A LINE THAT WAS NEVER LOSt

0 comments


Assalamualaikum

Dalam kehidupan seharian kita tidak akan pernah lari dari masalah yang mendatang. Kadang kala kita cuba untuk lari,muncul juga masalah lain.


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


Ada sesetengah orang akan menganggap masalah yang datang itu satu kecelakaan..tapi ingat lah rakan bahawa segala masalah itu adalah dari Allah.Jika Allah memberi kita satu masalah itu,maksudnya Dia sedang memerhati kita dan perilaku kita dalam menghadapi masalah itu.Adakan kita akan mengalami break-down , mencari sesuatu shawdow untuk disalahkan terhadap masalah itu , ataupun memohon pertolongan dan pertunjuk kepada  Allah sekaligus  cuba untuk menyelesaikan masalah itu ?

Pernah rakan-rakan menonton cerita Bruce Almighty? Ya,memang cerita ini mengarut or something like that..tapi saya suka mengambil idea,bagaimana ramainya umat manusia, inparticular dalam tazkirah ini,umat Islam,menyembah satu Tuhan dan ideanya disini ialah bagaimana Allah yang Maha Berkuasa,memilih kita seorang,dalam berjuta-juta orang lain,dikalangan berjuta-juta umat Islam lain,untuk diturunkan satu kesulitan bagi kita,supaya kita menjadi lebih dekat kepada Pencipta kita?Masya Allah..indahnya  strategi yang Allah tentukan bagi memberi kita tanda dan caraNya menghubungkan kita,supaya kita lebih dekat kepada Allah.


Ingatlah rakan-rakan,Allah tidak pernah jauh dari kita malahan,teringat kata-kata ayahku,Allah itu lebih dekat dari kita lebih dari urat-urat hijau yang jelas di lengan kita. Namun begitu kita sentiasa lupakan Nya.


Jika kita dilanda sesuatu masalah,antara nasihat saya ;


1. Bercakaplah dengan Allah. Saya tidak terkecuali dari orang yang sentiasa ada masalah.Namun saya cuba berhubung dengan Allah,melalui pemikiran,hati,sujud dan kadang kala percakapan direct.Dan setiap kali jalan penyelesaian yang Allah tunjukkan,pasti membuatkan saya pandang ke langit sambil berkata dalam hati, "Allah ,You know how to play Your game , Your way. " sambil senyuman di bibirku.



2.Cuba jangan putus asa. Wahai rakan-rakan,seperti orang kata.."You never lose if you never give up."Ingatlah,jika kita sentiasa berusaha,pada suatu ketika,kita akan rasa ibarat ada 'tangan'  yang memberi kita semangat dari belakang dan kelegaan bagi kita meneruskan usaha,itulah Allah, its not physically speaking,kind of theoretically . Dan jika kita tidak berjaya,Allah jugalah akan kasi "a pat in the back like saying "You've done a great job.Now show them you got something more greater left up your sleeves." "”Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada kamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku, hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk.” Surah al-Baqarah: Ayat 186.


3.Contohilah Nabi kita dan sahabat-sahabatnya. Ingatlah dahulu wahai rakan-rakan , jika zaman Rasulullah s.a.w mereka mempunyai pedang dan dakwah kepada orang ramai pada permulaan menyebarkan Islam , so bagaimana , kita mengubah dunia ini bermula dengan sebatang pen dan usaha yang tidak penah putus?


4.Kehebatan manusia bukanlah terhadap kejayaan yang diperolehi,tetapi the effort that they put on it.Begitu juga disisi Allah.Kita sentiasa dikaburi oleh Barat bahawa "We need result,result and a good result " tetapi bagi saya , Islam menekankan "A never-endless effort will produce an oustanding outcome " Dan lihat sahajalah zaman kegemilangan Islam sebagai contoh.


Dan sebelum saya menutup nukilan tazkirah saya , ingatlah rakan-rakan , walau apapun masalah,kesulitan atau apa saja pun..Allah tidak akan mengabaikan umat Islam untuk hidup sendirian di bumi ini.Seperti didalam Perang Badar dan Uhud , surah Ali Imran (121-129)"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika engkau keluar pada pagi hari dari rumah ahlimu (di Madinah), dengan tujuan menempatkan orang-orang yang beriman pada tempat masing-masing untuk berperang (di medan perang Uhud) dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. "(121)


" (Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal. "(122)


"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)." (123)


" (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?. "(124)


"Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing." (125)


"Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu dan supaya hati kamu tenteram dengan bantuan itu dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. (126)


" (Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya mereka kembali dengan hampa kecewa." (127)


"Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), samada Dia menerima taubat mereka ataupun Dia menyeksa mereka kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim. "(128)


"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (129)





Sekian tazkirah saya.
Selamat beramal dan berusaha.
Salam

B


Post a Comment