FIQH SOLAT

0 comments
PAKSI HIDUP …


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, tsummal hamdulillah. Saya bersaksi bahawasanya tiada ilah selain Allah dan sesungguhnya Muhammad ibn Abdullah SAW itu pesuruh Allah.


Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.” Begitulah doa yang acap kali diungkapkan dan dirayukan pada al-Mutakabbir pada setiap solat seorang muslim.Betapa besar dan mendalamnya maksud potongan ayat ini kerana mengcakupi seluruh aspek kehidupan seorang insan yang memahami tujuan hidupnya yang sebenar di atas dunia yang fana ini.

Solat merupakan nadi utama penggerak kehidupan. Seumpama seekor paus biru, mamalia terbesar namun bermata kecil di lautan dalam yang memerlukan berjuta-juta tan plankton untuk meneruskan kehidupan, begitulah lebih besar lagi manusia yang kerdil memerlukan solat sebagai tanda pengabdian dan keterikatan kepada Rabbnya.


“..solat itu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.” [4:103]



Namun, fitrahnya manusia ini sering lupa, lemah dan melakukan kesilapan. Jadi, bagi memperbaiki mutu solat kita, satu kuliah Fiqh Solat telah diadakan. Kuliah yang disampaikan oleh ustaz Abdul Rahman Al-Hakim di “medium paltalk” berjalan selama 2 jam dari pukul   8 -10 malam dengan dihadiri oleh ikhwah-akhawat seRussia.

Banyak perkara yang telah dibincangkan antaranya ialah sejarah solat, waktu solat, syarat-syarat sah solat, rukun solat dan persoalan-persoalan yang timbul. Ustaz telah memberikan pencerahan dengan mendalam setiap perkara dari mengambil wudu’, sebutan , lafaz dan perbuatan dalam solat. Fiqh itu sendiri ialah maaf, memudahkan tetapi tidak bebas dan ada tempatnya.

Sesungguhnya, kuliah yang bermanfaat ini telah memberikan pemahaman lebih mendalam tentang perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang dan juga untuk memuhasabah dan reflex diri sendiri semula. Sekiranya, diberikan kesempatan oleh Allah untuk diadakan kuliah ssperti ini atau yang lain, marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk mendengar dan mengisi iman kita semula, inshaallah, kerana sesungguhnya masa yang diluangkan untuk Allah, kerana Allah, pasti Allah akan memulangkannya dengan yang lebih baik atau memberi ganjaran yang osem samaada fiddunya walakhirat.





Pohon senduduk, ulam pegaga,
Ikan kaloi dalam perigi;
 Hati terisi, iman bertenaga,
Mari ikuti siri kuliah lagi..





Post a Comment