Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…
Selamat datang musim bunga. Walaupun salju masih malu-malu meninggalkan tanah Russia, namun kedatangan musim bunga memang dinanti.
Memasak memang satu benda yang mencabar. Tambah lagi jika tersilap cara, terasa lain resepi jadinya. Oleh itu, untuk keluaran kali ini, kami di team kulinari ingin berkongsi sedikit petua dan tips-tips di dapur yang boleh diguna pakai.
Dah bersedia??
Baiklah . Seperti yang kita sedia maklum,kentang adalah makanan ruji bagi orang Russia.
Sedikit sebanyak kentang menjadi pilihan kita jika makan di luar, maklumlah makanan halal sukar didapati.
Walaupun terdapat pelbagai masakan berasakan kentang, namun hari ini, saya hanya ingin berkongsi petua-petua dapur berasakan kentang.
1. Bagaimana hendak mengupas kentang dengan mudah?
a. Masukkan kentag di dalam bekas yang besar, kemudian tuangkan air yang mendidih sehingga ternggelam. Biarkan selama 5 minit sebelum dikupas satu per satu dengan pisau yang tajam.
2. Bagaimana hendak cepatkan process memasak kentang di dalam oven?
a. Untuk jimatkan masak ketika memasak kentang dalam oven? Rendamkan kentang didalam air garam terlebih dahulu selama 20 minit. Kemudian dibakar seperti biasa.
3. Cara merebus kentang dengan elegan( air rebusan tidak melimpah keluar)
a. Untuk mendapatkan kentang rebus yang lebih sedap dan air rebusan yang tidak melimpah, tambahkan sesudu makan mentega ataupun majerin di dalam air rebusan
b. Supaya,kentang tidak berubah warna apabila direbus, masukkan sedikit cuka(beberapa titis) di dalam air rebusan.
4. Cara memarut kentang yang sudah masak
a. Untuk mengelak kentang melekat apabila diparut, sapukan sedikit minyak pada pemarut.
5. Cara mengoreng kentang dengan betul
a. Jangan masukan kentang yang banyak dalam kuali yang sama. Kerana kentang akan menjadi lebih berminyak. Seeloknya digoreng sedikit demi sedikit supaya lebih sempurna.
b. Untuk kurangkan minyak berlebihan, anda juga boleh masukan secubit garam di dalam minyak sebelum mengoreng.
6. Hendak mengelak kentang menjadi merah selepas dipotonga. Untuk mengelak kentang teroksidize lalu menjadi merah, masukkan kentang yang telah dipotong didalm bekas air sejuk.
b. Anda juga boleh menyapu bahan berasid di pisau seperti cuka dan air limau untuk melindungi permukaan kentang.
7. Kegunaan lain untuk kentang
a. Membersihkan pemarut selepas memarut keju merupakan satu perkerjaan yang susah? Anda boleh membersihkan pemarut dengan memarut kentang. Semua kekotoran akan hilang.
b. Makanan terlebih garam?? Masukan kentang yang dipotong kecil,insyaAllah dapat hilangkan rasa masin.
Setakat ini sahaja untuk entri kali ini. Jika anda mempunyai petua-petua yang lain jangan segan berkongsi di sini. Sharing is Caring kan?
Sampai jumpa lagi...
Wassalam..
-Bayu-

Post a Comment