[KOMSIS 2015] KARYA PILIHAN: CERPEN "Amirah VS Amalina"

0 comments
Tempat kedua

AMIRAH VS AMALINA



“Mirah, angkat kain jap. Nak hujan dah ni.”
            “Baik mak.”

Mirah95: maaf la awak. Ade keje siket. Chat lain kali pulak.
dincomel: ok. Maaf ganggu. Malam nanti la pulak saya kacau. Hehehe. Assalamualaikum.
Mirah95: wasalam.

Amirah menutup akaun skypenya. Ipad mini merah jambu dilemparkan di atas katil. Tingkap bilik ditutup. Awan mendung mula berarak menutupi sinaran matahari. Burung-burung mula pulang ke sarang. Tudung waheeda di kerusi dilingkupkan di kepalanya.  Langkahnye laju menuju ke dapur. Raga plastik hijau diambil lalu ke ampaian.

..........................................................................................................................................

“Din, chat dengan sape tu. Senyum semacam je.”sergah ijoi.
“ Ishh... kau rupanya ijoi. Salam tak de, bunyi pun takde, tiba-tiba je keluar suara. Nasib baik aku takde sakit jantung”
“Hahaha.  Aku dah bagi salam kot tadi. Kau tak perasan kot.”
“Ye ke.”tanya nordin.
“ Ye la. Kau tu angau semacam je. Aku panggil 3 kali kot. Pahtu tengok pintu tak kunci. Ape lagi redah je la. Hahahaha.”
“Hahaha. Silap aku la tu. Dah makan?”
“ Aik ubah topik pulak. Soalan aku ko tak jawab lagi. Nak lari la tu. Hahaha” usik ijoi sambil mencuit-cuit bahunya.
“Ko ade tanye soklan ke tadi? Ape eh?”
“Hahaha. Tu la. Angau lagi. Ko chat dengan sape tu. Senyum sampai ke telinga aku tengok,”usik nordin lagi.
“Hahaha. Orang biase la. Macam kau tak tahu.”
“Amalina lagi ke? Dia SPM kan tahun ni.”
“A’ah. Dah. Jom pi makan. Aku lapar la.”
“Hehehe. Pandai je ko ubah topik. Ok la. Jom. Makan ape malam ni. Char Kuey teow? Mi ladna? Me goreng mamak?”
“Hahaha. Aku rasa nak makan nasi goreng pataya la mlm ni.”
“Ok. Kedai biasa kan.”
“Ha’ah. Tapi aku nak solat asar jap. Ko main la FIFA14 dulu. Tapi jangan hack aku pulak. Siap ko nanti”
“Baik-baik. Aku balas mesej amalina sekeping. Hahaha.” Jawab nordin selamba.

Dushh. Patung spongebob squarepants selamat mendarat di muka  ijoi.
” Tu makan dia.”

Samsung s4 diambil. Akaun line dibuka. Namum hampa. Tiada mesej yang masuk. Matanya memandang ijoi. Ijoi hanya mengeleng kepala. Tahap kronik betul kawannya ni. dah masuk tahap wajib kahwin dah ni.  Nordin menghamparkan sejadah.
            “Allahuakbar..”

.........................................................................................................................................

“Nasi goreng satu”
“Roti canai siap”
“Air limau nipis satu, kurang gula lebih ais.”

Suasana di restoran melayu tu masih meriah. Satu-satunya restoran yang menjual makanan malaysia di bumi mat saleh ini. Pemilik kedai tu dah 15 tahun menetap disini. Kedainya sentiasa penuh. Semua ada. Mat saleh, melayu, arab, cina mahupun negro. Semua berkumpul disini.
Kalau nak cakap satu je kedai makan kat sini, mustahillah. Sebelah kiri ada restoran perancis, depan ada domino pizza, sebelah kanan kedai masakan timur tengah dan banyak lagi la kedai makan berhampiran. Mungkin harga makanan yang berpatutan disamping kuantiti yang banyak. Rasa pun memang boleh lawan la dengan kedai mamak malaysia.

            “Nak duduk mana kita ni?”soal ijoi.
            “Tu kat sana kosong,” tunjuk nordin. Langkahnya menuju ke penjuru kedai makan. Kelihatan satu keluarga mat saleh sedang asyik makan nasi lemak di meja sebelahnya.
            “Order dik?”
            “Nasi goreng pataya satu, teh ais satu,” balas nordin.
            “Megi ketam satu, asam boi satu. Gelas besar ye,” pesan ijoi.
            “Ada apa-apa lagi”
            “Tak. Terima kasih.” Balas ijoi. Nordin asyik melihat keluarga di sebelahnya. Gelagat budak lingkungn 3-4 tahun itu mencuit hatinya. Mukanya comot dengan sambal bilis.
            “Ko tengok sape tu? Awek baru ye. Amalina nak buang kat mana?” seloroh ijoi menyoal.
            “Ish. Ko ni. Tak habis-habis. Aku tengok budak tu la.” Balas nordin.” Comot je muka dia. Kiut la aku tengok. Rasa nak cubit je pipi dia. Hahhaa.”
            “Hahaha. Ko ni angau tahap kronik dah ni. Tengok budak pun macam tengok amalina je.” Usik ijoi.” Entah-entah ko tengok muka aku pun ko ingat dia jugak.” Sambungnya lagi.
            “Ade-ade je la ko ni. Muka ko macam amalina? Macam kerbau mak aku ade la.” Sengih dia menuturkan.
            “Ish. Ade ke muka aku macam kerbau. Semua orang cakap aku ni kembar brad pitt. Tahu tak?” seloroh ijol membalas.
            “Hahaha. Ye la, ye la. Ko menang.”

Nordin membuka akaun Linenya. Sekarang dah pukul 3 pagi kat malaysia. Dia dah bangun kot. Cuba je la mesej.

            Nordin93: assalamualaikum. Dah bangun ke belum? Ke tak stay up malam ni?

Seminit berlalu. Dua minit. Lima minit. Tak bangun kot malam ni. Fikirnya. Sudu dan garpu diambilnya. Nasi goreng pataya yang masih panas digaulnya perlahan.
Tuttt..tutt..tuttt.
           
            Amlina95: wasalam. Maaf lambat. Tak perasan tadi. Hehehe. Baru je bangun.
            Nordin93: hahaha. Ok. Maaf ganggu. Pegi la study.topik ape malam ni?
Amalina95: tak gangu la.baru sentuh matematik tambahan. Buat pengkamiran malam ni. Ingat nak baca sejarah, tapi takut saya jd sejarah nanti. Hahaha.
Nordin93: hahaha. Ok la. Beta nak santap dulu. Hehehe.

Samsung s4 disimpan. Ijoi dah hilang dari pandangannya.Basuh tangan agaknya.  Mangkuk megi ketam tinggal kulit sahaja. Air asam boi dah tinggal separuh. Nasi goreng patayanya masih belum terusik.
            “Cepat betul ko makan.”
            Ijoi membetulkan duduknya. "Cepat apenya. Kau tu yang angau dengan telefon. Aku apa lagi.       Bedal je la. Hahaha.”
            “Hahahaha. Aku makan dulu la ye.”balas nordin. “ tunggu aku tau”.
            “Ye la. Ye la, aku tunggunye kau. Kalu suruh aku jadi pengapit pun aku setuju.” Seloroh ijoi.
            “Hahahha. Sape yang angau sebenarnye ni. Aku ke ko?” ketawa mereka pecah serentak.
            “Aku pulak. Ko la. Hehehe.”

Nordin menyuapkan nasinya perlahan- lahan. Mujurlah malam itu tidak sesejuk malam sebelumnya. Nasi goreng patayanya masih lagi suam. Kebisingn kedai semakin berkurangan. Mungkin sudah hampir magrib kot. baik aku cepat nanti terlajak magrib pulak.

...............................................................................................................................................

Eh.. tak tido lagi ke mamat ni. Dah pukul 12 rasenye kat sana. Cuba la mesej sekejap. Fikir amirah. Tapi nak taip ape ya. Ahh. Kacau je la. Hehehe.

            Mirah95: tak tido lagi eh? Kata cinderella. Rasanya dah lepas angka 12 ni. Hahhaha.
Dincomel: hahaha. Layan bola sekejap. Nanti la tido.
Mirah95 : ish3x. Ingat study ke apa. Rupanya tengok bola. Sanggup pulak ye.
Dincomel: hahaha. Minat. Nak buat macam mana. Study bio lagi ke? Esok paper ape?

Asyik tepat je mamat ni teka. Eric dittleman ke ni? Ke dia stalk aku ni.

Mirah95: ish. Tak paham betul laki-laki ni. Ape seronok sangat tengok bola. Bawak bola je   
pun. Ha’ah. Esok paper last. Bio. Tahu mana eh? Stalk orang eh? Tapi yang paling best lepas tu BEBAS. Hahaha.
Dincomel: hahaha.minat laki lain. Sama macam pompuan minat kpop, korea. angau semacam je. Jerit sana, jerit sini Hahahaha. Saya teka je la. Mana tahu betul.  Untungla dah BEBAS. Hehehe
Mirah95:tolong sket eh. Saya tak layan kpop.
Dincomel: terasa ke. Hehehhe.ops. lupe pulak awak ni pompuan. Hahaha.

Ada saja idea nak kacau aku. Hishhh. Tak boleh jadi ni.

Mirah95:hurhh. [angry][angry][angry]
Dincomel: aik. Marah ke. Jangan marah, nanti cepat tua. Hehehhe
Mirah95: buekkk. Ikut suka la. Kalu saya tua, awak lagi tua. Hehehe.
Dincomel: saya bukan tua tapi matang. Hehehe. Ok la. Sambung tengok bola dulu.assalamualikum. p/s; gud luck esok. All the best. Caiyok... caiyokk.

Aik. Dah lari dah. Ok gak tu. Makin sakit hati ada la chat ngan dia.aku pun nak sambung belajar ni. Bio bab pembiakan ni pun banyak lagi tak habis.

Mirah95: yela tu matang. Sebenarnya kubur kata mari rumah kata pergi dah tu. Hahahah. Gurau. Gurau. Tapi mekasih utk wish tu. Layan la bola awak tu sampai esok tak payah tido tak pe.. ok la.banyak lagi nak cover ni. Waalaikumussalam. 

................................................................................................................................................

"....nak ambk course ape ni. Medik ke engineer. Kalu ikutkan medik macam best, tapi abah suruh ambik engine. Senang dia nak tolong maklumlah orang besar petronas...", monolog hatinya.

Arghhhh.. pening la kepala macam ni. Biar la dulu, baik main game. candy crush dah sebulan lebih tersangkut kat level 557. Ipad merah jambu diambilnya. Tiba-tiba icon skype lebih mencuri tumpuannya. Buka la kejap tgk sapa online pagi-pagi buta ni. Mustahil mamat tu online, baru pukul 4 pagi sana.

Aik.. tak tido. Pelik bin hairan ni. Nak kata ada bola hari jumaat. Jarang ada bola hari ni. Mesej la sepatah..

            Mirah95: salam. Aik xtido lagi. Ish3 bola je memanjang.
Dincomel: wasalam... hahaha. X ngntuk la sayang. Bnyk lagi x cover ni. minggu dpan dah start exam 

Erkk.. ngigau ke ni. sayang-sayang pulak.

            Mirah95: sorry salah org... maaf gngu. Bye
            Dincomel:gurau pun x boleh... sensetap betul.
            Mirah95: gurau pun ade batas okay... n saya X SUKA. Pahammmm
            Dincomel: erkk.. marah betul.. sorryyyyy. X buat lg hari ni. esk lusa maybe. Hahaha
           
Ish ish ish..nyesal aku tegur. Makin serabut kepala ada la. Biar je la... malas ak layan. Smbung candy crush lagi bagus.

Dah lebih seminit ni... merajuk ke sorang tu. Apesal la aku pergi buat kerja gila tu. Pandai-pandai main sayang dah ni. sejak bila ni nordin weii...
           
Dincomel: helloo... ade org x ni...hallooo.. sorry la td. Sy x pndai bab memujuk ni.. tolong la balas
Dincomel: xpela.. xnak balas sudah. Bye.

Bising la mamat ni. orang merajuk dia nak merajuk jugak.

            Mirah95: bising la awak. Org nk main candy crush pun x senang.
            Dincomel: wah ade lagi... ingtkn merajuk td.
Mirah95: memang merajuk pun... tp awk bising sngt. But ingt sy x suka gurauan macam td... n i really hate it... okayyyy.
Dincomel: oh... okay. Jnji x buat lg.
Mirah95: gud boy... so pegi study.
Dincomel: bukan boy okay... tapi man. Habis tu knape tegur pagi2 buta ni. ade ape nk tnye ke?
Mirah95:xdela. Pegi study. Xpenting pun
Dincomel: tnye je la. Ni pun dah tepu otak study. Tgh nk rest kejap.

Pandai la mamat ni. entah-enath tengah main game. Bukan tengah belajar pun.

            Mirah95: xdela. Tgh pikir nk ambk medic ke engine. So opinion awak?
Dincomel: la tu je ke... ingt x program mahasiswa tunjang aspirasi negara dulu? Masa kat skolah dulu?
            Mirah95: ingat. Knape?
            Dincomel: lpas tu kan ada career talk. Pilih course apa masa tu?
            Mirah95: buat2 tnya pulak. Sy join yg awak handle tu la. Ambk medic.
            Dincomel: so tu dah dapat jawapan... buat ape tnye lagi. Pelik betul.
            Mirah95: tu je.. baik x yah tnye klu macam tu.
            Dincomel: habis tu... xkan sy nk suruh ambk cg pulak... ambk seni ke.
Mirah95: ish... x paham betul la. Org tengah pening kpala ni. dia main2 pulak. Xde la. Sy mmg nk ambk medik tp ayah suruh ambk engine. Sbb sng dia nk tolong nnti.
            Dincomel: oh... so ambk la engine. Sng cite.
            Mirah95: tapi..... sy suka medic.
            Dincomel: klu mcm tu ambk medic balik. Hahaha.
            Mirah95: ish3. Makin pening ada la ckp ngn awak ni. org tnya betul2 ni.
            Dincomel: macam ni la sng... sblm sy jawab awk kena jawab soklan ni dulu.

Susah la cakap dengan mamat ni. Ada je apa yang dia suruh pikir.

            Mirah95: okay. Soklan ape?
            Dincomel: tahu x ape maksud mahasiswa tunjang aspirasi negara? Nama program ari tu?
Mirah95: entah la... yg sy fhm sebagai mahasiswa ni la akan bangun kan negara dari semua aspek pembinaan,kedoktoran and so on. Tu la kot
Dincomel: mksdnya? sy x paham.
Mirah95:mahsiswa yg boleh keje ok. Phtu atas sbb dia berjaya org nampak usaha dia. Phtu ramai anak muda nk masuk uni sebab ikut jejak lngkah dia. Then, dgn ramai yang berjaya akan menana kecermelangan ekonomi negara n naik nama negara ke persada dunia. Cnth nama kereta proton, eksport batik malaysia ke luar negara etc..
Dincomel: wahhh... mcm debat dah. Kemas dan padat ulasan dia. Hahaha
Mirah95: menganjing nmpk... so sy bdah jawab jadi mcm mana ngn masalah sy?
Dincomel: btul la tu.. konklusinya ada 2 bnda penting yg perlu awk th...
Mirah95: apa dia?
Dincomel: satu... kene dapat result dulu. Nk cemerlang bukan okay.....

Dushhh... menyesal aku tanya mamat ni. kene batang hidung ak balik.

Dincomel: dua... untuk capai semua tu, kene ade usaha yang tinggi. Phtu kena ada keyakinan untuk mencapai usaha tu. Kena berani terima cabaran yang bakal ditempuhi dalam ranjau mecapai kejayaan tu. Tu je la....
Mirah95: so ape jawapan dia? Still x paham.
Dincomel: mcm ni la... utk pilih tu tgk result dulu nnti. Buleh result br pikir. Then klu dapat result cemerlang... pilih yg mana awk btul2 minat. Bg sy medic la sbb tu subject yg awak minat. Sbb klu awk ambk engine phtu course tu awk x minat tp ayah yg suruh..laagi rugi. Sbb last2 negara kehilangan seorg bakal doctor tp dapat engineer yg kurg bermutu. Tp jgn salah paham. Ni opinion sy je.
Mirah95: ohh.. ok. Thanks
Dincomel: sorry la.. sy terlebih cakap pulak. Tp satu je. Pilih course yg awk rase boleh bwk. Bukan atas sebab family. Sbb course tu bakal menjadi future awk nnti, salah pilih pndai2 la pikir sndiri.
Mirah95: ermm... tgk la mcm mana nnti.
Dincomel: okla... sy nk smbung study pulak. Dah nk masuk subuh ni. skli lagi, sorry kalu sy terlebih cakap.
Mirah95: ok. Xde pepela. Sy okay je.
Dincomel: okay.. bye. Assalamualaikum.
Mirah95: wasalam.

..........................................................................................................................................
           
            “Din, ari ni keluar result spm kan? “ soal ijoi.
            “Ha’ah.”
            “Amalina ape cite?” ijoi mula mengusik. Idea gilanya dah keluar.
            “Aik... apesal ko pulak yang semangat ni.” Pelik betul dengan soalan kawannye tu.
            Ketawa. “ Aku nak bajet bile boleh makan nasi minyak ni.hahaha.”
            “Ade-ade je ko ni.” Balas nordin.” Dia tak mesej lagi la. Aku tengah tunggu jugak ni”
            “Ooo. Betul ke ni? Ke ko nak sorok dari aku?”
“Betul la. Ish ko ni.” Jawab nordin. “Ko kan sahabat aku dunia akhirat. Memang aku bagitau ko dulu la macam mana pun.” Sambungnya lagi.
“Hahaha. Ye la tu. Pinjam laptop jap. Lama tak main FIFA14 ni. Gian la pulak.”
“Ambik la. Macam tak biasa pulak.”

Toing.... toing...toing..

Bunyi masuk mesej ke akaun skype. Ijoi mula memandang nordin. Dia tersengih. Hehehe.
            “Ko jangan buat gila ijoi. Aku sembelih gak nanti.” Ugut nordin.
            “Gila tak gila. Aku nak buka jugak.”

Tengah nordin menuju ke arah ijoi. Tuttt.....tuttt...tuttt. samsung s4 pulak bergetar. Tangan ijoi pantas menyamba s4 di meja belajar. Satu mesej masuk ke line.

            “Ijooooiiiiiii. Ko nak kena ni.” laung nordin.
            “Hahahaa. Tadi cakap kawan baik. Kongsi la.”
            “Baik. Baik. Tapi bagi aku tengok dulu. Boleh?”
            "Boleh, boleh tapi dengan syarat pilih satu je. Hehehe. Line ke skype?”
            “Ok. Bak sini tepun tu. Ko baca la skype tu. Hehehe.”

Handphone bertukar tangan. Ijoi mula membuka akaun skype nordin. Tertera di skrin..

Mirah95: alhamdulillah. Saya dapat semua A. Tapi matematik tambahan dan bahasa inggeris dapat A-. Yang lain A+ dan A biase.

            “Macam mana din? Semua A kan tapi 2 A-. Betul tak?” soal ijoi.
            “Ha’ah. Mana kau tahu.” Tanya nordin.
            “Ni akaun skype ko.”
            “Hahhh”

Nordin pantas melihat skrin laptop Dellnya. Mukanya sudah tersenyum. Ijoi semakin hairan. Setahu aku aweknya amalina. Sapa pulak mirah ni? Sejak bila dia jadi kasanova ni.

            “Ni amalina la.” Terang nordin. Seolah-olah dapat membaca fikiran ijoi.
            “Aik. Apasal nama dia mirah?”
“Hahaha. Kau lupa ke, nama dia nur amirah amalina. Ish. Ko ni. Tu la aku cakap banyak makan Lay’s tak baik untuk ingatan. Banyak monosodium glutamat.”
            “Haah. Lupa lak aku. Boleh makan nasi minyak la ni.”usik ijoi lagi.
            “Hahaha. Banyak la ko. Ok la ijoi. Aku nak skype jp dengan dia.”
            “Baiklah tuanku. Patik tak nak menganggu tuanku dan permaisuri berbicara.” Ijoi mula masuk alam kesultanan melakanya.” Kalau jadi nasi minyaknya, patik sedia jadi pengapit.” Sambungnya lagi.
            “ Banyak la ko punya permaisuri. Aku nak ucap tahniah je la.”balas nordin dengan hati yang berbunga-bunga.
             "Ok la. Aku chow dulu. Kirim salam ke dia bagi pihak aku.”

Nordin hanya mengankat ibu jari. Fon kepala telah diletakkan di telinga. Butang panggil hijau ditekan. Tut...tut..tut...

...............................................................................................................................................

            “Tahniah, dan selamat datang ke bumi moscow ” ucap nordin.
            “Terima kasih. Alhamdulilah, sampai jugak ke negara ni.”balas amalina.
            “Jom kita ke sana. Bas dah menunggu untuk ke uni” ajak nordin sambil menarik beg pink milik amalina.
            “Jom”


Bismillah.. harap jalan ini jalan terbaik untukku. insyaAllah dalam 6 tahun aku akan menjadi pegawai perubatan yang berjaya dan berjasa kepada negara. Aminnnn...





       
Hasil Nukilan

Khairil Aziat, tahun 4, VSMU














Post a Comment