Mujahidin yang Alpa

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
adakah kita masih terleka? [kredit]
MUJAHIDIN YANG ALPA
Keringat-keringat pejuang kebebasan,
Menitis ke bumi, membasahi perjuangan,
Tiada beza lagi dengan tangisan sedu sedan
Anak-anak pejuang keamanan,
Menanti pulangnya mereka bersama kemenangan,
Menegakkan keadilan, membasmi penindasan.

Namun kita sendiri,
Bagaikan tidak mengerti,
Terlalu asyik mengikut kata hati,
Mata dibutakan, telinga menjadi tuli.

Ah, enaknya dunia,
Semua ini aku yang punya!
Biarlah mereka dengan perjuangan di negara sendiri,
Selagi tanah airku aman, tiada apa yang perlu difikirkan lagi!

Hai Mujahidin yang alpa, bangunlah!
Keluarlah dari selimutmu, dan lihatlah!
Dikananmu, hujan batu bertali arus,
Dikirimu, bedilan demi bedilan tidak putus-putus,
Di atasmu, awan berarak berganti masa,
Di bawahmu, tanah bergetar, tidak mahu berputus asa!

Di mana kejantananmu yang dimegah-megahkan? Di mana ketegasanmu yang diuar-uarkan?
Setakat basah di bibir tanpa tindakan!
Sedangkan si anak kecil menggigil,
Menggagahkan diri menggenggam batu kerikil.
Walaupun zahirnya lemah,
Batinnya tabah!
Walaupun dalam susah payah.

Hai Mujahidin yang alpa, bangunlah!
Kelak apa alasanmu di hadapan ya Rabb?
Kau telah duduk di tepi, memerhati,
Tanpa ada usaha, bahkan kau mengundur diri.

Ayuh, berjasalah mengikut kemampuan diri,
Agar tidak ketinggalan dalam berbakti,
Agar bumi Palestin kembali suci,
Agar Islam berdiri kembali, menerangi.

-A.H.

[kredit]
Oh, Palestin. Sedihnya hati, bergenang air mata mengenangkan nasib saudara seakidah kita di sana. Yang tua, yang muda, wanita, dan anak-anak kecil turut menjadi mangsa kekejaman rejim zionis!
Mampukah lagi anda duduk dalam keadaan tenang?
Mampukah lagi anda memeluk tubuh berdiam diri?
Mapankah anda menjadi tunggul sedangkan saudara sendiri disakiti???
Sesungguhnya kaum mukminin itu adalah bersaudara.” (QS. Al-Hujurat: 10)
Isu Palestin ini bukan sahaja menjadi isu ummah, namun ia juga menjadi isu kemanusiaan!
You do not only have the right to be an individual, but you have the obligation to be one!
-Anonymous
Walaupun jarak kita yang jauh beribu batu, namun tidak mustahil untuk kita hulurkan bantuan setakat yang terdaya. Pelbagai cara boleh digunakan untuk membatu mereka, antaranya termasuklah memberikan sumbangan, mahupun dengan memboikot barang-barang yahudi agar tersekat aliran ekonominya.
Setiap riyal, dirham...sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akhirnya menjadi peluru yang dibenamkan ke dada saudara dan kanak-kanak di Palestin. Atas sebab ini, menjadi kewajipan untuk tidak membantu mereka(musuh-musuh Islam) dengan membeli barangan tersebut. Membeli barangan mereka bermakna menyokong kezaliman, penindasan dan keganasan.”
-Prof. Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardawi, 20 Muharram 1423H, 4 April 2002.
Anda tahu mana satu barang-barang keluaran yahudi? [Ini hanyalah sebahagian yang dikenalpasti, disertai dengan produk gantian yang dicadangkan.]
Dan seandainya ingin menghulurkan sumbangan dan mengetahui perkembangan semasa dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan lebih mendalam, ziarahilah: http://www.aqsasyarif.org.my/
Akhir kata, syabas buat semua yang peka dan sama-sama bergerak untuk menjayakan solidariti menyokong perjuangan para tahanan pihak Israel. Semoga keadilan akan terus tertegak, dan bumi Palestin BEBAS daripada cengkaman kekejaman mereka. Sama-sama kita doakan, insyaAllah.
Muawiyah bin Abi Sufyan menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Ada di kalangan umat ku yang sentiasa berada di atas al-haq. Tiada sesiapa yang menentang mereka akan menyakiti mereka sehingga datangnya kiamat.” Para sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis.” -H.R Imam Ahmad
Wallahua’lam
-A.H.-



Post a Comment