Grilled Chicken Chop

1 comments
Assalammualaikum semua,
Semalam dah cuba Nasi Goreng Lada Hitam kan? Apa kata hari ini kita jadi Mat Salleh sekejap, maklumlah, hari-hari main salji..
So kali ini saya mahu kongsi satu resepi chicken chop yang mudah


Grilled Chicken Chop

Bahan-bahan
1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau( jus lemon pun boleh)
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)

Cara Penyediaan
1.Satukan semua bahan dan digaul rata.
2. Perap ayam untuk semalaman( 2,3 jam pun dah cukup)
3. Kemudian boleh dibakar di atas periuk non stick atau boleh guna oven (20-30 min/180 degree)- sebelum tu boleh gaulkan ayam dengan sedikit minyak masak untuk memudahkan proses memasak

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goring/ salad mix vege/ timun/tomato segar!!!
Saya hidangkan dengan coeslow dan kentang goring

Selamat Mencuba!!
wallahu'alam.


1 comment: