NAKBAH – PALESTIN TANGGUNGJAWAB SEMUA

0 comments

15 Mei 1948 menyaksikan titik hitam dalam sejarah Islam malah sejarah peradaban dunia. Nakbah (kecelakaan) Palestin membuktikan kekejaman rejim Zionis Israel dalam usaha jenayah pencerobohan bumi barakah itu bagi merealisasikan negara haram Israel. Lantas, tahun ini AZAM Russia telah mengambil langkah bagi mengajak pelajar-pelajar Malaysia di Rusia untuk bersama-sama mengingati dan mengutip sebanyak mungkin ibrah pengajaran daripada peristiwa Nakbah ini. Sambutan Nakbah Palestin telah berlangsung dengan jayanya di hampir setiap lokaliti di Rusia yang menempatkan pelajar-pelajar Malaysia , Moscow, Volgograd, Saint Petersburg, Nizhny Novgorod, dan Kursk.

~~


Volgograd
13 Mei 2012 - Dengan suasana penuh kesederhanaan dan kesedaran, ditutupi litup rendang pepohonan hijau berhampiran tebing Sungai Volga, AZAM Volgograd telah berkumpul bersama segolongan pelajar-pelajar Volgograd State Medical University untuk bersama-sama menyelongkari, menghayati maksud di sebalik peristiwa Nakbah yang berlangsung sekitar 64 tahun lalu. Majlis yang cukup sederhana ini telah dimulakan dengan penceritaan, pembongkaran di sebalik kisah Naqba oleh gabungan mantap trio: saudara Muhaimin, Azhari dan Yusri yang ternyata menyuntik kefahaman dan penghayatan yang lebih mendalam terhadap kisah Palestin dan rentetan penubuhan negara haram Israel. Kemudian para peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang masing-masing perlu untuk memikir dan mempersembahkan iklan atau sketsa pendek berkenaan Palestin yang mampu memberi kesan kesedaran terhadap masyarakat. Usai aktiviti tersebut, majlis diteruskan dengan simulasi perang Palestin-Israel yang memerlukan peserta menuntut semula bendera Palestin yang telah ditawan oleh “tentera” Israel. Majlis sekitar 2 jam tersebut diakhiri dengan jamuan tengah hari yang telah dibawa masing-masing oleh para peserta secara “pot-luck” . Tanpa bermaksud untuk meratapi atau berlebih-lebihan, program yang cukup sederhana ini sebenarnya bertujuan untuk melahirkan kesedaran yang lebih mendalam dalam diri masyarakat berkenaan isu saudara kita di Palestin, di samping kesediaan untuk berkorban masa, tenaga, makanan dan material sebagai tanda kecintaan kita. Ayuh, sebarkan cinta Palestin!




Nizhniy Novgorod
6 hingga 15 Mei 2012- Minggu Nakbah Palestin dimulakan dengan kempen tentang Hari Nakbah. Risalah telah diedarkan kepada pelajar-pelajar. Dengan moto, “When Humanitarianism Goes to War”, risalah ini telah menerangkan serba sedikit tentang sejarah Palestin sehinggalah ke masa kini. Selain itu, status di Facebook juga dikemaskini dengan maklumat tentang Palestin dan juga Hari Nakbah.

13 Mei 2012- Program "paintball" Nizhny telah dilangsungkan. Aktiviti yang dijalankan di Dzerzhinsk ini telah memberi peluang kepada semua untuk merasakan suasana di medan perang yang sebenar, berjihad menentang musuh-musuh Allah.

Pada malam hari pula, telah diadakan malam kemuncak. Malam kemuncak ini dibuka kepada semua, termasuklah mereka yang bukan Islam. Para hadirin telah disajikan dengan pidato yang berjudul ‘Saya Cakna Palestin’ daripada saudara Ariff Azali, persembahan multimedia, dan puisi ‘Buatmu Palestin’ oleh pihak akhowat.

Ukhti Souhayla juga telah memberikan "talk" dalam bahasa Inggeris. Beliau telah menerangkan perspektif seorang yang bukan beragama Islam terhadap Islam dan seterusnya memberikan hujah-hujah yang mudah difahami oleh semua, tentang maksud jihad yang sebenar, penindasan terhadap warga Palestin dan mengapa ini bukanlah hanya isu agama, tetapi ini juga adalah isu kemanusiaan.

"Flash mob" pula menggambarkan bagaimana seorang kanak-kanak telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya yang syahid dihujani peluru Israel.

Malam kemuncak diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi kuiz ‘Minggu Palestin, Menghayati Nakbah’ dan juga pemenang "paintball".



Saint Petersburg
12 Mei 2012- Lokaliti Saint Petersburg juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memperingati peristiwa Nakbah Palestin. Pada pukul 3.30pm Majlis bermula dengan aktiviti menonton video yang bertajuk 'Rintihan Umat Islam' .
Selesai menonton video aktiviti diteruskan dengan beberapa permainan yang berunsurkan kesedaran tentang Palestin.

Antara permainan yang diadakan ialah menulis lirik lagu untuk Palestin dan melukis bendera negara yang kita idamkan, dan mereka memilih warna-warna mirip warna bendera palestine kerana warna tersebut warna kesukaan Rasulullah S.A.W . Bersempena memperingati hari an-Nakbah, telah diadakan kuiz berkenaan hari tersebut.

Majlis berakhir dengan jamuan ringan. Dengan berlangsungnya aktiviti ini, akhwat-akhwat Saint Petersburg dapat mengetahui tentang an-Nakbah dengan lebih jelas.Wallahualam.

Pihak AZAM berharap agar penghayatan, cakna kita terhadap Palestin bukan hanya sepanjang berjalannya program. Sepatutnya kita sentiasa meletakkan Palestin di hati kita, kerana mereka itu saudara kita, saudara seaqidah kita. Mana sanggup kita melihat saudara kita sendiri ditindas dan kita hanya bergoyang kaki? Andai kata betul kita bersaudara, sudah tentu kita melakukan semana yang mampu untuk membantu mereka.

Allahua’lam.



Post a Comment