AYUH MENJADI MUKMIN YANG KUAT!!
Pada
19 Disember 2011 yang lalu, acara sukaneka bagi pelajar-pelajar luar Negara
telah diadakan. Acara ini disertai oleh pelajar-pelajar dari pelbagai
university di sekitar Nizhniy Novgorod.
Antaranya termasuklah Nizhniy Novgorod State Medical Academy, Linguistic
University of Nizhniy Novgorod, Nizhniy Novgorod State Pedagogical University,
Lobachevsky State University of Nizhniy Novgorod dan lain-lain lagi.
Antara
sukan yang dipertandingkan ialah renang, darts, menembak, mini golf, dan
pingpong. Acara bermula pada pukul 10.30 pagi dan didahului dengan ucapan
kata-kata aluan daripada pengerusi majlis. Beliau mengucapkan terima kasih atas
sambutan yang sangat menggalakkan.
Semua
acara bermula serentak pada lebih kurang pukul 11.00 pagi. Pelajar perempuan banyak
menyertai acara mini golf dan darts. Pelajar lelaki pula kebanyakannya tertarik
dengan acara menembak.
Acara
tamat pada pukul 2.00 petang. Alhamdulillah, kontinjen Nizhniy Novgorod State
Medical Academy telah berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara ping pong
(lelaki dan perempuan) dan mini golf (lelaki dan perempuan).
Ikhwah
akhowat rahimakumullah.. Ingat lagi muwasofat tarbiyyah kita? Lebih-lebih lagi
tentang qawiyyul jismi, kekuatan jasmani. Islam sangat menggalakkan kita
mempunyai tubuh badan yang kuat yang memampukan kita menjalankan tanggungjawab
kita di bumi ini. Solat, berpuasa, menunaikan haji - kesemuanya memerlukan
tubuh badan yang kuat. Apatah lagi jika kita disuruh berjihad di medan
peperangan. Sebab itulah kekuatan jasmani sangat dititik beratkan dalam Islam.
Wallahua’lam..
Rasullullah
SAW bersabda, yang bermaksud, “Mukmin yang kuat lebih aku cintai daripada
mukmin yang lemah.” (HR Muslim)
Post a Comment