Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas Muhammad SAW.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah pada tarikh 3 Jan lepas telah berlangsung sudah perasmian Portal Azam Russia ini.Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita.InsyaAllah.
Ok.Back to business.
Kali ini Azam Russia akan membawa anda 10 peristiwa dan kejadian sepanjang 2011 yang mendapat liputan luas media seluruh dunia.
Sekian saja dari meja Azam Russia menyampaikan 10 'top rated' peristiwa sepanjang 2011.Jika anda mempunya pendapat lain mengenai peristiwa yang dianggap besar dan layak menduduki tangga top 10 ini, silalah kemukakan di ruangan komen.Sama-sama kita berkongsi info dan idea.
Assalamualaikum.
Selawat dan salam ke atas Muhammad SAW.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah pada tarikh 3 Jan lepas telah berlangsung sudah perasmian Portal Azam Russia ini.Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita.InsyaAllah.
Ok.Back to business.
Kali ini Azam Russia akan membawa anda 10 peristiwa dan kejadian sepanjang 2011 yang mendapat liputan luas media seluruh dunia.
2011-TAHUN PERUBAHAN
Kebangkitan rakyat di sekitar wilayah Arab.
Pemberontakan yang berlaku di dua benua, menjatuhkan tiga rejim, dan melibatkan berjuta orang.
Ianya bermula di Sidi Bouzid, sebuah perkampungan kecil yang terletak 200 km dari ibu negara Tunisia dan jauh dari pandangan mata dunia.Tekanan ekonomi dan penindasan pihak berkuasa merupakan masalah utama di sana.
Mohamed Bouazizi.Tertekan dengan penghinaan dari seorang polis wanita yang merampas barang perniagaan beliau serta gagal untuk mendapatkan keadilan, beliau telah membakar dirinya sendiri.
Tindakannya menyebabkan berlakunya protes besar-besaran yang menjatuhkan rejim Ben Ali dan berlakunya 'domino effect' di negara-negara seperti Mesir, Libya, Syria, Yaman, dan Bahrain.
Jepun-3 Bencana yang mengubah segalanya.
Gempa bumi berskala 9.1 dan tsunami besar melanda kawasan pantai timur laut Jepun.20000 orang terbunuh dan kawasan perkampungan sekitar tempat itu musnah.Kerja pemindahan penduduk selepas kejadian itu mengambil masa berbulan-bulan dan pelbagai masalah lain menimpa dan menyukarkan.
Kerosakan dan kebocoran loji nuklear Daiichi di Fukushima pula mengejutkan Jepun.Kerosakan loji di Fukushima disifatkan boleh membuat kemusnahan yang lebih besar dari apa yang berlaku di Chernobyl 25 tahun dahulu.
Osama Bin Laden
Adakah benar Osama wujud?Atau hanya satu watak rekaan Amerika untuk membantu 'kempen menentang keganasan' mereka?hmm.
Bagaimanapun kematian Osama merupakan salah satu peristiwa yang mendapat liputan luas media seluruh dunia.
'Occupy Wall Street'
Demonstrasi besar-besaran yang berlaku di New York ini adalah sebagai tindakan terhadap ketidaksama rataan ekonomi dan mengutuk syarikat-syarikat besar yang mempunyai pengaruh terhadap demokrasi dan polisi negara.Beratus orang ditahan di pelbagai bandar di AS tetapi tidak menghalang semakin ramai orang untuk menyertai protes ini.
Dengan slogan 'Kami adalah 99 peratus', protes ini telah merebak ke 1000 bandar di 100 negara yang kebanyakannya meminta kenaikan gaji, pekerjaan yang lebih baik dan menggesak kerajaan menghentikan amalan rasuah.Antara bandar lain yang terlibat adalah Tokyo, Melbourne, dan beberapa bandar di Sepanyol, Itali, Greece, dan Portugal.
Mesir-Revolusi dan perubahan
Bermula di Tunisia, tetapi apabila rejim di Mesir mula mendapat bahang revolusi di Tunisia, seluruh dunia memandang ke negara yang paling banyak dilawati di wilayah Arab.Mesir merupakan antara sekutu kuat AS
dan mendapat dana sebanyak 1.3 billion usd setahun.Mesir juga membuat perjanjian damai dengan Israel.
Protes jalanan pada 25 Jan telah memecahkan tembok ketakutan yang menyelubungi rakyat Mesir selama ini.
Berjuta orang berjalan sambil memprotes di sekitar negara dan telah mencipta satu revolusi baru di Mesir.
Pada 11 Feb, Mubarak meletak jawatan yang menandakan kemenangan kuasa rakyat mengatasi rejim yang berkuasa selama tiga dekad itu.
Rusuhan di London.
Rusuhan yang berlaku pada musim panas di London dan bandar-bandar lain telah membuka perdebatan antara ahli politik tentang perpecahan yang berlaku di Britain.Ada yang menyalahkan keganasan polis terhadap pemuda yang menyebabkan rusuhan ini berlaku.Bermula dengan kematian Mark Duggan yang disebabkan oleh polis.Rusuhan ini telah merebak dengan cepat dan menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya 326 juta usd.
Pengunduran tentera Amerika di Iraq.
Pengunduran tentera Amerika pada pertengahan Disember telah dirancang sekian lama.Di bawah pentadbiran Bush dan perdana menteri Iraq, Nouri al-Maliki, satu perjanjian yang menyatakan bahawa semua tentera Amerika perlu berundur dari Iraq selewatnya 31 Disember 2011.
Walaupun Obama cuba untuk memanjangkan tempoh pendudukan tentera Amerika di Iraq, usaha itu gagal kerana perdana menteri Iraq tidak dapat menjamin keselamatan tentera Amerika di sana.
Krisis ekonomi Eropah.
Visi negara kebajikan bercampur dengan sistem kapitalis yang semakin mencengkam menyebabkan kemelesetan ekonomi banyak negara-negara Eropah.Adegan membakar tayar, gas pemedih mata dan pekerja yang mogok menjadi perkara biasa sekitar benua itu.Banyak negara terpaksa memotong perbelanjaan negara demi menyelamatkan ekonomi.Brendan Howlin, menteri perbelanjaan awam Ireland berkata "Kemarahan orang rakyat adalah sesuatu yang tepat kerana rakyat tidak bertanggungjawab meletakkan negara dalam keadaan tersebut.
Libya-Pemberontakan menjatuhkan Gaddafi
Setelah 9 bulan pertempuran antara NATO, pemberontak, dan tentera kerajaan, Muammar Gaddafi telah berjaya dibunuh oleh kumpulan pemberontak dan menyaksikan pengakhiran kepada pemerintahan selama 42 tahun.Tidak seperti di Tunisia dan Mesir, konflik di Libya adalah lebih kepada peperangan konvensional.
Keganasan berterusan di Syria.
Semangat kebangkitan yang yang bermula di Tunisia dan Mesir dilihat tidak mampu memberi perubahan di Syria, kata seorang penganalisis politik di Syria.Peralatan ketenteraan yang amat ditakuti, dasar luar yang menyebelahi barat, dan populariti presiden Bashar al-Assad adalah antara alasan mengapa kebangkitan di Syria tidak mampu mencapai kejayaan.
5000 orang telah terbunuh sejak bermulanya kebangkitan ini, dan pertubuhan hak asasi manusia menyatakan bahawa, tentera telah diarahkan untuk menembak mati rakyat yang menyertai protes.
Sekian saja dari meja Azam Russia menyampaikan 10 'top rated' peristiwa sepanjang 2011.Jika anda mempunya pendapat lain mengenai peristiwa yang dianggap besar dan layak menduduki tangga top 10 ini, silalah kemukakan di ruangan komen.Sama-sama kita berkongsi info dan idea.
Assalamualaikum.
zaman yang penuh fitnah.hanya dengan benar2 kmbli kpd Allah kita mmpu menempuhinya...assalamualaikum...
ReplyDelete