MOSCOW | GIRL'S SNOWBOARDING

0 comments
Assalamualaikum & happy winter!

Tarikh sebenar : 18th Jan 2015 

Sempena musim sejuk di bumi Russia ini, team Azam Russia telah mengadakan program snowboarding untuk pelajar-pelajar perempuan di sekitar Moscow pada 18 Januari 2015 yang lalu yang bertempat di Nagornaya Ski Hill (Metro Nagornaya).

Seramai 37 orang peserta dan AJK yang turut sama menyertai program ini.Program ini diketuai oleh saudari Noryn Noriha dari M1.


Pada pukul 9.30 pagi, para peserta mula berkumpul di hadapan bangunan Kant dan disediakan sarapan pagi(donut). Sementara menunggu barang-barang sewaan(board, kasut, gloves, baju, seluar) sampai, para peserta diberi sedikit taklimat tentang pembahagian kumpulan dan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan. Para peserta dibahagikan kepada sepuluh kumpulan.




Setelah itu, para peserta mula bergerak ke tempat snowboarding. Flow manager mengajar cara-cara bagaimana untuk bermain snowboarding. Pada mulanya, para peserta kelihatan takot dan gementar untuk mula bermain namun tidak lama kemudian, mula menunjukkan minat dan semangat untuk terus maju dan mahir dalam snowboarding ini.

Pada pukul 1 petang, para peserta berehat dan solat zuhur. Ini menunjukkan bahawa Islam adalah syumul, meskipun kita sibuk dengan aktiviti-aktiviti luar namun solat wajib dilaksanakan.

Kemudian, permainan diteruskan lagi. Semasa bermain snowboarding, setiap kumpulan akan melaksanakan tugasan masing-masing iaitu berkenaan takruf dan juga mengenai isu semasa.

Pukul 3.30 petang, para peserta mula kelihatan penat dan letih dan mula beransur pulang ke dalam bangunan Kant. Para peserta juga diagihkan makanan tengahari yang disediakan.

Akhir sekali,pada pukul 4.30 petang, barang-barang sewaan dipulangkan. Sesi fotografi bersama para peserta sebelum bersurai.



Post a Comment