juga. Tidak lain, dirimu itu sebenarnya ruh-ruh yang hidup dalam jasad umat
ini. Ayuh, bergeraklah.
Tinggalkan perlumbaan lalu. Kita berlumba
pada trek yang baru.
Temui cinta Allah. Agama ini Allah beri,
untuk manusia mencari kebahagiaan disisiNya.
Post a Comment