FAMILY DAY AZAM RUSSIA
“Sesungguhnya
orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua
saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat
rahmat”-Al-Hujurat:10.
Alhamdulillah
setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, pada tanggal 1
Mei 2012 Family Day AZAM Russia telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak AZAM
Russia di atas pelaksanaan program ini.
MOSCOW
Family
Day telah berlangsung Kompleks Sukan Russian State
Medical University atau lebih dikenali sebagai M2 Sportzal. Bermula
seawal 10.30 pagi, pendaftaran bagi setiap peserta telah dilakukan. Usai
pendaftaran aktiviti-aktiviti telah berlangsung secara berasingan antara
muslimin dan muslimat.
Aktiviti muslimin bermula sedikit lewat atas sedikit masalah
teknikal. Bagi mengisi masa terluang tersebut, telah berlangsung sedikit
permainan taaruf yang telah dikelolakan oleh saudara Ilham bin Muntari. Selesai
permainan tersebut, peserta terus diberi taklimat untuk aktiviti seterusnya
iaitu aktiviti “Perlumbaan Yang Menakjubkan” atau lebih dikenali dengan “The
Amazing Race”. Perlumbaan melibatkan 5 checkpoint yakni Telefon Berkarat
(dengan menggunakan lukisan), Talian Hayat, Faktor Yang Menakutkan, Sungai
Berapi, dan Ketenangan. Perlumbaan bukan menetapkan islam sebagai tema,
malah meletakkan isu-isu semasa seperti Arab Spring sebagai sebahagian cabaran
atau klu dalam menjayakan perlumbaan ini. Ia adalah sedikit sebanyak memberikan
sedikit tarbiyyah kepada peserta itu sendiri. Perlumbaan berakhir dengan
membuat kolaj sepertimana yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Selesai
slot Perlumbaan Yang Menakjubkan, para peserta diminta untuk mengambil wudhu’
bagi melaksanakan solat berjemaah Zuhur. Selesai solat jemaah, majlis
diteruskan dengan sesi perkongsian yang diberikan oleh saudara Hazrul Hazwan
berkisarkan kepentingan ukhuwah dalam islam itu sendiri. Majlis diteruskan
dengan upacara penutup yang dirasmikan oleh Setiausaha Pertama bahagian Hal
Ehwal Pelajar Malaysia ke Persekutuan Russia, En. Wan Azizam Wan Salleh.
Diakhiri dengan penyampaian hadiah di mana kumpulan Umar Abdul Aziz telah
merangkul tempat kedua, manakala kumpulan Bersih bagi tempat pertama bagi
kategori muslimin.
Sebagai mana di pihak ikhwah, para akhawat juga memulakan
aktiviti sedikit lewat atas kerana beberapa masalah teknikal. Bagi tidak membuang masa, acara dimulakan dengan
permainan taaruf. Para akhawat dibahagikan kepada 8 kumpulan menurut warna
riben yang diberikan semasa pendaftaran. Sebelum memulakan aktiviti “The
Amazing Race”, para akhawat memanaskan badan menerusi senam seni. Terdapat 5 “checkpoint” yang disediakan menurut
nama-nama negara Arab Spring, iaitu Tunisia, Libya, Egypt, Syria dan Palestine.
Dan antara tugasan-tugasan yang menarik untuk checkpoint-checkpoint tersebut
adalah mencari klu yang tersembunyi, relay meredah jalan yang sempit seterusnya
melipat 10 helai baju dan memastikan ia tidak tumbang, Menghafaz dan mentasmik ayat 49:10 dan
selepas itu menghabiskan buah grapefruit, Russian mustard atau jus tomato, “Draw
Something”, dan melukis bendera. Mereka juga diberikan peta untuk memudahkan
proses pencarian dan sebiji telur sebagai barang amanah.
Disamping pelajar muslimah sekitar Moscow, sambutan Family
Day ini turut dimeriahkan dengan kehadiran staf-staf dan keluarga-keluarga
kedutaan. Dan kerana adanya kanak-kanak bersama-sama, pihak Azam telah
menyediakan “Kids Corner” agar mereka turut merasa semangat cintakan
saudara-saudara di negara-negara Arab Spring .
VOLGOGRAD
Program ini telah diadakan di sebuah “dacha” milik university
yang terletak berdekatan Krasnoslobodsk. Tepat pkul 9 pagi,2 biji bas yang
dijanjikan untuk membawa lebih 120 orang peserta yang terdiri daripada muslimin
dan muslimah Volgograd telah tiba dan perjalanan mengambil masa hampir satu jam
ke destinasi yang dijanjikan.
Majlis dimulakan
dengan ucapan perasmian oleh ketua projek, mohd nadzrul shah. Setelah
majlis pembukaan, ikhwah dan akhowat mengambil tempat bagi memulakan aktiviti
masing-masing.Aktiviti yang dijalankan berupa mini explorace di sekitar kawasan
dacha yang sangat luas. Sebagai permulaan untuk pembahagian kumpulan, setiap
peserta mendapat sehelai kertas yang tertulis nama sejenis buah dan hanya boleh
menggunakan bahasa isyarat untuk mencari buah yang sama. Terdapat 8 kumpulan
kecil yang terdiri dari manggis, lemon, durian, rambutan, strawberry, tembikai,
pisang dan kelapa yang kemudiannya bergabung markah menjadi hanya 4 kumpulan
besar.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah "get my hulla", "sweet trust", "hanger hockey" dan juga "volley birds". Di setiap checkpoint, setiap kumpulan buah perlu mengumpulkan kad berwarna biru yang terbanyak untuk menjadi juara
Antara aktiviti yang dijalankan ialah "get my hulla", "sweet trust", "hanger hockey" dan juga "volley birds". Di setiap checkpoint, setiap kumpulan buah perlu mengumpulkan kad berwarna biru yang terbanyak untuk menjadi juara
Majlis
diteruskan dengan solat zohor berjemaah dan makan tengahari yang telah
disediakan khas oleh urusetia majlis. Antara juadah yang menanti adalah ayam panggang,gulai
kambing aqiqah(sempena kelahiran mujahid pasangan ramdan dan aida) dan cupcake
khas dari chef terkemuka Volgo . Ketika semua pelajar menjamu selera majlis
diteruskan dengan forum bertajuk “Bila baju kurung bertemu baju melayu’. Forum
disampaikan oleh sepasangan suami isteri , Ahmed bin kamaruzaman dan
zaujahnya.Nurul yaqin Mohd Nor . Forum berkisarkan pengalaman mereka sebagai
suami isteri ketika masih belajar. Pelbagai ilmu dan pesanan yang berguna telah
disampaikan oleh ahli panel yang telah membuka mata pelajar tentang kebaikan
dan tanggungjawab semasa mendirikan rumah tangga Muslim.
Majlis tamat tepat pukul 4 petang . semua pelajar selamat
tiba ke rumah masing-masing pada pukul 5 petang. Meskipun keletihan,
masing-masing pulang dengan tersenyum bersama memori indah yang tak mungkin
dilupakan.
NIZHNY NOVGORAD
Nizhny Novgorod, 30 April - Alhamdulillah wa syukur lillah,
sambutan Hari Keluarga di Nizhny pada tahun ini disambut dengan cerianya sang
matahari memancarkan sinarnya. Hari Keluarga di Nizhniy tahun ini disambut pada
30 april, bermula pada jam 8.30 pagi. Setelah semua orang berkumpul, Hari
Keluarga dimulakan dengan bacaan doa oleh Hafizuddin dan diteruskan pula dengan
senaman J-Robic (campuran aerobic dan tarian zapin) diketuai oleh Amir Hamzah
dan konco-konconya. Selesai beriadhah, muslimin dan muslimah bergerak ke
kawasan barbeku masing-masing.
Kaum lelaki masing-masing telah dibahagikan kepada 5 kumpulan
kecil dan dibekalkan dengan Ayam mentah , Ikan dan Arang oleh penganjur. Setiap
kumpulan akan bertanding antara satu sama lain dalam permainan tradisional
antaranya Galah Panjang, Baling Selipar , Kuiz dan Ular-ular. Semua yang hadir
telah menunjukkan kerjasama dan semangat kekeluargaan yang mantap seterusnya
menjadikan Hari Keluarga berjalan dengan lancar dan meriah.
Untuk muslimah, setelah memulakan bara api untuk barbeku,
mereka bermain beberapa games seperti Keba-Bom, Hajarul Aswad, Ossom, dan Ikat
Kaki. Semua peserta daripada kumpulan masing-masing bersemangat bermain untuk
menang. Tidak ketinggalan juga kepada koordinator aktiviti, saudari Fatin
Hanani Che Juha dan Anis Farah Zulkifli yang tidak menang tangan mengawal
keadaan. Setelah itu, semua peserta kembali ke kawasan berbeku untuk menikmati
juadah masing-masing.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah. setiap peserta
menerima hadiah yang berupa cawan yang sangat cantik dan kepuasaan nyata
terparpar disetiap wajah peserta.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang
terlibat menjayakan sebuah program yang menghiburkan disamping menerapkan nilai
islami yang sebenar dalam diri pelajar-pelajar.
Post a Comment