Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt dan selamat sejahtera buat para pembaca. Alhamdulillah, tahun 2014 telah melabuhkan tirai dan kini Friday Wrap memulakan tahun 2015 dengan membawakan anda berita-berita hangat sepanjang minggu ini ...
Akhbar
Charlie Hebdo yang menghina Islam Diserang, 12 Orang Tewas
Jumaat , 09/01/2015
Perancis- Sekurang-kurangnya 12
orang terbunuh dan 10 yang lain mengalami kecederaan, apabila pejabat majalah berpaksikan
sindiran Perancis Charlie Hebdo diserang 3
orang bersenjata kelmarin.
Menurut polis Perancis, serangan berlaku apabila 3 orang
yang memakai penutup wajah dan membawa senjata AK 47, masuk pejabat dan
melakukan tembakan terhadap pelbagai sasaran yang ada di sana. Seorang
penyerang juga dilaporkan membawa pelancar roket.
Polis Perancis berkata 10 orang penulis Charlie Hebdo termasuk kartunis dan ketua penulis dan 2 orang polis tewas dalam serangan yang menggemparkan ini.
Ketua editorial dari
Charlie Hebdo, Stephane Charbonnier, yang dikenali sebagai Charb, dilaporkan
telah terbunuh dalam serangan itu.
Menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve mengatakan bahawa pegawai
pemerintah sedang memburu suspek-suspek
yang menyerang pejabat majalah Charlie Hebdo.
Charlie Hebdo mempunyai reputasi sebagai majalah yang provokatif terutamanya buat masyarakat Islam. Charlie Hebdo terkenal dengan kekerapan menerbitkan kartun-kartun
sindiran yang jelas menimbulkan kemarahan umat islam.
Majalah ini diterbitkan sejak 1970, diinspirasikan namanya dari tokoh kartun
Amerika, Charlie Brown.
[Ringkasan Profil Akhbar Charlie Hebdo Perancis]
Charlie Hebdo merupakan sebuah akhbar yang
telah muncul di tengah masyarakat Eropah terutama Perancis. Akhbar sindiran ini
tetap berjalan meskipun dihujani pelbagai kritikan sepanjang penerbitannya.
Akhbar Charlie Hebdo sering menerbitkan berita
berunsurkan penghinaan. Aspek yang biasa menjadi bahan hinaan mereka merangkumi dunia politik,
budaya, dan agama. Charlie Hebdo ditubuhkan sekitar 1970.
Bulan lalu, akhbar Charlie Hebdo telah menerbitkan gambar Mother Maria. Gambar
itu menunjukkan kelahiran Isa dari rahim Mother Maria. Kemudian, Charlie Hebdo
juga pernah menyerang penyanyi dunia, Michael Jackson pada 2009.
Setelah kematian MJ, surat khabar terbabit memaparkan
kartun Jackson yang berkulit putih. Tajuk pada gambar tersebut, 'Michael
Jackson Akhirnya Putih juga'.
Charlie
Hebdo juga menyerang umat Islam pada September 2012. Mereka membuat kartun Nabi
Muhammad SAW yang sedang telanjang.
Oktober lalu, Charlie Hebdo kembali beraksi. Kali ini mereka menerbitkan kartun mengenai ISIS. Dalam gambar berkenaan, kelihatan ISIS
sedang memanggal kepala Nabi Muhammad SAW. Rentetan daripada penerbitan
tersebut, kerajaan tempatan melakukan protes. Namun, bantahan
ini diabaikan oleh Charlie Hebdo.
Charlie Hebdo sudah banyak kali menarik
perhatian dunia. Bahkan, sebelum penyerangan berlaku di pejabat akhbar terbabit
pada Rabu lalu 7/1/2015. Pada 2006, akhbar ini pernah menerbitkan kartun Nabi
Muhammad SAW. Sebelumnya gambar ini pernah diterbitkan di Denmark dan
mencetuskan protes daripada umat Islam seluruh dunia. Pada 2011, sehari selepas
pengumuman berkenaan penerbitan edisi khas Nabi Muhammad SAW, pejabat mereka dibom tidak lama kemudian. Tidak ada yang tercedera dalam serangan itu. Namun,
akhbar terbabit mengambil langkah berjaga-jaga dengan meningkatkan kawalan keselamatan.
Charlie Hebdo: Suspek paling muda serah diri
Khamis, 08/01/2015
PARIS - PERANCIS. Seorang suspek berusia 18
tahun yang disyaki terbabit bersama dua beradik dalam serangan ke atas akhbar
mingguan satira, Charlie Hebdo di Paris, semalam, dilaporkan sudah menyerah
diri kepada polis.
Individu berkenaan adalah Said Kouachi dan Cherif Kouachi yang merupakan warga Perancis, berumur lingkungan awal 30-an manakala seorang lagi dikenali sebagai Hamyd Mourad, berusia 18 tahun dengan kerakyatan yang belum disahkan.
Serangan bersenjata itu menyebabkan 12 orang terbunuh selepas akhbar itu sebelum ini dilaporkan membangkitkan kemarahan orang Islam apabila menerbitkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW.
Charlie Hebdo: Pegawai polis Islam turut
terbunuh
Khamis,8 Januari 2015
PARIS - PERANCIS. Seorang pegawai polis yang
terbunuh di dalam serangan ke atas sebuah syarikat akhbar di Paris, dipercayai
seorang Muslim.
Dalam video tersebut, Ahmed ditembak selepas
suspek turun dari kenderaan mereka.
Masjid, surau jadi sasaran selepas Charlie Hebdo
Khamis, 8 Januari 2015
PM Netanyahu dengan ucapan klasik di Grand
Synagogue di Paris
Ahad, 11/01/2015
Hari ini saya berjalan di Paris dengan
pemimpin-pemimpin dunia, untuk mengatakan keganasan perlu dihentikan; masanya
telah tiba untuk memerangi keganasan, " kata Netanyahu kepada orang ramai yang
terdiri daripada ratusan orang Yahudi Perancis.
"Kebenaran bersama kita. Musuh adalah pengamal
Islam yang melampau, tidak Islam, mereka bukan ekstremis yang biasa, tetapi adalah
pihak pelampau Islam, " katanya.
Ucapan beliau diselang-seli
dengan tepukan beserta sorakan kuat sesekali mencelah apabila beliau berkata bahawa
orang-orang Yahudi hari ini mempunyai keistimewaan untuk tinggal di Israel.
Netanyahu berkata, "Saya mahu mengatakan
kepada anda apa yang saya katakan kepada semua saudara Yahudi kita, bahawa anda
mempunyai hak penuh untuk menjalani kehidupan yang selamat dan aman dengan hak
yang sama di mana sahaja yang dikehendaki, termasuklah di sini, di Perancis. "
Dia menyambung lagi, "Hari ini kita diberkati dengan keistimewaan yang lain - Keistimewaan untuk menyertai saudara-saudara kita di tanah air bersejarah Israel."
Mereka bersorak dan kedengaran teriakan
"Am Yisrael Chai !!!" (Hidup orang-orang Israel !!!).
Erdogan mengecam Netanyahu: Bagaimana ketua negara pengganas
berani menghadiri perarakan di Paris ?
Isnin, 12/01/2015
Ankara, Turki - President Turki Recep Tayyip Erdogan semalam mengecam Perdana Menteri
Benjamin Netanyahu kerana berani menghadiri perarakan solidariti anti-keganasan
di Paris.
Netanyahu, Pihak Berkuasa Palestin Presiden
Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu dan pemimpin dunia yang
lain telah mengambil bahagian dalam perarakan pada hari Ahad untuk memperingati
12 orang terbunuh dalam serangan ganas minggu lepas oleh pelampau Islam.
Pemimpin Turki berkata bahawa Netanyahu tidak
mempunyai hak untuk berada di perhimpunan tersebut dengan alasan korban
penduduk awam di Gaza semasa Operasi Protective Edge musim panas yang lepas.
"Saya juga tidak faham bagaimana dia (Netanyahu)
berani untuk pergi ke sana”.
"Bagaimana anda boleh melihat individu ini
yang menjalankan keganasan antarabangsa dengan membunuh 2,500 orang di Gaza melambai
tangannya," kata Erdogan.
Erdogan menuduh Barat mempunyai ‘double
standard’ berhubung dengan orang Islam. Pemimpin Turki berkata sejarah Islam
tidak pernah di pihak pengganas, dan mereka tidak akan mengambil bahagian dalam
pembunuhan beramai-ramai.
Merujuk kepada serangan maut minggu lepas di
Perancis, Erdogan berkata perkauman, kebencian dan mesej Islamaphobia berdiri
di belakang tindakan tersebut.
"Kami berharap bahawa negara-negara yang
menyerang, menghentikan serangan mereka di masjid-masjid kami."
Pada hari Isnin, Netanyahu melawat kedai runcit
halal Hyper Cacher di Paris, tapak serangan Jumaat yang mengorbankan empat
orang Yahudi Perancis.
Netanyahu berkata, beliau mengharapkan
pemimpin-pemimpin dunia yang berarak menentang keganasan di jalan-jalan di
Paris pada hari Ahad untuk melawan keganasan. Kenyataan beliau ibarat meludah
ke langit.
Institusi agama Mesir selar Charlie Hebdo
Khamis, 15 Januari 2015
KAHERAH - MESIR. Institusi agama Mesir mengecam
provokasi penerbitan kartun Nabi Muhammad SAW pada isu terbaharu yang
diterbitkan majalah Perancis, Charlie Hebdo.
CIA didakwa terlibat
Khamis,15 Januari 2015
SACRAMENTO - CALIFORNIA. Serangan berdarah di
Paris minggu lalu dipercayai operasi palsu Agensi Perisikan Pusat (CIA), menurut
penyelidik bebas Soraya Sepahpour Ulrich, di California.
Ribut Huda landa negara rantau Arab
Jumaat, 9 Januari 2015
BEIRUT - LUBNAN. Ribut musim sejuk, Huda
dilaporkan melanda sebahagian besar negara di Timur Tengah termasuk Lubnan,
kelmarin.
Di Jordan, cuaca dijangka menjadi sangat sejuk
disusuli hujan lebat di kawasan tengah dan utara negara itu.
Lebih 100,000 bantah kempen anti-Islam
Rabu, 14 Januari 2015
BERLIN - JERMAN. Lebih 100,000 membanjiri
laluan di seluruh Jerman sebagai membantah kempen Islamophobia yang dilancarkan
kumpulan pelampau sejak seminggu lalu.
Difahamkan, kira-kira 25,000 penyokong Pegida
menyertai perhimpunan di bandar utama termasuk Munich dan Hanover.
Hukuman Hosni Mubarak ditarik balik
Rabu, 14 Januari 2015
KAHERAH - MESIR. Sebuah mahkamah di Mesir
semalam menarik balik hukuman penjara tiga tahun ke atas bekas pemimpin negara
itu, atas tuduhan rasuah.
Mubarak juga dibebaskan pada bulan November
daripada dakwaan membunuh semasa protes empat tahun lalu sekali gus menamatkan
pemerintahan beliau selama lebih 30 tahun.
Analisis data ambil masa setahun
Khamis, 15 Januari 2015
PANGKALAN BUN - Proses analisis alat perakam
data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) pesawat AirAsia Indonesia
QZ8501 mengambil masa sehingga setahun, sebelum laporan lengkap insiden
didedahkan kepada umum.
"Kami sudah selesai memuat turun data
daripada FDR. Proses muat turun tidak lama."
Menteri Sepanyol gesa bantuan antarabangsa
Khamis,15 Januari 2015
MADRID - SEPANYOL. Menteri Luar Sepanyol Jose
Manuel Garcia Margallo, menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberi bantuan
kewangan kepada penduduk Palestin di Genting Gaza.
Menurut Press TV, beliau turut berharap bantuan
diberikan untuk membina semula lebih 120,000 rumah yang musnah dalam serangan
udara tentera Israel selama lebih 50 hari beberapa bulan lalu.
Post a Comment