Perjuangan ini adalah Pemulaan

0 comments

Assalamualaikum w.b.t

Pada saat ini, hampir tiga bulan telah kita menjejakkan kaki semula ke bumi Soviet. Tanpa disedari lagi, hanya tinggal sebulan setengah masa yang kita punyai untuk mengulangkaji pelajaran agar kita dapat memboloskan diri ke perjuangan seterusnya pada semester hadapan di mana cabarannya kian hebat berbanding kali ini.

Peperiksaan yang lebih banyak pada musim panas, suhu yang tinggi melangit, dan waktu subuh yang awal pula merupakan cabaran bagi umat Islam untuk terus beribadah kepada Pencipta Alam. Tahap keimanan dan kesabaran yang memuncak amatlah diperlukan untuk kita melalui jalan hidup ini.

Persoalannya, adakah cabaran hidup kita ini dianggap sebagai beban yang amat berat untuk kita pikul di atas bahu pemuda-pemudi yang gagah perkasa ini? Sangat beratkah tanggungjawab ini bagi ‘pemuda harapan Bangsa, pemudi tiang Negara’ yang dibangga-banggakan dan gah diperkatakan ketika ini? Adakah perjuangan ini sudah tidak termampu untuk ditanggung oleh golongan Ash-Shabab yang merupakan tiang pasak bagi kebangkitan umat pada zaman sekarang? Dan percayalah, perjuangan kita ini hanyalah permulaan…

Jika dibandingkan keadaan tubuh badan kita yang masih lagi sempurna dengan keadaan seorang Orang Kurang Upaya (OKU), terlampau banyak perbezaan yang dapat dilihat secara kasar mahupun teliti. Alhamdulillah Tuhanku, atas nikmat yang telah Engkau berikan selama ini. Tanggal 22 September 2011, seorang OKU dari Yaman telah berjaya menamatkan pelajaran dan menerima Ijazah PHD dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Farmasi.

Walaupun masa yang di ambil untuk menyelesaikan tesis pembelajarannya adalah selama 9 tahun, namun, graduan tersebut merupakan seorang yang gigih dalam menamatkan pelajarannya dan tidak pernah berfikir untuk putus asa dalam keadaannya yang kurang upaya. Dan dalam keadaan kita yang masih sempurna ini, sentiasa terjalankan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini?

Jika dibandingkan keadaan kita yang muda dan gagah dengan orang yang sudah berumur dan tua, sudah terang lagi pun bersuluh, golongan muda jauh lebih kuat dari segi fizikal dan mental. Pada 23 September 2011 pula, graduan pada umur 74 tahun telah berjaya menamatkan Ijazah dan pasti membuatkan cucunya terharu dengan kejayaan tersebut.

Walaupun dalam keadaannya yang kurang mahir berbahasa Inggeris, namun usaha yang kuat diperlukan untuk menamatkan pengajian. Lantas, kita yang masih muda dengan akal fikiran yang masih lagi mantap seharusnya menggunakan segala yang kita punyai untuk terus dan terus berjuang sehingga ke akhirnya. Sememangnya layakkah kita digelar Ash-Shabab dan terus leka dengan nikmat yang kita perolehi?

Jika dibandingkan lagi keadaan kita sebagai pelajar di bumi Russia dengan pelajar di bumi Palestin, adakah sedikit cabaran yang kita hadapi di bumi asing dari kita ini sama seperti cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak tadika, pelajar-pelajar sekolah di bumi Palestin itu?

Sama sekali tidak! Dalam keselesaan yang kita berada sekarang, bandingkan keadaan pelajar di Palestin. Cabaran yang kita hadapi cumalah ribut salji tatkala mengorak langkah ke kelas, sementara mereka harus melalui beberapa laras senapang dan kereta kebal yang bebas di jalan raya kepunyaan mereka.

Namun begitu, seramai 3000 pelajar Palestin telah berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan dan siswazah-siwazah Universiti Gaza ini berikrar untuk terus berkhidmat untuk negara. Seorang graduan dalam jurusan Sejarah berjanji untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang sejarah Palestin, agar mereka teruskan perjuangan mereka dan tidak sesekali berundur ke belakang, malah terus bergerak ke hadapan. Seorang lagi graduan yang cedera akibat serangan Israel pada 2008-2009 berjaya perolehi ijazah dalam jurusan Kejururawatan. Israel cuba menghentikan perjuangan mereka dengan memusnahkan makmal universiti di sana, namu demikian, semangat mereka kian membara dan tetap dengan perjuangan mereka itu.

Dari itu, apa yang dapat dilihat adalah cabaran yang kita hadapi sekarang bukanlah terlampau berat untuk dipikul di atas bahu masing-masing jika dibandingkan perjuangan yang dihadapi oleh mereka yang lain. Terlampau banyak nikmat yang kita tidak syukuri dan tidak kita gunakan sepenuhnya untuk jalan kejayaan kita ini, InsyaAllah. Teruskan perjuanganmu sahabatku kerana perjuangan kita hanyalah permulaan…


Post a Comment

FIQH SOLAT

0 comments
PAKSI HIDUP …


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, tsummal hamdulillah. Saya bersaksi bahawasanya tiada ilah selain Allah dan sesungguhnya Muhammad ibn Abdullah SAW itu pesuruh Allah.


Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.” Begitulah doa yang acap kali diungkapkan dan dirayukan pada al-Mutakabbir pada setiap solat seorang muslim.Betapa besar dan mendalamnya maksud potongan ayat ini kerana mengcakupi seluruh aspek kehidupan seorang insan yang memahami tujuan hidupnya yang sebenar di atas dunia yang fana ini.

Solat merupakan nadi utama penggerak kehidupan. Seumpama seekor paus biru, mamalia terbesar namun bermata kecil di lautan dalam yang memerlukan berjuta-juta tan plankton untuk meneruskan kehidupan, begitulah lebih besar lagi manusia yang kerdil memerlukan solat sebagai tanda pengabdian dan keterikatan kepada Rabbnya.


“..solat itu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.” [4:103]



Namun, fitrahnya manusia ini sering lupa, lemah dan melakukan kesilapan. Jadi, bagi memperbaiki mutu solat kita, satu kuliah Fiqh Solat telah diadakan. Kuliah yang disampaikan oleh ustaz Abdul Rahman Al-Hakim di “medium paltalk” berjalan selama 2 jam dari pukul   8 -10 malam dengan dihadiri oleh ikhwah-akhawat seRussia.

Banyak perkara yang telah dibincangkan antaranya ialah sejarah solat, waktu solat, syarat-syarat sah solat, rukun solat dan persoalan-persoalan yang timbul. Ustaz telah memberikan pencerahan dengan mendalam setiap perkara dari mengambil wudu’, sebutan , lafaz dan perbuatan dalam solat. Fiqh itu sendiri ialah maaf, memudahkan tetapi tidak bebas dan ada tempatnya.

Sesungguhnya, kuliah yang bermanfaat ini telah memberikan pemahaman lebih mendalam tentang perkara yang kadang-kadang kita terlepas pandang dan juga untuk memuhasabah dan reflex diri sendiri semula. Sekiranya, diberikan kesempatan oleh Allah untuk diadakan kuliah ssperti ini atau yang lain, marilah kita bersama-sama merebut peluang untuk mendengar dan mengisi iman kita semula, inshaallah, kerana sesungguhnya masa yang diluangkan untuk Allah, kerana Allah, pasti Allah akan memulangkannya dengan yang lebih baik atau memberi ganjaran yang osem samaada fiddunya walakhirat.





Pohon senduduk, ulam pegaga,
Ikan kaloi dalam perigi;
 Hati terisi, iman bertenaga,
Mari ikuti siri kuliah lagi..





Post a Comment

Langkah Menuju Illahi

0 comments

LANGKAH MENUJU ILLAHI





Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillah!Alhamdulillah!Alhamdulillah!Segala puji –pujian hanya untuk Allah Sang Pencipta, hanya Dia yang layak diagungkan.

Kadang-kadang terasa diri ini sangat jauh dengan Rab, terasa hati ini tersangat kosong walaupun setiap hari mendirikan  solat, membaca al-Quran. Tetapi pernahkah terdetik dalam kotak hati, kenapa hati ini sering kekeringan dan kegersangan? Kenapa?

Alhamdulillah,pada waktu ini, pada saat ini dan pada detik ini, Allah masih lagi memilih kita untuk menjadi hambaNya, memberi hidayahNya walaupun terkadang kita sering sahaja melangkaui kawasan laranganNya. InsyaAllah kalau kita ikhlas dalam usaha mencari jalan menuju redhaNya, Allah akan memudahkan usaha kita dengan membuka jalan-jalan kebaikan.




Setakat ini telah berlangsung beberapa siri kuliah BM (baitul muslim) yang diadakan pada setiap hari rabu dan selasa. Kuliah ini disampaikan oleh Ummu Atifah atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, Ummi  dan disertai oleh pelajar overseas seantero dunia. Kuliah ini adalah salah satu usaha untuk mempersiapkan individu yang bergelar muslim ke arah pingislahan diri dalam menempuhi satu lagi liku kehidupan, iaitu alam perkahwinan. Ini merupakan siri persediaan jundi untuk menjadi suami isteri soleh dan solehah.

Kejarlah cinta Allah yang hakiki, nescaya dah tak perlukan cinta yang lain. Memetik lirik dari sebuah nasyid “cintakan bunga, bunga kan layu, cintakan manusia, manusia kan mati, cintakan Allah, itulah cinta hakiki” .

Ummi juga menekankan mengapa perlu menjadi orang yang ABRAR? Siapakah golongan ini?

Abrar adalah golongan yang taat dengan perintah Allah, menunaikan janji, sejak dari alam ruh “alastu birabbikum, qalu bala syahidna”-Al-A’raf:172

Perjanjian asas kepada Allah, diingatkan oleh parent dengan iqamah dan azan, takut kepada azab neraka dan dunia, rasa gerun bila berlaku  azab di dunia, takut, insaf, bertambah-tambah istighfar kerana takut  dimasukkan ke dalam neraka, memberi makan kepada anak-anak yatim, tidak mengharapkan balasan biarpun terima kasih, buat kerana Allah, hanya mengharapkan redha Allah. Inilah golongan ABRAR!

" Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah, hari akhir, malaikat-malaikat, kitab-kitab dan nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, orang-orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta-minta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang melaksanakan salat dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa" -Al-Baqarah:172.

Allah tahu tanggungjawab sebagai suami dan isteri adalah sangat berat. Tapi Allah sangat Pemurah, Dia memberi pahala yang besar kepada sesiapa yang telah lafazkan akad nikah dengan ganjaran selesai separuh Ad-Deen. Aqad nikah adalah perjanjian tinggi disisi Allah dan itu merupakan amanah. Berat atau pun tidak, harus laksanakan jua.

“Kamu (umat Islam) adalah umat  terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik” – Ali-Imran:110.

Pendekatan ini di ambil supaya bertemu dengan hamba Allah dengan cara yang halal untuk menikah. Semua ini adalah satu proses yang memberi impak  pada masa akan datang, dan kembali kepada Allah dengan penuh ketaatan sebagai hambaNya.


Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa" -Al-Furqan:74






Post a Comment

As White As Snow

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

“Morning world~! Morning books~! Morning breakfast oats~! Morning lipas on my desk~! Erk.. Wah~~~

"Alhamdulillah.” Zaki did wake up from his slumber and managed to pull himself out from the cunning and sly thingy that makes him feel warm and at the same time lazy and dormant. The thing that we usually call a bed.

Yesterday, as Zaki and his groupmates were waiting for bus number 37 they were greeted by an old, kind-looking atuk..He initiated a conversation with them. The dialogue was as follows (something along these lines...to his sorrow, Zaki don't have the ability to recall the exact words and in the exact language and tone):

Atuk: Hello~!
Zaki and his groupmates: Hello~!
Atuk: I am very interested in something.... May I ask you~~ Why do all of you have such      beautiful teeth?


A little bit shocked and overwhelmed by the unexpected question, Zaki smiled and laughed a little.


Zaki and his groupmates: It's because of...we brush them every day and...we don't drink~
Atuk: O0o0owh~~~! (ask something like how many years they had their teeth for~~)..50 years? 100 years or 200 years? *laughed n smiled*


The old atuk also had the same reaction as Zaki, he also laughed and smile, but maybe because he had to repeat the same question for quite a lot of time. Zaki promised himself that he never again will he miss another Russian class.

Zaki and his groupmates: *laughed*  hmm…maybe 16 or 18 years~!
Atuk: *said something that Zaki couldn't comprehend* thank you~~!!
Zaki and his groupmates: you're welcome~!


As the atuk went back to his waiting-for a bus-port, Zaki’s mind started to ponder.

My teeth ARE quite beautiful~~! They are so nice to me for all these years..they've never lodged a single complaint, they've never sighed, and not even a single frown can be seen~~!! what more can I ask? what more could I ask?

Thinking of it, I didn't even have to ask for those teeth~~! Alhamdulillah I can chew...alhamdulillah I can munch...alhamdulillah I can bite...alhamdulillah I can speak clearly...alhamdulillah I can smile =]  Thank you Ya Wahab~~!!

Zaki’s thoughts kept spinning in his mind with increasing velocity...Have I used and AM I using my teeth...hmm..have I fulfilled the purpose of the teeth that has been lent to me by The Creator? Have I used them wrongly? Do I take care of them like He had and is taking care of me? The young man’s heart started to beat faster as the questions began to accumulate in his cerebrum.

Am I using the time with the teeth which were given to me wisely? Would I lose my teeth before I could use it for the right purpose? Zaki could see the future of his teeth and even his own future as his eyes caught a glimpse of oral cavities of aged people and of the preparat in anatomy class.. Some day I'll be just like them...My teeth will rot..Their roots will loosen...Even if they don't, they will say goodbye to the gingiva...In a blink of an eye, they'll all be gone.. Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.


Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? -  Ar-Rahman:13


When time passed by...






Post a Comment

(Video) Sambutan Aidiladha 2011

0 comments

 
Suasana Aidiladha di Moscow.


Gema takbir di St. Petersburg.


Post a Comment

KEMANISAN IFTAR (9 ZULHIJJAH) DI RUSIA

0 comments



SEKITAR IFTAR (9 ZULHIJJAH)  DI , MOSCOW, VOLGOGRAD DAN NIZHNY NOVGOROD.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Puasa satu hari Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah), aku berharap kepada Allah, Dia akan menghapuskan (dosa) satu tahun sebelumnya dan satu tahun setelahnya. Puasa hari 'Asyura' (tanggal 10 Muharram), aku berharap kepada Allah, Dia akan menghapuskan (dosa) satu tahun sebelumnya.” (HR. Muslim)

MOSCOW



...Pemanis mulut dikala berbuka...

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"As-saff : 4




...Makan ^__^...




VOLGOGRAD

...Nasi ayam sebagai juadah berbuka...


"Dan jiwa serta penyempurnaannya,maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu(jalan) kefasiqan dan ketaqwaan,sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya." (As-Syams:ayat 7-10)





..sebagai ingatan tulus ikhlas daripada seorang sahabat..




...Diulit kesyahduan takbir...

...Lembaran takbir memuji Sang Pencipta...


NIZHNY NOVGOROD

Wah, besarnya periuk !!

....Bersama berkumpul mencari redha-Nya...





...Santapan para muslimah di Nizhny...

...Kemanisan ukhwah yang terjalin kerana cinta-Nya...

....Walaupun jauh beribu batu, jalinan ukhwah tetap teguh dan jitu... 

 << AZAMRUSSIA>>


Post a Comment

Sabar vs Marah

0 comments

Assalamualaikum. Setinggi-tinggi pujian dan syukur kuucapkan atas rahmat Ilahi yang telah mengurniakan nikmat yang terbesar yakni nikmat Islam dan Iman.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Apa khabar iman? Apa khabar hati? Apa khabar hubungan kita dengan Ilahi?

Harapnya masih sihat, masih kuat dan kukuh, jangan terleka kerana untuk menjaga hubungan dengan Allah itu seharusnya ada usaha! Baru bahagia rasanya melalui hari-hari yang sibuk menuntut ilmu di perantauan.

Namun, kadang kala akan tercabar juga keimanan di hati. Astaghfirullah, mungkin graf iman menurun agaknya. Rasa marah, tidak puas hati dan ketidakadilan semuanya menerjah serentak, macam mana nak tahan? Kalau boleh, mesti rasa macam nak menjerit biar bergegar satu bangunan. Barang-barang yang berdekatan semuanya dicampak, ditendang-tendang. Salah sikit, mata menjeling, tangan pula diangkat dan penampar melayang. Na’udzubillah!

 “Tidaklah kehidupan dunia dibandingkan dengan kehidupan akhirat, kecuali seperti saat salah seorang di antara kamu mencelupkan jari telunjuknya di samudra lautan, lalu lihatlah yang tersisa di jari telunjuknya itu (itulah dunia).”(HR Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad). 
 
Apalah yang ada dengan dunia ini, sampai perlunya kita berbuat sedemikian? Menjerit tak tentu hala, menengking, melempiaskan rasa marah di hati? Itu semua bisikan syaitan!

“Ketika aku sedang duduk bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dua orang sedang  bertengkar sehingga salah seorang dari mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul keluar. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah “A’uzubillahi minash syaitan” nescaya kemarahannya akan hilang.” (Al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3282 (Kitab Bad’i al-Khalq, Bab sifat iblis dan tenteranya).

Sabda Rasulullah saw lagi,

"Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Sabar itu sebahagian daripada iman. Seringkali kita dengar, tapi memang diakui, susah untuk mempraktikkannya. Namun, tidak mustahil juga! Apa yang perlu adalah latihan terus menerus, ditambah dengan sokongan para sahabat yang sentiasa menegur, memberi nasihat dan juga peringatan. Seorang sahabat yang bisa membawa kita bersama ke syurga.

Rasulullah saw turut seringkali menyentuh hal ini di dalam hadith-hadithnya:

"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

"Kesabaran merupakan ‘dhiya’ " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)


Allah berfirman,

"…Sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar."(Al Anfaal : 46 )

MasyaAllah! Betapa mulianya insan yang mampu bersabar dan menahan keperitan yang dialami, Allah swt akan sentiasa bersamanya. Tapi… macam mana pula nak kawal rasa marah ni? Subhanallah! Allah memang dah tahu masalah kita dan jawapannya ada di dalam kitab suciNya:

“…Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Al-Ra'dhu: 28)

Dengan mengingati Allah, akan terpadamlah api kemarahan di dalam hati, digantikan dengan ketenangan dan hilanglah segala keresahan. InsyaAllah, dengan menahan amarah dan bersifat sabar tiada ruginya, malah mendapat pelbagai kelebihan dan kerahmatan dari sisiNya pula:

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa, (yakni) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (keasalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali Imran:133- 134)

"…Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Rasulullah SAW bersabda,

"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

“Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan ia berjaya menghilangkannya di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari sekalian makhluk sehingga ia memilih mana-mana pintu syurga yang ia mahu.” (Al-Bukhari) 

Nah, apalagi yang kita perlukan? Kasih dan cinta Allah, pahala yang berganda, malahan dapat memilih juga nak masuk syurga yang mana! Subhanallah, subhanallah, subhanallah!

Ya, langkah pertama memang tidak pernahnya mudah, namun demi perubahan ke arah kebaikan, tiada ruginya! Apabila timbul sahaja perasaan marah di dalam hati, cepat-cepat beristighfar, minta dijauhkan daripada pengaruh syaitan. Kalau sedang berdiri, duduklah. Kalau sedang duduk, maka baringlah. Ambillah wudhuk, tunaikan solat sunat untuk mendekatiNya… InsyaAllah, usaha kita akan berjaya.



Wallahualam.



Post a Comment

Karnival Sukan Kita 2011

0 comments
Pada 16/10/2011 telah berlansung karnival sukan kita dan telah berjaya mengumpul seramai 350 pelajar muslimah moscow dan turut dijemput sama pelajar dari St petersburg, Volgograd, Kursk dan Nizhny Novgorod.Bertempat di kompleks sukan rsmu, Karnival Sukan Kita telah berlangsung dengan jayanya. Acara seperti bola jaring, bola tampar dan futsal adalah antara yang dipertandingkan. Sebanyak 8 pasukan (Captain, Reddragon, MAI, Babybears, Grifindor, Candyfloss, Jigglypuff, OK cun) berentap di gelanggang bola jaring, 8 pasukan (Sokol, Comellote, Black Widow Spider, Wild chikas, MAI, Neuro, Bumblebee, Kitkat hebat) di medan futsal, 7 pasukan ( Extraordinary, An nisa, Team 92, MAI, Geng budaknakal, Supersisters dan Gambatte) di gelanggang bola tampar. Setelah berentap dengan ukhuwah dan semangat kesukanan yang tinggi pasukan Jigglypuff (bola jaring) Bumblebee (futsal) dan pasukan Ganbatte (bola tampar) muncul sebagai juara.

Sebanyak 4 buah gerai dibuka, menawarkan pelbagai jenis menu yang menyelerakan kepada para peserta dan pengunjung. Antaranya ialah kuih muih seperti kuih keria,roti sardin,cream puff,cinnamon rolls, burger malaysia dan 'cookies'. Makanan berat timur dan barat turut dijual seperti nasi berlauk ayam tomato,burger,bihun goreng,nasi lemak,kebab, mee goreng dan ‘chicken twister’. Gerai-gerai mendapat sambutan yang amat mengalakan dari para pengunjung karnival.

Acara berehat pada pukul 1.30 tgh hari untuk memberi laluan kepada solat zuhur berjemaah. Sukaneka yang mengabungkan semua peserta,pengunjung dan penjual dilangsung selepas rehat. Acara diteruskan dengan sesi muhasabah dan pengumuman pemenang kempen. Sepanjang karnival berlansung beberapa kempen telah dijalankan seperti, kempen sorak sopan, ‘settle’ sampah, ‘saya lawan saya sayang’, dan ‘sebarkan salam’ . Sesudah selesai majlis penyampaian hadiah, karnival bersurai. 


Pihak penganjur amat menghargai kerjasama dan sokongan dari semua peserta dan pengunjung yang telah menjayakan karnival. Tahniah kepada para pemenang, moga dengan sukan ini, ikatan ukhuwah antara kita akan lebih erat selain dari memenuhi mowasofat, tubuh badan yang sihat. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan keduanya (baik yang kuat atau yang lemah) memiliki kebaikan." (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).


Post a Comment

KNOWLEDGE

0 comments

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Jadi, ilmu yang kita ada kita kongsi-kongsikanlah, baik ilmu duniawi mahupun ukhrawi selama mana itu ilmu yang bermanfaat =)


Post a Comment

Perlumbaan Ini...

0 comments

Boleh saya katakan hidup satu perlumbaan?

Ya, itu jawapan saya. Hidup ini meletakkan kita sebagai manusia yang berlumba. Dari mula hingga ke garisan penamatnya.


Ada yang berlumba nak jadi orang hebat. Disegani masyarakat.
Ada yang berlumba nak jadi orang pandai. Best student. Top scorer.
Ada yang berlumba nak jadi kaya-raya. Kereta dan Banglo. Tidak lupa, bisnes.
Ada yang berlumba nak cari kekasih hati. Tengok orang lain berpunya, kita pun nak juga kan?
Ada yang berlumba nak belajar medic. Struggle habis untuk exam.
Ada yang berlumba nak menang games. Sampai tak tidur malam memikirkannya.
Ada yang berlumba nak jadi cantik. Nampak anggun bergaya.
Ada yang berlumba nak pujian orang. Biarlah Allah yang menentukan keikhlasannya.

Ada yang berlumba nak itu, nak ini. Semuanya tentang perlumbaan.

Begitu ramai para pelumba yang bergerak di atas bumi Allah ini. Masing-masing membawa halatuju mereka. Mereka bergerak menjadi robot yang menuruti segalanya hanya semata untuk mencapai tujuan dan matlamat perlumbaan mereka.

Sampai bila? Tiada kesudahan...

Betul, manusia tidak akan pernah merasa puas. Kalau engkau katakan puas, engkautipu! Kerana kepuasan itu sendiri tidak kekal selamanya. Maka perlumbaan ini akan berulang dan berulang semula.

Ini perlumbaan yang membawa umat kita jauh menuju kemusnahan. Hanyut dan lemas. Tenggelam timbul dibawa arusnya tapi tidak mati kerana diselamatkan syaitan.

Mengapa perlu kita hidup sedangkan kehidupan kita hanya seperti robot? Itu bukan hidup namanya tapi mati. Kita dah mati!

Bukan pada jasadnya, tapi hati.

Matinya hati menguburkan jiwa kita, yang seharusnya diletakkan pada tindakan yang betul, perlumbaan yang sepatutnya kita tempuhi dengan matlamat yang betul.

Berlumba dalam memberikan peringatan, menyampaikan risalah-risalah Tuhanmu. Jangan kita biarkan hati itu membeku kering yang mati kesudahannya. Basahkanlah hati dengan matlamat yang jelas pada perintah Tuhanmu, pada hakikat engkau diciptakan sebagai manusia untuk manusia juga. Tidak lain, dirimu itu sebenarnya ruh-ruh yang hidup dalam jasad umat ini. Ayuh, bergeraklah.

Tinggalkan perlumbaan lalu. Kita berlumba pada trek yang baru.

Temui cinta Allah. Agama ini Allah beri, untuk manusia mencari kebahagiaan disisiNya.



Post a Comment