Peperiksaan : Antara Dunia Dan Akhirat.

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Peperiksaan Dunia

Saat ini,Majoriti Pelajar Malaysia di Russia sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Peperiksaan.

Banyak Tugasan Akademik yang perlu disiapkan kita untuk di-submit dalam waktu terdekat.

Mungkin ada di antara kita - yang telah pun mempersiapkan segala Tugasan dan disemak oleh Guru.

Mungkin juga ada yang sedang berada dalam Proses Akhir untuk mempersiapkan kerja.

Dan mungkin - ada yang masih tidak memulakan kerja rumah mereka - dan tidak mustahil juga ada di antara kita yang langsung tidak tahu 'Tugasan' apa yang perlu dilakukan.

Semua ini ada kemungkinan.

Tapi dalam kelompok mana sekalipun anda berada,ingatlah - hampir semua kita yang menuntut di Tanah Soviet ini merupakan Pelajar Tajaan.

Ingatlah bahawa Duit yang diberikan kepada kita itu adalah Wang Amanah Rakyat.

Jadi,laksanakanlah Tanggungjawab sebagai seorang Pelajar sebaik mungkin.

Dan kalau boleh,elakkan dari meniru kerja Kawan kita yang lain.

Perbuatan meniru/mempergunakan Rakan-Rakan kita untuk urusan Akademik ini sebenarnya boleh menimbulkan Pergaduhan dan menimbulkan kebencian sesama sendiri kelak.

Sama juga dengan perkara lain - jangan suka mempergunakan orang.

Anda fikir-fikirkanlah.

*** *** ***

Peperiksaan Akhirat

Di atas ini Cerita tentang Peperiksaan Dunia.

Peperiksaan yang jika kita gagal - masih boleh diulang.

Sekarang mahu cerita tentang 'Peperiksaan Akhirat'.

Kita semua tahu bahawa dalam kita mengharungi Musim Peperiksaan ini,banyak 'Tempoh Waktu Lapang' yang kita miliki pada setiap selang Peperiksaan itu.

Sekadar nasihat untuk renungan kita semua : Jangan sesekali kita hanyut dengan Waktu 'Lapang' yang sebegitu banyak ini sehingga melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT.

Kenapa dikatakan perkara ini?

Senang.Cuti yang panjang - biasanya menyaksikan kita mudah leka.

Jika sebelum ini kita sering bersolat Jemaah,membaca Al-Quran etc - teruslah beramal.Jangan momentum itu terhenti sekadar sebelum 'Musim Peperiksaan' sahaja.

Kita sebenarnya perlukan bekalan amal-amal ini untuk 'Peperiksaan Akhirat' nanti.Carilah redha-Nya.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :

Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.

Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)".

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. [Al-Kahfi : 47-49]

Renungi ayat yang di-bold-kan di atas.

Kita semua masih diberi masa.Hargailah masa itu.

*** *** ***

Kesimpulan

Pengajaran di sini adalah - apa sahaja yang kita sedang lakukan - jangan semata hendak mencari keuntungan Dunia - kita mempergadaikan Akhirat kita.

Sabda Rasulullah SAW : "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]

Jika rasa diri lalai,bacalah Al-Quran.Ingat kembali Terjemahan Ayat Al-Quran yang saya kongsikan di atas ini.

Fikir-fikirkan.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Ada sebuah E-Book Percuma yang boleh anda muat-turun dan baca di sini.Semoga bermanfaat.




1 comment:

  1. selamat maju jaya semuanya, wahai pejuang2 agama di Rusia:)

    ReplyDelete