MUSLIMAH DAY RUSSIA
Assalamualaikum wrt,,
Alhamdulillah, alhadulillah, alhamdulillah,
di atas nikmat iman dan islam,
di atas nikmat umur yg dipanjangkan,
8 march bertandang lagi dan merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh semua insan yg bergelar wanita di bumi soviet ini....
alhamdulillah sekali lagi kerana dengan izin-Nya, sambutan Muslimah Day kali ini berjaya diadakan di seluruh lokaliti di Russia...
MOSCOW
Moscow – Pada 8 Mac 2012 yang lepas, Azam Russia telah menganjurkan
iWoman – Celebrate Yourself sempena sambutan Hari Wanita. Sambutan ini telah
berlangsung di Sportzal RSMU (M2) serta telah dihadiri seramai 134 orang
peserta. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada saudari Nur Shazzmira
Shaharudin selaku pengarah projek iWoman. Selepas itu, majlis diteruskan dengan
sedikit tazkirah daripada saudari Nadhirah Ahmad Fauzi yang telah menyentuh
tentang perihal wanita dari sudut pandangan al-Quran. Tazkirah itu juga telah
menyedarkan para peserta tentang realiti masa kini dimana wanita masih lagi
didiskriminasi oleh lelaki bukan sahaja dari segi fizikal malah pemikiran.
Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan pentomin daripada
pelajar tahun 6. Mereka telah melakonkan beberapa situasi, antaranya meniru di
dalam kelas, membuat bising dan riuh di dalam metro dan mengotorkan lantai
setelah mengambil wuduk. Mesej yang ingin disampaikan menerusi persembahan
pentomin ini adalah setiap daripada individu muslim itu merupakan duta kepada
agama Islam itu sendiri. Maka seseorang wanita muslim itu tidak seharusnya
melakukan perkara2 yang boleh menimbulkan fitnah dan mencemarkan nama baik
Islam.
VOLGOGRAD
‘Unity In Diversity’ –
Itulah tema yang telah dibawakan bersempena dengan Muslimah’s day di Volgograd
yang diraikan pada 8 Mac 2012, bertempat di Hiroshima Zal. Memang telah menjadi
kebiasaan seperti tahun-tahun sebelumnya, program ini telah dikelolakan khas
oleh pelajar-pelajar Muslimah tahun ke-2
di Volgograd State Medical University. Untuk kali ini, penganjur utama
program merupakan kelab UMNO dan PPIM Volgograd.
Kekreatifan para muslimah
tahun ke-2 ini cukup teserlah sebaik sahaja melangkah kaki ke perkarangan
dewan. Hiasan dewan yang indah dalam masa yang singkat ternyata bukan suatu
yang mudah. Sebagai pembukaan, para muslimah disajikan dengan persembahan
daripada pihak pengelola majlis yakni sketsa.
Ternyata penglibatan dalam persembahan bukanlah penghalang dalam
menganjurkan sebarang majlis. Sketsa ini
dalam diam telah membakar semangat para muslimah lain terutamanya mereka yang
terlibat dengan pertandingan persembahan antara batch untuk memberikan ‘mood’
dalam persembahan mereka.
Dalam keriangan suasana,
saudara dan saudari Muslim nun jauh di tanah suci Palestin tidak dilupakan.
Kasih sesama saudari seakidah telah mendorong AZAM RUSSIA untuk menganjurkan
projek “ROSE TO ROSE” di bawah Aqsa
Syarif dimana derma yang berjaya dikutip untuk hari tersebut akan diserahkan
kepada muslimah Palestin bagi membantu mereka menjana ekonomi di sana.
NIZHNY NOVGOGRAD
Tema ‘Rose among Roses’ yang dipilih oleh
kami membawa erti yang tersendiri. Simboliknya ia melambang keistimewanya
seorang wanita muslimah yang berlainan perspektif dengan wanita metropolita di
luar sana. Umpama mawar yang indah kerana durinya, disitulah berdiri keunggulan
muslimah itu sendiri. Walau dikaburi pelbagai ideologi dari aktivist feminisme,
tetapi bertunjangkan al quran dan sunnah,insyaAllah pancakkan pasak iman masih
gagah mencengkam dasar hati.
Tepat pukul 8.00 pagi, kami berkumpul di
perkarangan bilik bawah tanah Hostel 3 untuk memulakan sesi pertama-senamrobik.
Walaupun pada awalnya hanya beberapa orang peserta yang hadir, pihak penganjur
yang diketuai oleh Ukhti Fatin Hanani tetap meneruskan program seperti biasa.
Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Sedang kami megayakan senamrobik mengikut arahan instructor Fatin Hanani bilangan peserta semakin bertambah. Alhamulillah. Pelbagai
teletah warga Nizhny yang mencuit hati seperti bersenam dengan memakai skirt,
berseluar jeans da berkaki ayam , maklumlah kami semua kurang gemar
menghabiskan masa di Gym jadi agak kekok sedikit. Dalam kesempatan ini juga
baru saya kenal dengan beberapa bentuk senamrobik seperti sasambo dan senaman
ala salsa.
Kami tidak menyangka akan mendapat kunjungan dari akhowat moscow. Pelbagai aktiviti telah dijalan. Antaranya ialah Iron Chef-the battle of the pan dan Art Attack-show your heart, panthomin
dan puisidra, dan diakhiri dengan pertandingan Miss Muslimah...
" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah "
( Hadith Riwayat Muslim )
Post a Comment