THIS IS NOT A LOVE STORY.

0 comments



Cinta manusia itu komplikasi. Cliché.


Penuh makna tersirat dan rahsia. Penuh harapan yang kadang-kadang tak akan terlaksana. Pasangan manusia yang berkongsi rasa cinta, selalunya menyimpankan sesuatu hasrat atau keinginan, tapi didiamkan di dalam hati, menanti, menunggu, agar pasangan masing-masing mampu merungkai hasratnya itu tanpa perlu dijelaskan dengan terang.

Mungkin kerana itu, kita sebutkan cinta itu sifatnya gila, ajaib.

Sekarang, ada rasa mual tak?

Kita berlatih dan berusaha menjadi ahli silap mata. Meneka-neka apa yang terkandung dalam hati orang itu. Kalau mengena, dunia ini terasa begitu indah. Kalau terjolok yang salah, meletus gunung berapi, dunia terasa seperti neraka. Ini gila.

Cinta manusia penuh makna tersirat, sering berahsia, ruang perkongsian yang kecil dan hanya menyinari satu sudut dunia, menjalar di dalam hati orang-orang yang tertentu.

Cinta tuhan lain sekali.


Tidak seperti kita, tidak pernah sekali pun Dia berahsia tentang keinginan-Nya, tentang hasrat-Nya, tentang harapan-Nya kepada kita.Dia sentiasa jelas, terang, tidak tersirat di sana sini. Betapa Dia mencintai kita, kerana itu Dia tidak mengambil risiko untuk mengelirukan kita dengan berahsia cara bagaimana memburu cinta-Nya. Dia memudahkan kita. Bagaimana menjadi ibadurrahman? 17 cara Dia bentangkan di pengakhiran surotul Furqan. Bagaimana menjadi orang yang beriman? cuba baca permulaan surotul Mu'minun. Bagaimana menjadi orang yang tidak rugi? cuba tengok surotul Asr yang seringkali meniti bibir di penghujung majlis-majlis ilmu.

Cinta tuhan lain sekali.


Tidak seperti kita, kita tamakkan itu yang namanya cinta. Menuntut 100% rasa cinta dari orang itu. Kita selalu lupa, apa yang ada di sekeliling kita ini, tak pernah kita milikinya secara hakiki. tapi Tuhan tidak begitu. kerana Dia terlalu mencintai kita, Dia membenarkan kita, mengasihi, berkongsi kasih sesama makhluk! hablum minallah hablum minannas, menurut al-Baqarah. Padahal, selayaknya, Dia pemilik mutlak denyutan jantung.


Cinta tuhan itu lain sekali. Ia jelas, terang, memudahkan, tidak menyusahkan, begitu luas dan penuh perkongsian malah tercapah di seluruh sudut dunia, menjalar di dalam hati setiap hamba-Nya.

Dan itulahTuhan, mengajarkan makna dan acuan cinta yang sepatutnya.

“Janji tuhan, satu hari nanti pasti di sisi Dia juga tempat kita semua”

We know that He loves us, lets be in love with Him

Terus jatuh hati, confirm.




Wallahua'lam


Post a Comment