Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Assalamualaikum wbt.
=) niat yg baik-baik, insya Allah akan datang yang baik-baik juga. |
Mulakan
dengan yang paling utama.
Kepada siapa patut anda tuju pada mulanya untuk
segala-galanya.Untuk kesudahan yang sempurna haruslah dimulakan dengan
permulaan yang sempurna.Permulaan yang sempurna dengan bersandarkan pada Allah SWT.Niatkan
segala sesuatu kerana Allah,dan memperbanyakkan niat yang baik kerana Allah
dalam sesuatu perkara.
Kadang-kadang
kita terlupa siapa yang memegang segala kejayaan dan kebaikan urusan
kita.Mungkin kita akan merasa diri kita lemah di kala kita jatuh, di kala kita
sendiri sepi, tetapi menjadi hamba Allah merupakan sesuatu perkara yang memberi
kekuatan kepada diri kita kerana Maha Pencipta jugalah yang Maha Mengetahui
untuk membantu hamba-hambaNya yang ibaratnya seperti seseorang yang tercari-cari
dalam keadaan yang serba kekurangan di padang pasir yang terik dan
panas.
Kadang-kadang kita terlupa kepada Maha Pemberi yang sudah memberi
berbagai-bagai nikmat jika kita bandingkan dengan musibah yang menimpa kita di
suatu waktu.Siapakah kita untuk 'demanding' itu dan ini jika kita tidak berjaya
menjadi hamba yang baik,tambahan pula dengan akal yang terbatas.
Sudah
tiba masanya untuk memulakan langkah seiringan dengan niat yang kembali kepada
kita sebagai hamba yang bekerja untuk Allah untuk mencapai redhaNya di dunia
dan akhirat kelak.
Jom
kita tengok semula hadis 1,
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu
anhu katanya :
Aku telah mendengar Rasulullah sallallahulaihi wa sallam
bersabda : “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal
manusia , ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya
kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan
barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana
perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya,
untuk apa dia hijrah.
Mari niatkan segala sesuatu kerana Allah SWT jika kita berada di permulaan yang sebelum pengakhiran.Masih belum terlambat.Semoga setiap detik masa yang berlalu, ganjaran-ganjaran yang telah Allah janjikan untuk hamba-hambaNya yang soleh telah menjadi milik kita.
Post a Comment