Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Pada 3-4 Januari 2015, bumi cinta Moscow telah menjadi saksi bagi Konvensyen Mahasiswa Se-Russia (KOMSIS) di Russia. Program yang julung kali diadakan ini berlangsung selama dua hari di Hotel Vega.
Konvensyen ini dihadiri 330 mahasiswa bidang perubatan dan kejuruteraan dari seluruh pelusuk bumi
Russia – Moscow, Nizhniy Novgorod, Volgograd, dan Kursk.
Penceramah yang diterbangkan khas dari Malaysia, En. Shahrul Aman, merupakan staff engineer NR8 di Mimos Berhad sejak Mei 2012. Seorang lagi penceramah jemputan, En. Wan Abdullah Mujahid
Bin Hasanuddin pula merupakan Ahli Parlimen Belia 2014-2016 dan juga pengasas RMJ Holding Sdn Bhd. En. Mujahid juga pernah menyertai bahagian dalam kerja-kerja kemanusiaan ke Gaza dan Lubnan.
Konvesyen ini dimulakan dengan Persidangan Meja Bulat antara Presiden-Presiden persatuan pelajar Malaysia seluruh Russia dan diteruskan dengan majlis perasmian oleh En Saifuddin Ahmad,Pegawai MARA.
Program bermula dengan bacaan doa oleh saudara Afiq Azmi.Seterusnya, ucapan dari presiden Azam Russia, saudara Ilham Muntari dan diikuti dengan gimik perasmian dan tayangan video serta persembahan pembukaan dari pelajar medik tahun akhir.
Konvensyen ini telah dibahagikan kepada empat slot dalam masa dua hari tersebut. Slot pertama, Menjadi Mahasiswa Cakna oleh En Shahrul Aman bermula sebaik sahaja selesainya majlis perasmian. Dalam slot ini, mahasiswa telah diberikan pencerahan tentang makna,konsep,pegangan,cabaran dan peranan sebenar mahasiswa.Mahasiswa adalah bukan sekadar penuntut di IPT tapi mereka adalah pencari ilmu,memahami,menganalisa fakta dan memimpin orang lain.Selain itu,mahasiswa juga harus mempunyai kemtangan dalam berfikir,berani dan bersemangat.Dengan adanya idealisme dan intelektualisme dalam diri mahasiswa itu sendiri maka terbentuklah mahasiswa yang beraktivisme.
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.(Al-Kahfi 18:13)
Slot kedua diteruskan pula oleh En Mujahid dengan tajuknya Mahasiswa:Melangkaui Buku Teks.Melalui slot ini,mahasiswa perlu mengetahui bahawa peranan mahasiswa bukanlah mengikut sekadar silibus buku teks itu sendiri berdasarkan sajak Mahasiswa oleh Usman Awang.
Mahasiswa - Usman Awang
Mahasiswa dari kota tanah airbangunlah!angkat matamu dari bukulampaui dinding lampaui temboksemua menunggumengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota. Lihat betapa temanmu telah berdiri di sinisebaris dengan kamipara buruh dan petani di jalan sungai besisederap belajar dari hidup berani Lepaskan tangan halus kekasih di tasikatau bersamanya berjalan ke parlimenkerana tenagamu dengan ilmu di dadaakan merombak erti hidup sebuah negara. Usman Awang, September 1961
Keesokkan harinya slot ketiga telah dilangsungkan dalam bentuk forum iaitu Forum Apa Lagi Mahasiswa Perlu dimana kedua-dua penceramah telah digabungkan dan ditambah pula dengan kehadiran En Saifuddin Ahmad. Moderator forum merupakan Presiden AZAM Russia dari First State Sechenov Medical University, saudara Ilham Muntari. Forum yang bergaya santai ini memberi peluang kepada peserta forum untuk bertanya pada penceramah tentang pengalaman langsung dalam bidang kerjaya masing-masing. En Mujahid telah menekankan tentang pentingnya penglibatan kita dalam aktiviti persatuan dan aktiviti kemasyarakatan kerana persatuan adalah support system kita dan walaupun aktivisme berdasarkan kemampuan individu namun bak kata pepatah "if you want to go fast go alone,if you want to go far go together".
Seterusnya slot terakhir iaitu slot Diskusi dan Case Study di mana mahasiswa dikehendaki berbincang di dalam kumpulan dan membuat presentasi berdasarkan SMART.
S-Specific
M-Measureable
A-Achievable
R-Reachable
T-Timeframe
KOMSIS diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan, penutup, sesi bergambar dan High Tea para presiden dengan penceramah jemputan.
Wallahual'am.
Mahasiswa Tunjang Aspirasi Negara
great job everyone!
ReplyDeleteWell done
ReplyDelete