DEMAM EXAM

0 comments


DEMAM EXAM

Exam! Exam! Exam!
Hujung Disember merupakan saat genting bagi semua pelajar Ksmu saat dimana, demam nak kumpul зачёт (baca : zachut), deman nak selesai  semua отработка (baca : atrabotka), demam nak practical skill, demam itu, demam ini, demam semualaah! * demam selsema pun temasuk jugak kot? **
Bagi pelajar sesi musim sejuk (baca : winter batch) terutamanya, hujung Disember dan awal Januari merupakan saat yang paling melemaskan. Tidak seperti pelajar sesi musim panas (baca : summer batch) yang hanya menduduki final exam semasa musim panas, kami (baca : winter batch) akan menduduki final exam semasa musim sejuk. Lebih tepat lagi, semasa orang lain (baca : summer batch) tengah sibuk nak discuss plan bercuti Euro Trip,kami pulak sedang berhempas pulas study berfikir “eh! Bila laaa nak habis baca ni??” or “ Itulaaa. Study last minute lagi. Padan muka sendiri! “. Masa bergerak dengan lajunya. Semua pelajar pun berjalan macam tak cukup tanah saja lagaknya. *hyperbola**. Heh.
Seiringan dengan musim exam yang bakal menjelang ni *sila baca dengan ke’excited’an**, PPIM Kursk Student Chapter telah mengadakan program khas bagi seluruh pelajar muslim Kursk pada 25 Dis 2011 yg lepas.
Berikut adalah details-nya :-





Sebelum 2011 menutup tirainya, marilah kita buat checklist balik, apa yang telah kita lakukan saban tahun ni. Kalau yang baik-baik belaka, Alhamdulillah. Keep it on! Kalau yang so-so, kita perbaiki balik mana yang perlu diperbaiki. Dan kalau yang buruk-buruk belaka, astghfirullah, muhasabah. Perbaiki diri pada masa hadapan.
“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.
Wallahualam.
Nota 1 : pelajar KSMU terbahagi kepada dua batch : summer batch & winter batch.
Nota 2 : encik Google memberikan makna отработка  = berkerja di luar. Heh. Definisi отработка mengikut kamus budak KURSK ialah, mengganti kelas.
Nota 3 : segala hyperbola, pandangan, idea, watak adalah tidak dijamin benar 100% (kecuali hadith & ayat-ayat al Quran). Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas mana-mana kemalangan, atau kehilangan jiwa yang mungkin disebabkan oleh laporan #update Kursk ini. *  hyperbola lagi ** heh.



Post a Comment