Rentetan Negara Haram Yahudi

1 comments

Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengambaraan kecuali pada tiga masjid iaitu Masjid-alharam, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa
[Hadith riwayat Bukharee, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud]

Begitulah kedudukan Baitul Maqdis pada umat Islam yang harus diketahui umum. Baitul Maqdis, di situ terletaknya Masjidil Aqsa, tanah suci ketiga umat, kiblat pertama dan tempat di mana Rasulullah SAW di is’ra dan mikraj-kan.

AZAM Russia akan membongkar rentetan pencerobohan tanah suci dan kezaliman bangsa Yahudi atas rakyat Palestin yang mengusir dan menduduki tanah air mereka secara paksa, dengan kekerasan.

Isu Palestin bukan sahaja isu Agama bahkan merupakan isu pelanggaran hak asasi manusia yang dipersetujui insan sejagat.

Sesiapa yang berpegang kepada prinsip keadilan sejagat pasti akan  bertindak untuk tidak mengiktiraf kewujudan Negara haram Israel.

Sampai bila kita mengambil pendirian
,’ SYUKUR NEGARAKU AMAN..’
‘SIKAP AKU TIDAK PEDULISM’
Adakah sehingga pada suatu ketika nasib yang sama menimpa kita baru kita tengadah?

MANDAT PERANG DUNIA PERTAMA
Kekalahan Turki dan Jerman dalam perang dunia pertama menyebabkan penguasaan KUASA berikat iaitu British, Perancis dan Amerika membentuk sebuah mandat untuk mengambil alih tanah-tanah jajahan Jerman dan Turki. Maka pada tahun 1919 di bawah pemantauan Liga Bangsa-Bangsa oleh PBB berlakulah pembahagian tanah-tanah jajahan. Dukacita, tanah jajahan yang termasuk dalam mandat ini adalah Palestin.
Palestin dan Iraq diletakkan di bawah penguasaan British. Manakala Syria dibawah kuasa Perancis.

Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh suatu kuasa Yahudi di mana bermulanya gerakan zionis. Sebenarnya Gerakan Zionis yang diketuai oleh Theodor Herzl telah bermula sejak 1897. Mereka telah lama bercita-cita untuk menubuhkan Negara Yahudi di Palestin sebagai sebuah Negara yang sah secara umum. Usaha mereka bermula sejak zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah lagi, pelbagai usaha untuk membeli Palestin telah diusahakan namun Turki Uthmaniah tidak pernah menerima sebarang pembelian dari Yahudi. Namun apabila Palestin telah jatuh ke tangan British usaha Yahudi untuk mengambil Palestin semakin cerah dan hampir terlaksana.

BRITISH DI PALESTIN 1917
Setelah British menakluki Palestin, jumlah penduduk Yahudi hanyalah 60,000 orang iaitu 10% dari keseluruhan penduduk Arab Muslim. Yahudi dan British tahu, untuk merealisasikan impian mereka hanya satu cara untuk boleh dilaksanakan, iaitu dengan menambah jumlah penduduk Yahudi yang menetap di Palestin. Bagi menambah jumlah penduduk Yahudi, mereka telah melaksanakan sebuah deklarasi yang dinamakan Deklarasi Balfour.

 Ia merupakan sepucuk surat dari Author Balfour kepada Lord Rothschild seorang penaja gerakan  Yahudi. Surat tersebut mendapat sokongan dan pengesahan dari Perdana Menteri Britain George Llyod di situ. Surat itu telah menyebut tentang sokongan pihak British kepada Gerakan Zionis yang ingin menubuhkan Negara Yahudi di Palestin dan akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan hajat ini dengan kefahaman tiada suatu pun yang akan dilakukan akan menjejaskan hak-hak sivil dan keagamaan masyarakat bukan Yahudi yang sedia ada di Palestin….

Sudah tentu Gerakan Zionis berbesar hati dengan Deklarasi Balfour. Tahun 1925 merakamkan penghijrahan Yahudi besar-besaran ke tanah Palestin, ¼ daripada  pendatang Yahudi berjaya memiliki tanah milik Arab dengan menebusnya menggunakan duit Tabung Kebangsaan Yahudi dan mereka mula menubuhkan institusi-institusi pendidikan, perniagaan dan perubatan. Imigrasi Yahudi secara besar-besaran dari Eropah merupakan satu rancangan tersusun Gerakan Zionis.

Pada tahun 1936 penduduk Yahudi telah mencapai 384,000 iaitu sebanyak 30% penduduk Palestin. Ia sebuah penghijrahan terbesar dalam sejarah dunia. Sudah tentu penduduk Arab Palestin tidak berdiam diri, mereka mula membuat rusuhan-rusuhan dan demonstrasi namun suara mereka tidak didengari. Mereka mula menyerang komuniti imigran Yahudi. Pada Mei 1920 di Baitul Maqdis insiden berdarah pertama telah berlaku akibat rusuhan arab atas pendatang haram Yahudi.


Sebuah rusuhan tuan rumah kepada pendatang asing.

Ekoran penentangan penduduk asal Palestin Gerakan Zionis tidak lagi menyembunyikan hasrat mereka untuk memiliki Palestin. Menambah lagi jumlah imigran Yahudi dan mengeluarkan penduduk asal ke kem-kem pelarian merupakan usaha untuk memadamkan Palestin dari peta dunia. Kata Golda Meir, bekas Perdana Menteri Israel mengambarkan kebiadaban Gerakan Zionis terhadap rakyat Palestin

‘ Tidak wujud apa yang dikatakan sebagai rakyat Palestin. Ia tidaklah seakan-akan wujud rakyat Palestin dan kemuadian kami datang dan mengambil alih Negara mereka. Tidak, mereka tidak wujud..’


Inilah sebuah pendustaan besar dalam sejarah, mereka merakamkan ucapan-ucapan seperti ini dan menyebarkannya melalui media massa untuk menutupi mata kita semua. Penduduk dunia.
Perpindahan yahudi di Palestin diikuti oleh urbanisasi dan sekali gus membelakangkan penduduk Arab dalam ekonomi.  Mereka dihalang oleh Yahudi untuk terlibat dalam urusan pentadbiran.
David Ben Gurion pernah berkata ketika memimpin Kesatuan Sekerja Zionis.

‘ Untuk pertahan gesaan saya supaya suri rumah tidak membeli dari kedai-kedai arab, Untuk mempertahan hakikat bahawa kami berkawal di kebun-kebun untuk menghalang pekerja arab dari menjalankan pekerjaan yang sama, Untuk mencurah minyak tanah keatas tomato Arab, Menyerang suri rumah yahudi dan memecahkan telur yang mereka beli dari kedai – kedai Arab’


Inilah fungsi kesatuan kerja zionis ‘Histradruth’. Keadaan ini mencetuskan kemelesetan ekonomi dalam kalangan pekebun-pekebun Arab dan akhirnya mereka terpaksa menjual tanah-tanah mereka kepada Yahudi yang dibiayai oleh Agensi Yahudi.

                  

Bagi umat Islam, limau Jaffa amat sinonim dengan Israel tetapi limau Jaffa sebenarnya hasil kepakaran umat Islam sebelum kedatangan Yahudi lagi. Limau Jaffa menggunakan teknik grafting yang hebat dalam kalangan pekebun citrus muslim. Namun media Yahudi memutarbelitkan fakta. Mereka menyatakan bahawa pekebun-pekebun Arab tidak produktif, meggunakan teknik perkebunan yang lama dan memerlukan tenaga buruh yang intensif.

Mereka mendakwa Yahudi lebih inovatif dan moden dalam pengairan . Sehinggakan  kini kita merasakan bahawa limau terbaik dunia limau Jaffa merupakan produk asli dan kepakaran mutlak Yahudi. Sedangkan hakikatnya walaupun dalam keadaan peperangan , penindasan dan serba kurang pekebun Arab tetap mendahului pengeluaran Yahudi dari segi kuantiti mahupun kualiti. Malahan petani dan pekebun Arablah yang banyak menyuburkan kawasan gurun kerana taburan demografi mereka lebih tertumpu di kawasan-kawasan gurun.

Pada 1931, di Baitul Maqdis telah diadakan sebuah konferens umat Islam sedunia bagi mengetengahkan isu Palestin dan mengangkatnya sebagai isu umat Islam sejagat dan bukan hanya perjuangan Arab Palestin. Konferens ini diketuai oleh Sheikh Amin Husaini al-Haj. Pada 1935 sebuah pertemuan yang melibatkan 509 tokoh syariah, peguam, imam, hakim dan guru-guru dan pemimpin-pemimpin masyarakat dan mereka memutuskan bahawa sebarang bentuk kerjasama dengan Yahudi adalah ditegah oleh syariat.

                              

Tentangan Arab Palestin semakin tersusun, mereka mengambil perjuangan berbentuk politik dengan tujuan mengenakan tekanan kepada kerajaan British supaya menyemak semula mandat mereka. 5 parti telah ditubuhkan: Parti Kemerdekaan 1932, Parti Pertahanan 1934, Parti Arab Palestine 1935, Parti Pembaharuan 1935, dan Parti Blok Kebangsaan 1935.

Namun perpindahan penduduk haram Yahudi semakin meningkat dengan mendadak pada 1931- bilangan pendatang baru 4.075 manakala pada tahun 1935- pendatang baru seramai 61,854; seolah-olah suara rakyat Palestin langsung tidak didengari.

Setelah bilangan Yahudi mencapai kekuatan mereka terus menubuhkan agensi militari yang dinamakan National Military Organization untuk melancarkan keganasan terhadap penduduk Palestin. Akhirnya penduduk Arab dapat merasakan perundingan dan langkah-langkah berdamai tidak mungkin akan dapat diputuskan dengan Yahudi, maka mereka mula mangatur perubahan perjuangan jihad politik kepada jihad senjata. Semangat jihad di Palestin dipelopori oleh Sheikh al-Qassam, anak kelahiran Syria yang menjadi buruan Perancis setelah menjadi tawanan perangan dunia pertama, beliau melarikan diri ke Haifa Palestin. Beliau tidak berhanti berjihad, di Haifa beliau berusaha mengenali masyarakat Palestin sekali gus meniupkan semangat jihad mereka melawan Yahudi.

Sheikh Al-Qassam merupakan ancaman besar kepada Yahudi dan kematian beliau pada 1935 mendapat liputan akhbar tempatan. Pemberontakan dicetuskan oleh  kesyahidan beliau berlangsung dari tahun 1936-1939.

Pelbagai bentuk jihad sendirian dan berpasukan telah diusahakan oleh penduduk asal Arab. Motif penentangan mereka ialah menentang penindasan oleh yahudi terhadap mereka dan menghalang kedatangan pendatang asing Yahudi. Kerajaan British bertindak balas dengan membawa masuk tentera tambahan dari Mesir dan Matta untuk membedil Bandar Jaffa. Setelah keadaan menjadi semakin teging kerajaan British telah menubuhkan Suruhanjaya Peel 1937 dan hasil laporan tersebut menyatakan

 ‘ Situasi di Palestin sudah menemui jalan buntu, kita tidak boleh memberi laluan kepada rakyat Arab untuk memerintah sendiri atau membenarkan penubuhan Negara Yahudi………..punca kekacauan berlaku adalah kerana keinginan rakyat Palestin untuk memcapai kemerdekaan dan kebencian terhadap penubuhan Negara Yahudi’



Berikutan suruhanjaya ini, British mencadangkan untuk membahagikan Negara Yahudi dan Negara Palestin. Menurut rancangan ini 33% tanah Palestin diberikan kepada Negara Yahudi sedangkan tanah yang dimiliki oleh orang Yahudi pada ketika itu hanyalah 5.6%. Di bawah rancangan itu, ratusan kampung Palestin diserahkan kepada Yahudi termasuklah daerah Galilee yang amat subur dan merupakan hak milik 100% orang Palestin sehinggalah ke daerah Jaffa.

Begitulah keadilan dan layanan British kepada penduduk Palestin.

Sudah tentu umat Islam tidak berdiam diri atas kezaliman British dan Yahudi, pada Julai 1937 Kongres Kebangsaan Arab diadakan di Syria mendesak supaya mandat British ditamatkan, memberhentikan penghijrahan pendatang haram Yahudi dan mengharamkan pemindahan hak milik tanah kepada Yahudi. Pasukan bersenjata Palestin telah bertindak membunuh Lewis Andrew di Galilee. Ekoran dari pembunuhan itu, British bertindak balas dengan mengharamkan Jawatankuasa Tinggi Arab dan semua parti politik umat Islam Palestin.

Mereka menangkap dan membuang negeri pucuk pimpinan tertinggi ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Arahan radikal iaitu hukuman bunuh kepada sesiapa yang memiliki senjata. Pada tahun 1937 110 orang digantung oleh British. British juga meletupkan kampung-kampung, sekolah-sekolah dan menuntut bayaran denda yang tinggi kepada kampung. Sekiranya mereka tidak dapat menjelaskan bayaran kampung mereka akan tergadai dan semua penduduk dihalau keluar.

Yahudi pula tidak melepaskan peluang untuk mengadakan keganasan. Mereka menubuhkan Jewish Settlement Police yang menjalankan operasi ketenteraan atas kampung-kampung. Dalam operasi-operasi yang dilancarkan British sebanyak 55 orang pejuang dijatuhi hukuman gantung, 1,200 terbunuh dalam petempuran manakala 5000 dipenjarakan di pusat tahanan.

Setelah meneliti keadaan yang semakin kritikal di Palestin, British telah mengadakan persidangan yang berlangsung dari 7 Februari hingga 27 Mac 1939. Pada Mei 1939 British mengeluarkan Kertas Putih

‘Tanggungjawab British kepada Negara Yahudi telah banyak terlaksana, kemasukan pendatang Yahudi secara borong dan tanpa had dan mengambil tanah dari penduduk asal Palestin adalah bertentangan dengan tanggungjawab British kepada penduduk asal Palestin, oleh itu untuk tempoh 5 tahun, 75000 pendatang Yahudi akan dibenarkan masuk ke Palestin di mana selepas itu proses kemasukan pendatang adalah tertakluk kepada kebenaran orang Arab Palestin’

Kertas putih mendapat tentangan dari kedua-dua pihak Palestin dan Yahudi.

Peperangan dunia kedua meletus dengan rakaman holocaust yang menjadi lobi utama Zionis tentang kekejaman dan pembunuhan orangYahudi beramai-ramai di Eropah. Mereka menegaskan sebanyak 6 juta orang Yahudi telah dibunuh dalam peristiwa holocaust dan hanya 1 juta yang terselamat dari pancungan Adolf Hitler. Lantas mereka mengambil peluang peristiwa holocaust untuk mendesak British untuk membiayai perpindahan beramai-ramai Yahudi ke Palestin.

Namun British enggan kerana mereka menjaga kepentingan dengan Negara-negara Arab yang membekalkan minyak kepada British. Amerika yang muncul sebagai pemenang perang dunia kedua tidak bersedia untuk menerima penyerapan pelarian Yahudi. Maka mereka didesak untuk membiayai penghijrahan Yahudi ke bumi Palestin. British pula menyerahkan nasib tanah jajahannya Palestin ke PBB sekiranya tiada penyelesaian yang dapat dicapai.

UNSCOP DAN RESOLUSI 181 PBB
PBB akhirnya mengambil alih Palestin dan menubuhkan United Nation Special Committee on Palestin (UNSCOP). Jawatankuasa terdiri daripada 11 negara dan bertugas untuk meninjau keadaan di Palestin. Pada 31 ogos 1947 UNSCOP melaporkan kepada PBB dan membuat cadangan supaya Palestin dipecahkan kepada Negara Arab dan Negara Yahudi. Palestin yang mempunyai keluasan 10 000 persegi dibahagikan kepada milik Arab sebanyak 4300 batu manakala Yahudi menduduki 5700 batu persegi.

Negara Arab yang dicadangkan itu meliputi kawasan yang tidak subur dari tengah Palestin ke utara Galille manakala Yahudi menempati kawasan subur dari selatan Acre ke selatan Jaffa. Sementara Britain diberi kuasa mentadbir Palestin dan dalam 2 tahun itu dan seramai 150 000 pendatang Yahudi dimasukkan ke Negara Yahudi yang dicadangkan.

Jelas pembahagian ini tidak sah dan hanya menguntungkan sebelah pihak.

Maka Liga Arab telah bersatu untuk menentang kelahiran negara Yahudi, Palestin semakin kucar kacir. Keselamatan pendatang haram Yahudi diancam oleh orang-orang Arab Palestin dan sekitarnya. Pada Januari 1948 tentera pembebasan Arab yang dilatih Syria memasuki Palestin. Mereka bertempur dengan Haganah tentera Yahudi yang mendapat bekalan senjata dari Czechoslovakia. Kemenangan berpihak kepada tentera Haganah dan mereka menduduki Haifa pada 22 April 1948. Menjelang Mei, Jaffa dan barat Galille jatuh ke tangan Yahudi. 14 Mei merakamkan penurunan bendera Union Jack di Baitul Maqdis dan pada 15 Mei 1948 pada pukul 4 petang David Ben Gurion mengisytiharkan kelahiran Negara haram Yahudi.

Itulah tarikh Nakbah Palestin.

Sehingga hari ini bermacam-macam usaha telah dilakukan untuk mengambil semula Palestin yang dirampas rakus oleh pihak Yahudi. Pelbagai bentuk pembunuhan rakyat Palestin beramai-ramai dilakukan Yahudi supaya melemahkan psikologi penduduk Arab dan memaksa mereka meniggalkan kampung halaman mereka sendiri.

Pada 21 Mei 1948 pembunuhan wanita dan kanak-kanak yang dikepung Yahudi.
21-31 Mei 1948 antara 80-100 orang dibunuh di Masjid Dahmash dan mayat mereka dibiarkan reput selama 10 hari di dalam masjid.

29 Oktober 1948 pembunuhan beramai-ramai di Dawayma. Kanak-kanak turut dibunuh dengan memukul kepala mereka dengan kayu.

Propaganda pembunuhan beramai-ramai ini telah mewujudkan pelarian penduduk Palestin yang ketakutan. Melalui cara keji ini Yahudi menguasai 77% Negara Palestin yang asal.

Kini Negara haram Israel tidak membenarkan pelarian-pelarian Palestin pulang ke tanah air mereka sendiri. Sungguh Resolusi 181 PBB merupakan pembukaan kepada derita tangisan dan darah penduduk Palestin.

Adakah ia isu keagamaan atau kemanusiaan?


1 comment:

  1. Its been 92 years since the Palestinian try to voice their rights but nothing. Getting worse.. I always think why and what the right ways to give them their rights back. There are 263 countries in the world with population of more than 7 billions of people. 47 of them are Islamic countries.Compared to Jews with population of 7,836,000 people which is 1 out of 1000 (ratio) its unimaginable. I hope Palestinians will get their right back one day, InsyaAllah

    ReplyDelete