0 comments
ADAT PERTEMUAN


Pertemuan dan perpisahan merupakan pemanis dalam hubungan silaturrahim. Maka dapatkanlah kemanisan yang sebenar dengan bertemu dan berpisah kerana Allah swt.

Tinggal lebih kurang dua bulan untuk para pelajar perubatan tahun 6 batch 2006-2012 menghabiskan pengajian di Volgograd. Pasti terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang terlakar dalam ingatan dan memori sepanjang bermusafir menuntut ilmu di bumi Russia. Semoga segala tarbiyah yang diperoleh tidak kiralah dari pengalaman, alam dan juga manusia dapat dijadikan bekalan sepanjang kehidupan.

Oleh itu, pada 27 April 2012, bertempat di kulinaria , Kelab UMNO Volgograd telah menganjurkan majlis perpisahan untuk para pelajar Tahun 6. Majlis bermula dari 6 petang hingga 730 diserikan dengan kehadiran lebih kurang 30 orang pelajar Tahun 6 dan juga ahli-ahli Kelab UMNO Volgograd. Majlis dimeriahkan dengan sesi makan-makan dan juga sesi bergambar kenangan.

Berhampar lapik berlicin daun,
Bagai lesung dengan antan;
Purnama pula berganti tahun,
Jasamu kan terpahat kekal di ingatan




Post a Comment