Pertandingan Travelog AZAM Russia 2015

4 comments
Assalamualaikum warahmatullah
Bismillah
Winter Exam habis! Alhamdulillah!
Winter Holiday kini kembali !
Makanya
Pertandingan Travelog Azam 2015 juga kembali ~
(Dengan kerjasama dan tajaan;
KUMOSC, KUK, KUV, KUNIZH
PPIM Moscow, PPIM Kursk, PPIM Volgograd, PPIM Nizhny Novgograd
AZAM Volgograd, AZAM Nizhny Novgorad)

Bermusafir/mengembara itu merupakan salah satu guru; ia memberi pelbagai pengalaman, ilmu, membentuk diri yang berdisiplin malah jalinan ukhuwah yang padu.
Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan.
Maka sudah tentu pelbagai input berguna yang ingin dikongsikan bersama sahabat-sahabat semua.
Mahu? Teringin? Hendak?
Dengan ini kami mengalu-alukan pernyertaan anda semua dalam Pertandigan Travelog Azam 2015.
Ceritakan pengalaman anda serta pengajaran yang baik dalam bentuk penulisan (cerpen), fotografi, post instagram dan juga video.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Anda berminat <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Jom kita tengok syarat-syarat pertandingan bagi setiap kategori.

FOTOGRAFI
- Para peserta akan menghantar gambar dan caption melalui PM Facebook Page AZAM Russia atau email azamrussia@gmail.com beserta maklumat peribadi (Nama penuh, universiti, tahun pengajian) dan jenis kamera yang digunakan (jenis DSLR/digital/smartphone).
- Para peserta hendaklah menghantar gambar berdasarkan tema Kembara Jiwa dan Cinta.
- Nyatakan jenis kamera atau smartphone yang digunakan.
- Gambar yang dihantar mestilah mengandungi mesej dan juga quote yang bernas.
- Tidak terlalu banyak quote (tulisan) sehingga menutupi fokus gambar.
- Maksimum gambar yang dihantar adalah sebanyak 2 keping bagi setiap peserta. 
- Post editing adalah dibenarkan dan mengikuti kreativiti masing-masing tetapi tidak terlalu banyak effects/edit/retouche, mestilah berpada-pada.
- Photo Manipulation adalah dilarang sama sekali dan menyebabkan pernyetaan peserta akan terbatal serta-merta.

-Gambar mestilah sopan dan tertib.
- Hasil karya akan dimuat naik di album Fb page Azam Russia setelah tamat tarikh penyertaan.
- 40% markah anda adalah berdasarkan Likes dan 60% berdasarkan penilaian juri jemputan; Mesej, photography technique dan post-editting.
- Keputusan pengadil adalah muktamad. Pemberian hadiah buat peserta boleh ditunda pada tarikh yang dijanjikan atas sebab tertentu.

INSTAGRAM

- Para peserta diwajibkan untuk menulis caption hashtag #TravelogAzamRussia2015 , #AZAMRussia**HASHTAG TEMA  (#KembaraJiwadanCinta) diruangan caption.
- Gambar dan caption yang di-post mestilah mengandungi mesej yang jelas dan bernas.
- Post instagram akan dinilai oleh juri jemputan atas aspek-aspek berikut; 40% mesej yang ingin disampaikan, 30% gambar, 30% kreativiti.
- Peserta hendaklah menukar akaun instagram ke umum (bukan private) sepanjang tempoh pengadilan dijalankan (iaitu 22-28Feb 2015) untuk membenarkan juri menilai gambar/post para peserta.
-Keputusan juri adalah muktamad. Pemberian hadiah buat peserta boleh ditunda pada tarikh yang dijanjikan atas sebab tertentu.

VIDEO 

- Maksimum video yang dihantar adalah 5 minit
- Format video berdurasi antara 3 hingga 5 minit:
               - Frame 1: (3 saat) Pertandingan Video Travelog Azam Russia 2014 | Tajuk video
               - Frame 2: (5 saat) Nama peserta/pasukan dan tajuk video
               - Kandungan video
               - Frame akhir: (3 saat)  Istimewa untuk <imej logo AZAMRussia>
               - Fade out
- Sari kata (subtitle) Bahasa Melayu mesti diletakkan pada seluruh kandungan video yang mengandungi percakapan atau dialog.
- Muat naik video Anda ke laman Youtube dengan butiran berikut:
               - Title: “Travelog Azam Russia 2014: [Tajuk karya Anda]”
               - Description: Sinopsis karya anda
               - Tags: #TravelogAzamRussia2014 dan #AZAMRussia
               - Privacy Settings: Unlisted
- Peserta boleh menghantar video pendek dengan emailkan  link YouTube yang ‘Unlisted’ ke azamrussia@gmail.com.
-Keputusan juri adalah muktamad. Pemberian hadiah buat peserta boleh ditunda pada tarikh yang dijanjikan atas sebab tertentu.


CERPEN

- Peserta bebas untuk menulis bentuk penulisan mereka dengan tema Kembara Jiwa dan Cinta.
- Mestilah disertakan dengan minimum 2 gambar.
- Segala penulisan berbaur politik dan isu-isu sensitif adalah dilarang sama sekali. Ini akan menyebabkan penyertaan peserta akan terbatal serta-merta.
- Penulisan yang dihantar hendaklah mengandungi  nilai-nilai murni dan juga pengajaran yang baik lagi jelas. 
- Font : Times New Roman, 12, single spacing, Justify text. Tidak melebihi 1500 patah perkataan.
- Peserta boleh menghantar cerpen beserta maklumat peribadi (Nama penuh, universiti, tahun pengajian) dalam format Microsoft word dan emailkan ke azamrussia@gmail.com dengan subjek 'Cerpen Travelog AZAM Russia 2014'.
-Keputusan juri adalah muktamad. Pemberian hadiah buat peserta boleh ditunda pada tarikh yang dijanjikan atas sebab tertentu.

UMUM
-Penyertaan ditutup pada 21Febuari2015 jam 2359H.
Tempoh undian like dan penilaian juri adalah lebih kurang seminggu selepas penyertaan ditutup.
-Keputusan juri adalah muktamad. Pemberian hadiah buat peserta boleh ditunda pada tarikh yang dijanjikan atas sebab tertentu.

SYARAT MANDATORI
- Mesej yang ingin disampaikan mestilah mengandungi nilai-nilai murni dan pengajaran, serta tiada unsur-unsur perkauman, lucah atau provokasi.- Hasil karya yang melibatkan muslimat (wanita islam) mestilah menutup aurat dengan sempurna dan tiada aksi-aksi yang tidak sesuai. - Penyertaan yang dihantar mestilah karya dan hasil asal peserta.

~ Pelbagai hadiah menanti para pemenang!
Antaranya kamera Instax Polaroid mini 8, Kamera Film Soviet, Novel, Hamper dan lain-lain.
Apa tunggu lagi~ ayuh, sertai ! :)

"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." 
(QS. 29:19-20)

(Dengan kerjasama dan tajaan;
KUMOSC, KUK, KUV, KUNIZH
PPIM Moscow, PPIM Kursk, PPIM Volgograd, PPIM Nizhny Novgograd
AZAM Volgograd, AZAM Nizhny Novgorad)


4 comments

Post a Comment

PASAKKAN HATIMU, BANGKITLAH JIWA

0 comments




Bismillahirrahmanirrahim...
 
Apa khabar semuanya? Semoga pembaca sentiasa dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah swt. Semoga sentiasa bersemangat dalam apa jua menghadapi hari mendatang.

Bagaimana exam yang telah berlalu? InsyaAllah, kita mampu capai yang terbaik. Kepada yang belum menghadapi ‘final exam’,terutamanya pelajar tahun pertama yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester buat kali pertamanya, selamat maju jaya!!! 

Berasa lemah, rasa tak yakin nak hadapi peperiksaan, bahkan rasa tak yakin nak meneruskan kehidupan? Tersungkur rebah di pertengahan jalan? Jom, kita kembali bangkit. Buka fikiran dan hati, selami kisah di sebalik ungkapan yang sering dilontarkan sesetengah insan kepada dirinya.
 Ayuh, kembalikan jiwa muda yang tetap dan terus bersemangat.

”Aduh. Apa nak jadi dengan diri aku ni. Banyak lagi aku tak habis baca ni. Aku pun tak faham apa yang aku belajar ni. Macam mana nak jawab exam. Tak guna betul aku ni. Biar betul nak jadi ‘student medic’ . Result pun tersangkut-sangkut. Orang lain selalu dapat ’piat’, aku nasib baik tak ‘failed’ je. Betul ke jalan yang aku pilih. Lemahnya aku ni. Semua perkara tak boleh nak buat.
 Apa je yang boleh aku buat?.” 

“ Malasnya nak belajar. Nantilah baru belajar. Mana ingat kalau belajar awal-awal ni. 
Aku tengah ‘stress’ ni. Tak ada ‘mood’ lah nak belajar. Belajar ke, tak belajar ke, keputusan sama je. ‘Tiga’,tiga’, tiga. Lantaklah apa nak jadi.”

Pernahkah kita berjalan tanpa tujuan dan merasa apa yang telah kita lakukan semuanya sia-sia ?
Pernahkah kita berfikir bahawa kita adalah orang paling tidak berguna di dunia ini ?
Apa yang kita lihat? Sehelai kertas kosong dan sebuah titik hitam di tengah - tengahnya.
Kadang - kadang  kita lebih sering mempersalahkan kelemahan dan kekurangan kita daripada mensyukuri kelebihan kita.

Ibaratkanlah titik hitam adalah kekurangan kita, padahal diluar itu ada lembaran putih yang merupakan kelebihan kita. Sahabat, hapuskan air mata penyesalanmu. Tiada guna menyesali hal yag telah terjadi. Jadikan sebagai pelajaran berharga. Ukirlah senyuman manis di bibirmu.
Untuk bangkit menghadapi masa hadapan, berdoalah dan syukuri apa yang ada.

So as a muslim yang professional, kita mesti bersangka baik dengan Allah.
Sekarang ini azam untuk bangkit. Bangkit daripada kebengkokan dan kegagalan kita.
Ingat ni sokmo. Allah sentiasa dekat dan bersama kita.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), “Aku itu dekat”
(surah Al-Baqarah : 186) 

Tiada hal yang berat jika kita berusaha menggapai impian menuju tujuan akhirmu dan tiada yang tidak mungkin selagi maut belum menjemputmu. Semangat, dirimu semestinya bisa.
Jiwamu kusut, risau mengenangkan keputusan yang bakal digapai, ingat tak betapa selama hidup ini Allah sering membantumu?

Terasa takut mengenangkan pemeriksa yang mana yang akan menanda kertas, lupa ke Allah memegang hati manusia? Kecewa dengan prestasi yang sepatutnya lebih baik, sudah cukupkah usaha? Dah lengkap amalan untuk meminta-minta lebih dari Allah?
 
Lalu wahai diri, cik hati yang disayangi, sedarlah diri. Tawakallah dirimu pada Allah dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan menzalimi hambaNya melainkan hamba itu sendiri yang menzalimi diri sendiri. "Ingat apa-apa pun yang berlaku, Allah ada. Dia tidak akan meninggalkanmu bersendirian. Lupakah kita, Allah itu penyayang sifatnya, bahkan maha pemurah ?

Datangkanlah sifat redha dengan ketentuan daripadaNya. Bukan redha tanpa usaha, doa dan tawakal. Itu ibarat botol kosong namanya.Yakin dengan Allah. Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. 
 
Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak memakbulkan doamu seperti apa yang kamu minta,
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu, kalau pun bukan di sini, insyaAllah di syurga. Sentiasalah bersangka baik kepada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

Bertindaklah . Ukirkan sesuatu yag berharga dalam perjalanan kehidupanmu.
Jangan menunggu adanya waktu yang tepat untuk kau memulakan sesuatu.
Pandanglah waktu ini, hari yang tepat untuk diri mengorak langkah, jangan menunggu suasana riang dan bahagia itu datang, untuk dirimu bertindak.

Ciptakan semangatmu, gerakan misi hidupmu. Jangan takut masalah yang mendatang, jangan takut akan kegagalan, kerana itu jua pelajaran buat dirimu. Pertahankan semangatmu, jangan cepat menyerah, dunia hanya mampu digenggam dengan tindakan bukan sekadar impian.
Waktu terus berjalan, inilah saat yang tepat, lakukanlah sekarang.  Jangan ragu untuk bertindak.
Nyatakan, lafazkan, yakinlah , berdoalah dan jangan lupa bertindak!!!

“Lautan yang tenang tidak mampu menghasilkan nelayan yang hebat”.

Man jadda wa jada. ^_^




Post a Comment