Kita pura-pura kita prihatin, tapi bila tiba saat untuk kita tunjuk prihatin, entah ke mana melayangnya prihatin itu. Aneh! “Dah kenapa biskut oreo kegemaran aku ni
dah naik harga." “Dah kenapa membebel macam perempuan dah kau ni Hazlimi?” “Tak ada la. Aku rasa pak cik kedai tu tipu aku la. 2 hari lepas aku beli oreo
ni, baru RM2.80. Tiba-tiba, hari ini dah jadi RM3.50.”
Zharif tergelak besar seusai aku
menghabiskan bicara. Mangkuk hayun betul punya kawan. Apakah aku punya bebelan
dah kedengaran macam lawak antarabangsa? “Hahahaha. Kau ni tak tua dah nyanyuk. Pokkk. Satu ketukan percuma di kepala. “Hoiiii. Tak ada tatasusila betullah kau
ni. Bengkak kepala aku. Habis rambut pacak aku.” Segera Zharif menggosok
kepalanya yang kesakitan.
“Memang patut pon. Kau gelakkan aku
membebel, kemudian kau kata aku nyanyuk pula.”
“Salah ke apa aku cakap? Memang kau nyanyuk
pon. Hari ni kan 1 April. Sebab tu la kau punya harga oreo melambung-lambung.” “Kira pak cik tu main April Fool dengan aku
la ni. Sampai hati pak cik tu. Nanti aku tazkirahkan dia tentang haramnya April
Fool.”
“Aku rasa kau ni dah parahlah Hazlimi.
Itulah. Banyak lagi makan oreo. Kalau banyak makan kismis, tak ada la nyanyuk
macam ni.” “Ada orang nak kena ketuk kepala sekali
lagi ke macam mana?”
“Tengok tu. Dah la nyanyuk, panas baran pula
tu. Parah!” Riak wajah Zharif dan gelengan kepalanya
yang penuh semangat itu saat menyebut perkataan parah itu benar-benar mengusik
jiwa jantanku. Tergelak besar aku di situ.
“1 April bersamaan GST. Takkan dah lupa
sifir kata ni. Penuh di facebook, twitter pasal GST ni.”
“Ye la. GST! Serius aku lupa. Bersalah pula aku tuduh pak cik kedai tu sambut April Fool.”
“Ye la. GST! Serius aku lupa. Bersalah pula aku tuduh pak cik kedai tu sambut April Fool.”
“Hahahaha. Dah la punya semangat nak bagi
tazkirah kat pak cik tu. Ya akhi, anta awesome!!!!” Zharif menunjukkan tanda
bagus kepada Hazlimi dengan penuh semangat.
“Akhi Zharif, janganlah begitu. Malu saya.”
Kedua-dua sahabat itu gelak besar.
Zharif dan Hazlimi mula bersahabat sejak
zaman sekolah lagi. Lantaran mereka terlalu akrab, mereka memilih untuk
mengambil bidang yang sama dan belajar di universiti yang sama. Sebagaimana
mereka akrab di waktu jahiliyah, membuli junior bersama, mereka juga akrab
bersama ke usrah bersama-sama di waktu terangnya mereka sekarang. Waktu terang
atau bak kata mereka, waktu reinassance kita berdua. Ayat boleh buat orang
muntah hijau. “Ehhh. Kejap. Kira semua barang naik harga
ke sempena GST ni? Terpaksalah aku kurangkan makan oreo lepas ni.”
“Tak habis-habis dengan oreo. Tak semua
baranglah. Barang asas macam beras, ikan, ayam tu tak naik harga. Contoh barang
yang naik harga, harga tiket bas, tiket flight domestik, biskut oreo kau,
sardin. Kata orang, ada juga barang yang akan turun harga jika pelaksanaan GST
ini dilaksanakan.”
“Sardin? Sardin naik harga? Favourite aku
tu.” Zharif hanya menjawab persoalan Hazlimi
dengan anggukan semata-mata.
“Tapi sardin bukan makanan keperluan ke?
Aku rasa orang susah dan miskin akan makin bertambah susah kalau macam ini.” “Entahlah. Aku tak berani nak komen
apa-apa. Aku tak baca betul-betul lagi tentang GST ini. Tak naklah aku jadi
macam tin kosong yang berbunyi bising. Kosong ilmu, cakap kencang.” Mereka rancak berborak mengenai GST
sepanjang berjalan menuju ke restoran KFC. Hari-hari makan nasi membuatkan
mereka memilih untuk makan KFC pada hari ini.
“Wei, kau belikan 1 snack plate untuk aku.
Air mirinda strawberry macam biasa. Aku lupa nak keluarkan duit. Aku pergi
keluarkan duit dulu ye.” Segera Zharif berlari kearah bank
berdekatan. Gaya macam bank itu nak tutup 1 saat sahaja lagi. Padahal sekarang
baru pukul 1 petang.
Panjang betul barisan. Nampak gayanya bukan
aku seorang sahaja di dunia ini yang kempunan nak makan KFC. Keluh hati kecil
Hazlimi.
Matanya gigih dikecil besarkan untuk
membaca senarai menu dan harga di hadapan. Itulah, dah tahu rabun tapi berdegil
juga tak nak pakai kaca mata. Tak macho katanya kalau lelaki pakai kaca mata.
Nampak skema. Tak kena dengan gaya rambut pacak. Mata Hazlimi tertancap pada satu susuk
badan. Seorang pak cik yang pada pandangan matanya sudah agak tua. Mengikut
perhitungannya, dia agak pelik.
Lantaran ibu dan ayahnya tidak menggemari KFC
jadi dia beranggapan bahawa KFC ini makanan orang muda. Tetapi kehadiran pak
cik itu membuktikan teorinya salah seratus peratus.
Matanya gigih memperhatikan segala tindak
tanduk pak cik itu. Entah apa yang menarik perhatiannya, dia sendiri kurang
pasti.
Panggggggg… Satu dulang melayang beserta
dengan makanan yang ada di atasnya. Pak cik tua itu tadi jatuh terjelopok di
tangga itu. Kaki seakan beku. Seperti digam dengan gam
UHU pon ada. Badan tak bergerak. Seakan disumpah menjadi batu. Hanya mata yang
terkebil-kebil melihat.
“Pak cik tak apa-apa?” Tanya pekerja KFC. Sunyi. Tiada satu pun jawapan yang keluar
daripada mulut pak cik itu. Hanya satu pandangan sayu yang dihalakan pada
makanan yang tertumpah tadi.
Satu gelas air, 2 ketul ayam, 1 roti dan 1
coleslaw yang terkorban. Simpati dalam hati menggunung. Namun, diri seakan
masih belum bebas daripada sumpahan menjadi batu. Tetap teguh berdiri, melihat
dengan penuh simpati. “Tak apa pak cik. Nanti saya gantikan. Pak
cik tunggu sekejap ye.”
Pekerja KFC itu segera menuju ke arah
kaunter untuk mengambil makanan yang baru.
“Kenapa kau pandai-pandai ganti makanan pak
cik tu? Rugilah kita macam ni.” Marah rakan sekerjanya. “Tak mengapa. Nanti aku bayar.”
Aku mencebik pada rakannya. Hatiku panas
dengan kelakuan rakan sekerjanya itu. Cebik orang pandai, salah orang semua nampak, jelek sendiri tutup mata, kononnya diri sendiri malaikat tanpa dosa. Pekerja yang baik hati itu mengiringi pak
cik itu naik sampai ke atas. “Weh, kenapa tu?” tepuk Zharif.
“Kau, kalau bagi salam dulu boleh tak?
Kalau aku ada sakit jantung, dah selamat dah ‘jalan’.”
“Assalamualaikum. Kau ni dah kenapa nak
marah-marah? Chill la bro!”
“Waalaikummussalam. Aku bengang dengan akak
pekerja KFC tu. Boleh dia marah kawan dia yang tolong gantikan makanan pak cik
tu yang tertumpah.”
“Ya Allah kesiannya pak cik tu. Macam mana
boleh jatuh?”
“Pak cik tu tergelincir waktu naik tangga
tadi.” Kerlingku pada tangga yang terletak tidak sampai 5 meter dari tempat aku
berdiri saat ini. “Kau tak tolong?” satu persoalan biasa
namun ibarat halalintar yang membelah jantungku. Aku menelan air liur. Tekakku terasa
berpasir. Hanya satu gelengan yang mampu aku berikan sebagai satu jawapan.
“Apasal kau tak tolong dia?” Aku hanya menjungkit bahu sebagai jawapan
tidak tahu.
Zharif terus merenungku dengan gaya tidak
puas hati. Seakan memohon penjelasan lanjut kepada segala jawapanku yang tidak
muhasabah pada pandangannya. “Entah la. Aku pon tak tahu kenapa aku macam
tergamam, tak mampu nak buat apa-apa.
Jujur aku kata, aku memang kesian sangat
tengok pak cik tu. Dah la dah sangat tua. Waktu dia tenung makanan yang tumpah
tu, aku betul-betul rasa terhiris. Tapi aku tak tahu kenapa aku tak buat
apa-apa.” “Simpati sahaja tak cukup bro!” “Mungkin aku ragu-ragu nak tolong pak cik
tu sebab aku tak berduit sangat sekarang. Duit aku sekarang cukup-cukup nak
makan KFC. Dah la sekarang ada GST pula.”
“Gaya macam tak pernah makan KFC.” Keluh Zharif.
“Tapi aku teringin betul nak makan.”
Jawabku untuk membela diri sendiri.
“Kau fikir kau punya teringin je.
Entah-entah, itu adalah kali pertama pak cik tu nak makan KFC dalam seumur
hidup dia. Sebab itu dia pandang sayu pada makanan yang tumpah. Terkilan sebab
baru ada duit, ada kesempatan nak makan KFC tetapi tumpah pula.”
Sentap. Aku tertunduk malu merenung ke
lantai.
“Boleh pula kau guna alasan GST untuk
backup diri sendiri. Jadinya kau nak kata GST tu penyebab kau makin kedekut?”
Aku terus merenung ke lantai. Teguran demi
teguran yang dilontarkan benar-benar membuat hatiku terhiris. Bongkaknya aku
sebagai peminjam segala nikmat Tuhan.
“Kau bengang akak pekerja KFC tu marah
kawan dia tolong. Aku pula bengang kenapa kau bukan orang pertama yang menolong.
Sebelum bengang pada salah orang, bengang dulu pada diri sendiri.”
Aku benar-benar malu. Menyesal dengan
segala tingkah laku aku sebentar tadi. Ya Allah, ampunilah aku. “Zharif, aku tiba-tiba rasa tak lapar. Aku
balik dululah ye.” “Sentap la tu. Maaflah sahabat. Tak ada
niat nak buat kau terasa.” “Tak ada la. Aku patut berterima kasih pada
kau sebab dah menyedarkan aku. Cuma selera aku mati tiba-tiba sebab aku rasa
bersalah nak makan KFC bila mengenangkan kelakuan aku pada pak cik tu tadi.”
Zharif hanya memandangku. “Aku balik dulu la ye. Enjoy your meal.”
Aku menapak keluar dari restoran KFC. Sejujurnya, aku benar-benar terpukul dengan
sikap bongkak aku tadi. Semoga aku tidak terus berperangai sedemikian rupa. Tersenyum sendiri saat terkenangkan aku
memberi alasan GST untuk bersifat kedekut.
Lupa bahawa jika aku merasa sempit
kerana GST, mesti orang lain juga begitu. Terutama yang lebih susah daripadaku.
Lagipun, rezeki Allah yang bagi. Tiada sangkut paut pun dengan GST.
“Abang, minta sedekah.” Seorang kanak-kanak
menghampiriku.
Aku menghulurkan RM20 yang sepatutnya aku
guna untuk membeli KFC tadi. Kanak-kanak itu merenungkan dengan mata yang
berkaca. Aku hanya membalas renungan itu dengan senyuman.
“Terima kasih abang.” Ucapnya sambil
tersenyum manis.
Senyumannya berjaya membuat diriku
tersenyum jua. Ibarat satu pantulan. Sesungguhnya, ada waktunya kegembiraan,
kepuasan dan keseronokan yang kita cari itu ada pada orang lain. Maka, kitalah
yang kena mencarinya. :) Tiada satupun atas muka bumi ini milik
kita, wang dalam poket, ilmu di minda, malahan udara percuma yang disedut setiap hari ini juga.
Semuanya milik Allah yang diberi tanpa dihitung-Nya sedikitpun,
Maka jika hati tahu semua adalah milikNya,
Mengapa kedekut untuk memberi sesuatu yang bukan milik kita?
Sesungguhnya itulah bukti,
Bahawa kita ialah si bakhil yang tak tahu malu. Allah SWT berfirman;
Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?
( Ar-Rahman )
Post a Comment