FRIDAY WRAP ( APR 8 - APR 13 )

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Azam Russia membawakan beberapa berita dunia sekitar minggu ini.


Kaherah- Satu letupan telah berlaku di satu talian paip yang membawa bekalan gas ke Jordan dan Israel. Letupan itu adalah kali yang ke 14 berlaku sejak revolusi menumbangkan rejim Hosni Mubarak.Letupan itu berlaku di utara Sinai di bandar Al-Arish.

Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku itu.





Beirut- Tentera Syria telah membunuh sekurang-kurangnya 30 orang awam, yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak pada hari ini ( Apr 9 ) dengan mengebom sebuah bandar kecil di wilayah Hama.
Setakat laporan yang diberikan, 17 kanak-kanak dan 8 wanita antara mangsa korban di al-Latmana, yang terletak di barat laut wilayah Hama.

Aktivis menyatakan, 40 orang terkorban pada dua hari sebelumnya, dalam satu serangan oleh tentera Syria.
Setakat ini laporan PBB menyatakan, tentera Bashar telah membunuh 9000 orang sejak kebangkitan pada tahun lalu.


Banda Acheh- Satu gempa bumi berskala 8.7 menggegarkan Indonesia pada hari Rabu lalu, menyebabkan penduduk berlari keluar dari bangunan-bangunan dan menimbulkan ketakutan, kemungkinan berlakunya tsunami besar seperti pada tahun 2004.
Presiden Indonesia menyatakan, tiada laporan segera tentang kerosakan dan kematian di wilayah itu.

Gempa bumi itu berlaku pada 0830 GMT (4.30 pm waktu Malaysia) dan Pusat Amaran Tsunami Pasific mengeluarkan amaran tsunami di seluruh Lautan Hindi. Bagaimanapun, tsunami besar yang dikatakan akan berlaku, surut selepas beberapa ketika.

Kejadian itu mengingatkan tentang gempa bumi dan tsunami besar yang berlaku pada 2004, yang mengorbankan 230,000 orang di 13 negara sekitar Lautan Hindi.
Gegaran tersebut turut dirasai di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia.



Moscow- Seorang ketua komuniti muslim di sini telah dibunuh berhampiran kediaman beliau dengan isu perkauman didakwa sebagai motif pembunuhan itu. Mangsa, Metin Mekhtiyev, ahli Pusat Kebudayaan Islam dan berasal dari Azerbaijan, ditemui mati dengan luka di muka dan leher.

Ketua Pusat Kebudayaan Islam, Abdul Wahid Niyazov mengatakan Metin dibunuh oleh nasionalis.
"Salah seorang daripada mereka bertindak membunuh Metin.Pembunuh itu mengelar leher Metin dan menyapu darah itu ke lengannya." beritahu Niyazov. 




Palestin- Satu persatuan tahanan dan bekas tahanan di sini meyatakan satu rundingan yang berlaku antara tahanan Palestin dan pihak berkuasa penjara Israel untuk mencapai persetujuan terhadap permintaan tahanan telah gagal. Kegagalan itu mengakibatkan tahanan-tahanan bersepakat untuk melakukan mogok lapar.

Tahanan Palestin mengesahkan bahawa niat sebenar Israel adalah untuk mengelirukan masyarakat dan ingin menunjukkan bahawa mereka mengambil berat perihal tahanan dengan menjanjikan untuk menerima permintaan mereka.Namun pada masa yang sama, Israel mengangguhkan keputusan itu, dan menggertak tahanan supaya tidak mencabar kuasa mereka.

Tahanan-tahanan Palestin memohon solidariti dan sokongan dari dalam dan luar Palestin, dan menyatakan bahawa mogok lapar itu akan bermula pada 17 April, serentak dengan Hari Banduan Palestin.



Sejarah Minggu Ini

Pada 9 April 1948, berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin yang pada ketika itu kawasan itu di bawah jagaan British. Seramai 120 orang pejuang dari kumpulan Irgun Zevai Liumi dan Lohemi Heirut, kumpulan separa tentera Israel menyerang kawasan ini yang berhampiran dengan Jerusalem dan menempatkan kira-kira 600 orang.
Deir Yassin


Seramai 107 orang penduduk kampung termasuk wanita dan kanak-kanak.Sebahagian ditembak, manakala ada yang terkorban apabila bom tangan dibaling ke dalam rumah mereka.Ada penduduk yang dijadikan tahanan dan terbunuh setelah diarahkan berjalan sehingga ke barat Jerusalem.
Agensi Yahudi Israel menghantar surat memohon maaf kepada raja Jordan, Raja Abdullah, namun beliau menolak permohonan mereka.

Perdana Menteri Israel ke-6, Menachem Begin,
ketua pasukan Irgun yang mengetuai serangan.


Banyak rumah telah dimusnahkan, kawasan perkuburan Muslim diratakan oleh jentolak dan Deir Yassin hilang dari peta.
Pada tahun 1949, sebuah kawasan yahudi Divat Shaul dibina di atas tanah Deir Yassin walaupun ditentang hebat.

Peristiwa Deir Yassin adalah salah satu peristiwa penting dalam sejarah abad 20 Palestin dan Israel. Peristiwa ini merupakan antara tanda-tanda awal usaha Israel untuk menguasai dan mengusir rakyat Palestin secara besar-besaran. 

Sama-sama kita doakan semoga Allah sentiasa melindungi penduduk-penduduk Palestin dan mengurniakan kejayaan kepada pejuang-pejuangnya yang berusaha membebaskan Palestin. Jom  bagi solidariti kita kepada Palestin. InsyaAllah.


Assalamualaikum.











Post a Comment