PASAKKAN HATIMU, BANGKITLAH JIWA

0 comments




Bismillahirrahmanirrahim...
 
Apa khabar semuanya? Semoga pembaca sentiasa dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah swt. Semoga sentiasa bersemangat dalam apa jua menghadapi hari mendatang.

Bagaimana exam yang telah berlalu? InsyaAllah, kita mampu capai yang terbaik. Kepada yang belum menghadapi ‘final exam’,terutamanya pelajar tahun pertama yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester buat kali pertamanya, selamat maju jaya!!! 

Berasa lemah, rasa tak yakin nak hadapi peperiksaan, bahkan rasa tak yakin nak meneruskan kehidupan? Tersungkur rebah di pertengahan jalan? Jom, kita kembali bangkit. Buka fikiran dan hati, selami kisah di sebalik ungkapan yang sering dilontarkan sesetengah insan kepada dirinya.
 Ayuh, kembalikan jiwa muda yang tetap dan terus bersemangat.

”Aduh. Apa nak jadi dengan diri aku ni. Banyak lagi aku tak habis baca ni. Aku pun tak faham apa yang aku belajar ni. Macam mana nak jawab exam. Tak guna betul aku ni. Biar betul nak jadi ‘student medic’ . Result pun tersangkut-sangkut. Orang lain selalu dapat ’piat’, aku nasib baik tak ‘failed’ je. Betul ke jalan yang aku pilih. Lemahnya aku ni. Semua perkara tak boleh nak buat.
 Apa je yang boleh aku buat?.” 

“ Malasnya nak belajar. Nantilah baru belajar. Mana ingat kalau belajar awal-awal ni. 
Aku tengah ‘stress’ ni. Tak ada ‘mood’ lah nak belajar. Belajar ke, tak belajar ke, keputusan sama je. ‘Tiga’,tiga’, tiga. Lantaklah apa nak jadi.”

Pernahkah kita berjalan tanpa tujuan dan merasa apa yang telah kita lakukan semuanya sia-sia ?
Pernahkah kita berfikir bahawa kita adalah orang paling tidak berguna di dunia ini ?
Apa yang kita lihat? Sehelai kertas kosong dan sebuah titik hitam di tengah - tengahnya.
Kadang - kadang  kita lebih sering mempersalahkan kelemahan dan kekurangan kita daripada mensyukuri kelebihan kita.

Ibaratkanlah titik hitam adalah kekurangan kita, padahal diluar itu ada lembaran putih yang merupakan kelebihan kita. Sahabat, hapuskan air mata penyesalanmu. Tiada guna menyesali hal yag telah terjadi. Jadikan sebagai pelajaran berharga. Ukirlah senyuman manis di bibirmu.
Untuk bangkit menghadapi masa hadapan, berdoalah dan syukuri apa yang ada.

So as a muslim yang professional, kita mesti bersangka baik dengan Allah.
Sekarang ini azam untuk bangkit. Bangkit daripada kebengkokan dan kegagalan kita.
Ingat ni sokmo. Allah sentiasa dekat dan bersama kita.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), “Aku itu dekat”
(surah Al-Baqarah : 186) 

Tiada hal yang berat jika kita berusaha menggapai impian menuju tujuan akhirmu dan tiada yang tidak mungkin selagi maut belum menjemputmu. Semangat, dirimu semestinya bisa.
Jiwamu kusut, risau mengenangkan keputusan yang bakal digapai, ingat tak betapa selama hidup ini Allah sering membantumu?

Terasa takut mengenangkan pemeriksa yang mana yang akan menanda kertas, lupa ke Allah memegang hati manusia? Kecewa dengan prestasi yang sepatutnya lebih baik, sudah cukupkah usaha? Dah lengkap amalan untuk meminta-minta lebih dari Allah?
 
Lalu wahai diri, cik hati yang disayangi, sedarlah diri. Tawakallah dirimu pada Allah dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan menzalimi hambaNya melainkan hamba itu sendiri yang menzalimi diri sendiri. "Ingat apa-apa pun yang berlaku, Allah ada. Dia tidak akan meninggalkanmu bersendirian. Lupakah kita, Allah itu penyayang sifatnya, bahkan maha pemurah ?

Datangkanlah sifat redha dengan ketentuan daripadaNya. Bukan redha tanpa usaha, doa dan tawakal. Itu ibarat botol kosong namanya.Yakin dengan Allah. Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. 
 
Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak memakbulkan doamu seperti apa yang kamu minta,
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu, kalau pun bukan di sini, insyaAllah di syurga. Sentiasalah bersangka baik kepada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

Bertindaklah . Ukirkan sesuatu yag berharga dalam perjalanan kehidupanmu.
Jangan menunggu adanya waktu yang tepat untuk kau memulakan sesuatu.
Pandanglah waktu ini, hari yang tepat untuk diri mengorak langkah, jangan menunggu suasana riang dan bahagia itu datang, untuk dirimu bertindak.

Ciptakan semangatmu, gerakan misi hidupmu. Jangan takut masalah yang mendatang, jangan takut akan kegagalan, kerana itu jua pelajaran buat dirimu. Pertahankan semangatmu, jangan cepat menyerah, dunia hanya mampu digenggam dengan tindakan bukan sekadar impian.
Waktu terus berjalan, inilah saat yang tepat, lakukanlah sekarang.  Jangan ragu untuk bertindak.
Nyatakan, lafazkan, yakinlah , berdoalah dan jangan lupa bertindak!!!

“Lautan yang tenang tidak mampu menghasilkan nelayan yang hebat”.

Man jadda wa jada. ^_^




Post a Comment