RESEPI MUDAH ROTI JALA

0 comments
Assalamualaikum wbt.



Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 biji telur.
75ml air
75ml susu
3 sudu mentega cair
Secubit garam
Secubit serbuk kunyit / atau pewarna kuning

Cara Membuat:
1. Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit atau pewarna berseta mentega cair tadi ke dalam blender dan blend seketika.
2. Kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan. Kalau tiada acuan, boleh gunakan botol minuman air mineral yg ditebuk penutupnya.
3. Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan letakkan sedikit minyak
4. Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing, boleh gulung dan hidangkan.
 
 






Senang kan?

Selamat Mencuba J



Post a Comment