Manusia berperangai lipas

0 comments

Manusia berperangai lipas.

Saya dan suami telah berpindah ke sebuah rumah baru di sekitar bandaraya Volgograd. Di tengah hiruk pikuk kemajuan manusia dan kesibukan bandar, Allah memberi kami sebuah rumah sewa yang selesa. Namun pada awal kehidupan indah kami di rumah ini kami kerap diganggu oleh sejenis makhluk yang merayap-rayap di tengah-tengah kesunyian malam, yang mencari kawasan yang lembap dan gelap.

Tentu sekali makhluk tersebuat adalah lipas.

Setiap pagi apabila saya masuk ke dalam dapur, saya pasti mendapati beberapa ekor lipas sedang ber’istirehat’ di dalam sinki lalu saya terus membunuhnya dengan membuka air paip. Lipas-lipas tersebut mati kelemasan.

Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda, “Seorang nabi singgah di bawah pohon, dia digigit oleh seekor semut. Dia memerintahkan agar barang bawaannya dijauhkan dari bawah pohon itu. Lalu dia memerintahkan agar rumah semut itu dibakar. Maka Allah mewahyukan kepadanya, ‘Mengapa tidak hanya satu ekor semut saja?”

Dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah, “Bahwasanya seekor semut menggigit salah seorang Nabi, maka dia memerintahkan agar desa semut dibakar. Allah pun mewahyukan kepadanya, ‘Hanya kerana kamu digigit oleh seekor semut lalu kamu membinasakan sebuah umat yang bertasbih."

Saya berharap membunuh lipas tidak termasuk dalam larangan sepertimana dinyatakan dalam hadith ini memandangkan lipas adalah serangga perosak yang kotor dan boleh membawa penyakit. dan saya tidak membakarnya.

Sebenarnya apa yang menarik perhatian saya adalah setiap pagi perkara ini berulang. Saya hairan apakah tiada lipas yang sudah tua memberi peringatan kepada generasi lipas yang muda supaya tidak duduk di dalam singki menjelang pagi. Ataupun tiadakah antara lipas-lipas yang pernah terlepas dari lemas memberi amaran kepada lipas-lipas lain supaya menjauhkan diri dari sinki yang boleh menyebabkan spesis mereka terhapus. Atau tidak pernahkah lipas-lipas ini melihat rakan-rakan mereka mati lemas didalam sinki dapur dan merasa gerun dengan kematian ayng sebegitu. Bodohnya lipas.

Lipas seperti tidak pernah belajar dari kesilapan dan kedunguan generasi terdahulu yang telah terhapus dalam singki. Merekalah kaum yang tidak mengambil pelajaran.

LEBIH MENGHAIRANKAN.

Merenung fenomena kebodohan lipas ini, saya seharusnya tidak perlu begitu hairan kerana lipas adalah makhluk ciptaanNya yang tidak dibekalkan akal. Sememangnya mereka melakukan kesilapan yang sama saban hari, generasi demi generasi. Itulah lipas, tiada akal.

Namun meneliti kehidupan manusia yang dikurniakan akal yang bijak dan hati untuk menilai neraca, serta kemajuan-kemajuan teknologi maka manusia berperangai sama seperti lipas lebih patut dihairankan.

Manusia dengan kesempurnaan pancaindera dan kematangan zaman gagal mengambil pengajaran dari sejarah kaum terdahulu. Bukankah al-quran mencatatkan cerita-cerita kaum yang dihapuskan dan dihina oleh Allah kerana kesombongan dan kerosakan yang mereka lakukan. Namun manusia tetap berperangai seperti lipas.

Saban zaman, manusia mengulangi kesilapan yang tidak asing dari lebaran sejarah dunia.manusia seperti mengulangi sejarah dan seperti tidak pernah mengetahui konsikuensi kemungkaran mereka.
mungkinkah manusia pada hari ini buta sejarah atau tiada yang memperingatkan mereka atau mereka sememangnya dungu?
Kesan tinggalan Pompeii

Bukankah kaum Nabi Luth dihancurkan dengan hujan batu dari tanah kerana maksiat homosexual? Tidakkah kita melihat kepada kesan-kesan di bandar Pompeii? Mengapa masih ada umat hari ini masih dangkal bangkit mempertahankan golongan LGBT di Malaysia ?

Penemuan archeologist mengkaji tapak Bandar Sodom, Pompeii yang pernah diazab Allah dengan hujan batu dari tanah.

Bukankah Amerika mengalami masalah lambakan anak luar nikah? Lambakan kisah-kisah pengkhianatan ikatan perkahwinan dan kehancuran rumah tangga kerana hilangnya kejujuran dan masalah sosial yang pelik dan menjijikkan sebagai contoh; anak perempuan melahirkan anak bapanya sendiri.

Kita semua tidak asing dengan masalah-masalah yang barat hadapi.

Masalah nasab yang bercelaru dan kenaikan peratusan pesakit jiwa dan stress yang semakin meruncing dalam masyarakat. Mereka diasak lagi dengan masalah penyakit STD (sexual transmitted disease) yang semakin tidak terkawal. Sejauh mana kehebatan dan kemajuan kesihatan mereka namun jumlah penyakit tetap bertambah.

Kita semua tidak asing lagi dengan masalah-masalah yang barat hadapi.

Malah kita mengutuk dan mempersalahkan mereka apabila masyarakat kita mengalami masalah yang sama. Kita menuding jari ke arah barat kerana mereka memasukkan budaya-budaya kuning dalam masyarakat kita. Ya, barat mememang bersalah kerana melakukan kerosakan tetapi kita juga bukanlah mangsa semata kerana siapa yang mengimport budaya tersebut ke timur? Siapa yang turut berbangga apabila menggayakan baju-baju dan fesyen-fesyan mereka dan siapa yang begitu bangga apabila pandai berbahasa dan ingin berbudaya dan hidup seperti barat? Jawapannya adalah.....

Kita juga.

Bukankah manusia atheis telah menampakkan krisis keruntuhan akhlak yang kritikal? Masalah demography yang tidak seimbang kerana tidak percaya kuasa Tuhan yang memberi rezeki, masalah pengkhianatan dan rasuah yang ketara sehingga melarat ke peringkat akademik. Dan pelbagai masalah-masalah lain, tetapi tetap juga kita menuruti langkah mereka.

Menari bersama mereka dan membesarkan-besarkan hari kebesaran yang mereka sambut. Merasakan aman dan merasa bangga apabila berada bersama mereka.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda pada 1433 tahun yang lepas tentang fenomena manusia yang akan berperangai seperti lipas ini.

Keadaan ini adalah suatu yang dapat diramal oleh Ar-rasul yang bijaksana.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”


Berpusu-pusu ke lubang biawak....

MASUK KE LUBANG BIAWAK

Mengapa kita melakukan kesilapan-kesilapan kaum yang pernah diazab Allah, ataukah kita kurang membaca dan jahil terhadap kaum-kaum terdahulu , tentang azab yang pernah menimpa mereka?

Mengapa kita tidak pernah mengambil pengajaran?

Kerana itu wahyu pertama kepada rasul ialah IQRA’ ,ianya satu suruhan untuk membaca,
Kerana dengan membaca kita mengetahui asal usul, sejarah sesuatu umat, melihat masa hadapan dengan sebuah gambaran natijah.

Dengan membaca barulah kita mampu meniti hari dengan tujuan yang jelas, matlamat besar yang agung dan usaha yang disusun dan tersusun.

Dengan membaca kita seperti melihat pengakhiran atas segala perbuatan yang kita bakal lakukan lantas menyebabkan kita melaksanakan sesuatu dengan penuh hemat dan motivasi.

Namun bacaan apakah yang saya maksudkan? Apakah bacaan yang mampu mengubah dan menyebabkan kita meninggalkan kedangkalan seekor lipas?

"Maka perkataan apakah selepas Al-quran ini yang kamu akan percaya?"  (77:50)

allahua'lam,




Post a Comment